Monday, 3 February 2020

PULAU PINANG- JERUK PAK ALI DAN ABAH GULAI KAWAH SG DUA (12/1/2020)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kembali lagi dalam rancangan jalan-jalan bersama Farizza. Ceh!.Hahaha.. Tiadalah awak semua.

Kali ini Farizza nak share dekat semua selama beberapa jam di Pulau Pinang. Niat datang Pulau Pinang nak pergi kedai Gulai Kawah dan Jeruk Pak Ali sahaja.

Farizza nak menyeru pelancong ataupun orang tempatan yang ingin bercuti di Pulau Pinang, datanglah Gulai Kawah Abah di Sungai Dua, Butterworth kerana menawarkan pelbagai masakan gulai yang sememangnya sangat sedap. Bukah sahaja, masakan gulai kawah sedap malah masakan lain juga sememangnya sedap. Peminat ikan tiga rasa boleh datang ke Gulai Kawah Abah ini sebab sememangnya rasanya sedap dan ikan memang all out lembut sangat-sangat. So review ikan tiga rasa 10/10.


Sis Nina bebel apa itu? Hahaha.

Selain itu, Farizza makan masakan ayam masak kicap. Rasa masakan ayam kicap dia sememangnya hot and spicy. Penggemar makan makanan yang pedas boleh rasa ayam kicap kedai ini kerana sememangnya puas bila dapat makan pedas. Kicap bukan manis ke? Ya, kicap memang manis tetapi bila bahan rempah ratus digunakan dengan cara yang banyak ia membuatkan rasa pedas. Review ayam kicap 9/10. Jadi apa tunggu lagi jom jamah.
Gulai kawah daging sememangnya sedap dan totally sangat hot and spicy. Sememangnya pyor rasa gulai kawah.
.
Selepas makan tengah hari, kami pergi ke Jeruk Pak Ali. Kalau ke Pulau Pinang tak sah tak ke Jeruk Pak Ali. Kedai Jeruk Pak Ali bukan sahaja menawarkan makanan berasaskan jeruk tetapi adanya biskut raya, coklat dan minuman. Eh jap, bukan itu jua ada juga cenderhati. Mama Farizza memborong Jeruk Pak Ali, so Farizza sempat ambil gambar yang mana dapat je tau. Maklum Farizza tolong mama angkat bakul. Tangan dah lah kecik jadi phone masuk dalam poket. Sob Sob Sob..





Okay itu sahaja! Bye.. Lepas ini nak ke mana? Hah! Tunggu. Lagi menarik cerita Farizza nak kongsikan kepada semua tentang next location sebab ada something new happen kat next location walaupun baru next year Farizza pergi.

PERLIS-KUALA PERLIS & PADANG BESAR (11 & 12/1/2020)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Cuti sem break kali ini, Farizza manfaatkan cuti Farizza dengan pergi ke tiga negeri dan beberapa tempat. Farizza nak mulakan dengan percutian di negeri Perlis. Utara jauh sana.

Farizza sampai di negeri Perlis pada pukul 4 petang, setelah kami tiba di Perlis kami pergi menuju ke Pekasam Tok Besah tetapi malangnya Pekasam Tok Besah tutup. Kalau pembaca nak tahu, Farizza memang minat dengan pekasam tau. Memang favourite dengan ikan pekasam selain ikan merah. Farizza juga kalau nak makan pekasam pasti ori dari Perlis sebab Farizza dah cuba pekasam dari negeri lain tak kena dek tekak sendiri. Oleh kerana pekasam Tok Besah tutup maka kami pulang ke homestay yang kami tempah. Homestay ini pernah kami tempah ketika kakak kedua saya Fazrena meneruskan pengajiannya di UiTM Perlis. Sudah 5 tahun kami tidak duduk di rumah ini. Rumah ini pasti merindui kami kerana acap kali duduk di sini. Setelah membersihkan diri, kami sekeluarga amatlah penat jadi kami menonton rancangan televisyen sambil makan spaghetti yang dibuat khas oleh mama tercinta. Oh, ye lupa nak beritahu kami gerak dari PD seawal 8 pagi dan sampai ke Perlis 4 petang. Maklum banyak sangat tempat perhentian kami kunjung. Mengada!. Hahaha.




Malam makin menjelma lantas kami menyiapkan diri untuk pergi makan malam di Kuala Perlis. Rindu suasana di Kuala Perlis. Kelihatan kuda sedang membawa penumpang. Bukan sahaja di Melaka ada perkhidmatan sebegini malah di Perlis jua ada. Walaupun bukan cuti sekolah tetapi cuti umum hari sabtu kelihatan orang ramai menjama di Kuala Perlis. Setelah kaki kami menampak di kawasan Kuala Perlis, peniaga terus menghampiri kami. Kami membeli makanan di SHAR'NIS Corner dan minuman di Seri Merah Putih. Harga sangatlah murah kerana kami makan 5 kepala hanya RM82 sahaja. Murahkan. Perut kami tersangatlah kenyang. Farizza ada senaraikan harga makanan dan minuman. Kalau nak zoom zoom lah. Kalau pecah boleh lah awak semua cari FB mereka ye.







BOLEH BAGI REVIEW?

Review Farizza setelah menikmati sotong goreng, Yah Fav forever, sangatlah sedap dan sotong mudah di kunyah. Di Perlis, sotong goreng di cicah dengan asam tetapi biasanya Farizza makan dengan sos so Farizza tak berani nak cuba. REVIEW UNTUK SOTONG GORENG 8/10. Farizza juga menjama ikan siakap 3 rasa. Rasa yang sedap dan ikannya sangat lembut, memudahkan kita makan. REVIEW UNTUK IKAN SIAKAP 3 RASA 9/10.  Sayur Kailan pun rasanya sedap sehingga anak buah si comel cilik baby cleft makan begitu sahaja, REVIEW SAYUR KAILAN 8/10.  Farizza oder air milo ais dan ABC. Milo ais seperti di kedai biasa cumanya terlebih ais lah so bila takat pengakhiran rasa ais je so Farizza bagi 7/10. ABC dia pula terlebih gula, sangatlah manis dan menyengarkan tekak di malam hari. REVIEW UNTUK ABC FARIZZA BERI 9/10. Telur itu Farizza tak makan sebab dah penuh kan satu pinggan jadi yang makan abang ipar dan ayah. Kami terlalu kenyang dan Alhamdulillah kami dapat menikmati nikmat yang Allah beri. Campur sana campur sini Farizza bagi REVIEW 8 SETENGAH UNTUK KEDUA-KEDUA KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN.





Okay let’s sleep!!!!

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Kali ini Farizza siap awal sebab pukul 9 pagi dah ada dekat meja make up. Si comel cilik ini bermain lipstick mamanya. Lipstick from Wawacosmectic. Usianya baru setahun setengah dan dia adalah baby cleft. Cabaran membesarkan baby cleft bukanlah mudah kerana perlu memastikan baby cleft berada pada kawasan selamat dan sihat.



SO, LET’S GO TO PADANG BESAR.

Niat pergi Padang Besar pada awalnya kerana ayah saya ingin membeli baju bersaiz besar. Kedai baju ini menawarkan saiz sehingga paling besar. Terdapat baju tshirt, kemeja, seluar slack dan seluar jean. Tshirt ada dua jenis satu berkolar dan lagi satu tanpa kolar. Jenama famous dekat kedai ini No Problem. Farizza pernah guna beg jenama No Problem dan sampai sekarang still guna , Farizza start pakai 16 tahun dan kini 21 tahun. OPSS! TUANYA SAYA!. OH,YE! BOYS ONLY. Nak cari nama kedai ini? Nama kedai ini Big Size. Jangan risau, rata-rata peniaga di Padang Besar sangatlah ramah dan boleh mengadakan sesi tawar menawar. Ayah saya membeli 10 helai baju dana bang ipar saya membeli 2 helai baju. Harga baju mengikut saiz. Ayah Farizza pakai double XL so price RM50 1 helai manakala XL je RM35 sahaja. Kain dia sangat berkualiti. Yelah kan, dah lebih 6 tahun ayah saya guna baju di kedai ini, dan baru tahun ini pudar jadi kitaorang datang nak beli sekali gus. Dari PD ke Padang Besar bukanlah satu perkara yang mudah, so we all grab sebanyak yang mungkin. Oh, ye tahu kedai-kedai ini pun dari sedara mara yang duduk Perlis.



Menunggu ayah memilih baju ini macam girl lah pulak jadi Farizza bermain dengan si cilik, dah sudah Farizza penat.Okay selepas shopping baju kami pergi sudut makanan. Sis Nana memesan kerepek angrybird. 

Farizza juga ambil kesempatan nak biskut teddy bear. Favourite Farizza waktu form 6 dulu, yelah dulu time study dengan best friend mesti pergi kedai dulu beli biskut teddy bear dan sambil study sambil mengunyah.


Menarik perhatian di sini, MACADAMIA NUTS. Rasa sangat sedap maka harga pun mahal. 500g berharga RM 35 dan 1kg tak silap Farizza RM70. Tapi biasalah, tawar menawarlah sayang bagi harga itu turun sikit. Cara bukanya memang ada kunci itu. Kitaorang belilah satu packet dan dapat free satu packet lagi. Seronok sangat sebab seller kat sini bagi banyak sangat free gift. Orang luar negara memang sesuai datang Padang Besar ini kalau nak kenal Perlis.



Jam menunjukkan pukul 1 petang jadi kami pun pulang dan pergi ke Pulau Pinang pula. Stay tuned cerita akan bersambung! Next episode.

Tuesday, 7 January 2020

AIS KISAR? REVIEW BIG BOWL ICE MITC MELAKA


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Topik kita hari ini Big Bowl Ice yang berada di MITC Melaka. Selepas sahaja tamat peperiksaan akhir sem 1, saya pulang ke kediaman lantas kami mengatur strategi untuk berjalan-jalan di Melaka sebelum pulang ke tanah negeri masing-masing. Farizza semestinya balik ke Melaka jua tetapi balik di kawasan perkampungan dan untuk menuju ke bandar agak jauh melainkan dari UTeM ke MITC, DP, MP, dan Pantai Klebang.

SEBELUM PERGI BIG BOWL ICE

Asalnya kami hanya ingin menuju ke Big Bowl Ice tetapi sedara mara kawan saya yang bernama Aisyah mengajak kami datang ke rumah mereka untuk menjamu selera. Farizza menyiapkan diri selepas solat zohor, lebih kurang pukul 2 petang kami bertolak menaiki grab dari UTeM ke rumah pak cik Aisyah lebih kurang 10 minit. Kami pun menjamu selera sambil berbual-bual dengan pak cik Aisyah yang berkongsikan tentang kehidupan Universiti dan percintaan.

Cerita yang diluahkan oleh pak cik Aisyah telah memberi inspirasi kepada Farizza agar tidak mudah jatuh cinta dengan senangnya. Selepas pak cik Aisyah bercerita Farizza tiba-tiba tawar hati dengan seorang lelaki yang Farizza sukakan. Tidak bermaksud tawar hati itu menyebabkan Farizza menjauhkan hubungan, Farizza masih berkawan dengan dia tetapi dengan cara tersendiri. Biar orang ingat Farizza sudah ada hubungan dengan seseorang agar Farizza dapat elak kenal “lelaki” lain. Hihihi.

Jam menujukkan pukul 3 petang, pak cik Aisyah membawa kami ke Big Bowl Ice. Ramai orang sangkakan Big Bowl Ice ini tempat main bowling tetapi bukan ye awak-awak semua. Ini tempat menyegarkan tekak anda. Farizza mengenal Big Bowl Ice ini selepas tamat pengajian tingkatan 6 tetapi saya tidak sempat untuk menuju ke sana kerana saya fokus bercuti di negeri belah utara dan area-area kampung di Melaka.

KETIKA PERGI KE BIG BOWL ICE

Ketika melangkah masuk ke Big Bowl Ice, kelihatan 2 atau 3 pairs sedang menjamu selera. Kami membelek buku menu agak lama kerana kami pertama kali dan kelihatan gambarnya mengeliurkan tekak kami yang menyebabkan kami sukar untuk membuat keputusan. Kami memesan perisa mango dan macha. Kami hanya mengambil mangkuk bersaiz kecil sekali dan berkongsi dua orang dan nak ambil besar takut tak kena, lain hari boleh repeat kalau kena ditekak.

Kelihatan pelayan sedang membawa milk snow ice with mangoes + ice cream di letakkan di depan saya. Selepas itu, datangnya macha snow ice with oreo. Perkara wajib sebelum Farizza menjamu selera, Farizza sempat lagi mengambil gambar kedua-dua snow ice ini. Farizza dapat rasakan snow ice dikisar dengan lembut sekali. Memang rasa manga yang sedap. Di atas snow ice mangoes ada ice cream corn yang membuat kombinasi dengan mango menyegarkan serta menyedapkan lagi rasanya. Saya bersama Aisyah, Rafi, dan Aina memberi “feedback” untuk snow ice ini biasa sahaja. Farizza memberi 7/10 untuk kedua-dua perisa ice cream ini.





Milk Snow Ice With Mangoes + Ice Cream = RM13.20



Macha Snow Ice With Oreo = RM10.00








Terima kasih sudi membaca, lepas ini Farizza nak terjah tempat lain. BYE!!!

REVIEW CENDOL KAMPUNG HULU DAN ROYALE NASI LEMAK KEDAH (MELAKA)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Farizza nak kongsikan detik-detik manis bersama keluarga tercinta ketika meneroka Kampung Hulu Melaka. Kampung Hulu Melaka sangat terkenal dengan cendol yang pasti membuat semua orang terliur. Ais cendol yang dikisar dapat membangkitkan aura dan cita rasa rakyat Malaysia. Kisaran ais ini luar biasa, tidak seperti di mana-mana gerai yang menjual cendol. Pelbagai menu yang terdapat di kampung Hulu Melaka. Rakyat kita amat terkenal dengan rasa durian. Keluarga Farizza menolak durian seketika kerana selepas kami menjamu cendol kami pergi ke kedai makan. So stay tuned. Farizza cerite serba sikit cendol Kampung Hulu.

Cendol Kampung Hulu meletakkan menu pelbagai citarasa dan harga yang berpatutan. Terdapat 9 citarasa yang pasti memuaskan hati anda.

Menu Dan Senarai Harga
REGULAR(RM5.00) – Cendol, Red Bean, Coconut Ice Cream, and Gula Melaka.
MANGO (RM6.00)*****      
COCKTAIL (RM6.00)
DRAGON FRUIT (RM6.00)
CORN (RM6.00)*****
LONGAN (RM7.00)
BUAH KABONG (RM7.00)
KELAPA MADU LAUT (RM7.00)
DURIAN D24,IOI (RM15.00)*****

***** - HOT SALES! POPULAR FLAVOUR OKAY!.

Ketika Farizza mengunjungi Cendol Kampung Hulu, tidak ramai sangat yang berbaris jadi memang cepat dapat dan cepat dapat menikmati. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari sememangnya lapar dan haus. Kami menikmati cendol sambil melihat sampan yang pusing di sekitar Melaka.

NAH! FARIZZA KONGSIKAN GAMBAR CENDOL!. TERLIUR TAK? MESTI TAK KAN? BELUM RASA MESTI TAK, DAH RASA MESTI NAK LAGI!.





Akhir kata, Farizza beri 10/10 untuk cendol Kampung Hulu.

Selepas itu kami pergi ke ROYALE NASI LEMAK KEDAH CAWANGAN MELAKA  area Kampung Hulu, tak jauh dengan Cendol pun!.
Kebiasaanya nasi lemak seperti warna ke arah santan tetapi lain pula nasi lemak Kedah yang berwarna seperti nasi minyak. Rasanya amat sedap dan harga berpatutan sehingga Farizza tidak larat untuk menghabiskannya. Menangis tepi bucu.

Serba sedikit Farizza ingatkan kan kan.. kan.. (Eh!Nak makan penampar). Harga nasi lemak sepinggan RM2. Seketul ayam, daging lembu, atau kambing RM3-RM4. Lebih kurang sepinggan RM7.00 campur sayur sekali. Harga sangat berpatutan sebab makan macam makan dua orang, terlalu kenyang. Nyah! Saya kongsikan gambar yang sempat snap. Yang lain dah kebulur jadi nasi mama dengan saya je tak terusik lagi. Haha! Sorry tak dapat nak share gambar kambing dia. Abang Hakim dah melahap dulu. Baby Haffaz dah menangis guling-guling nak minum milo ais. Hahaha.



RATE ROYALE NASI LEMAK KEDAH (9/10)

Menamatkan sesi perjalanan di area Melaka, kami pergi Coconut Shake Klebang. Alhamdulillah time datang tak baris panjang, lepas baris baru perasan macam train dah belakang. Okay, nak bungkus order di depan, nak minum, makan dan santai-santai di belakang. Sayang sekali coconutnya tua.. Tak berapa nak sedap coconut kali ini, rasa  air sedap so 8/10




Monday, 28 October 2019

BAS SMART SELANGOR

PENGALAMAN NAIK BAS SMART SELANGOR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini Farizza nak share pertama kali Farizza naik bas free. Baik atau tidak pandai-pandai pembaca nilai. Farizza selitkan sedikit cerita-cerita sepanjang di KLIA 2. Pertama kali Farizza naik bas kerana Farizza nak rasa perbezaan naik bas awam dan bas Universiti. Bukan Farizza tak mampu naik grab tetapi Farizza suka cuba macam-macam walaupun kawan-kawan Farizza rasa pelik “biar betul Farizza ini?”. Farizza bukan jenis yang suka benda leceh tetapi apa boleh buat Farizza nak rasa jadi terima akibatnya. Farizza bersama Atiqah dan Saidah menaiki bas manakala Allia dan adiknya Sarah menaiki motorsikal. Sebenarnya dari rumah Farizza ke KLIA 2 hanya 5 minit hingga 10 minit sahaja melalui jalan belakang dengan menaiki motorsikal atau kereta.

Farizza bersama dua orang kawan menunggu di stesen bas Sungai Pelek pada pukul 11 pagi dan bas tiba pada pukul 12 tengah hari. Ketika waktu masuk itu, Farizza baru masuk dan tunduk sebagai tanda hormat dan sedikit rasa malu sebab di kelilingi dengan masyarakat awam. Farizza tak sempat duduk lagi, bas itu terus berjalan so memang terkejut dan rasa hina. Farizza dapat bayangkan jika kita orang miskin nak berjumpa anak dekat KLIA 2, sanggup tunggu bas lepas tu kita dilayan macam “SAMPAH” oleh pemandu bas. Perkara ini menguriskan hati Farizza dan orang-orang lain yang terkena. Benda ini Farizza think positive sebab benda ini kecil cili padi tetapi pemandu bas memandu dengan cara berhemah.

Mungkin pembaca ingin tahu perbezaan bas Universiti iaitu bas UTeM? Bas UTeM, kebanyakan pak cik melayan kami dengan penuh berhemah. Sebagai contoh, terdapat pelajar UTeM yang berdiri kerana tempat duduk penuh, pak cik bas tetap membawa bas dengan penuh berhati-hati. Pak cik juga akan memastikan penumpang di dalam bas itu bersedia untuk bertolak. Fakulti Farizza dekat luar, so ketika waktu balik kadang kala pak cik bas sanggup tunggu 1 jam kerana kuatiri ada pelajar yang belum pulang.

Farizza bersama rakan-rakan pergi ke KLIA 2 sebagai tanda merapatkan hubungan yang telah renggang sejak kami melanjutkan pelajaran ke Universiti. Lebih kurang 30 hingga 50 minit perjalanan dari Sungai Pelek ke KLIA 2. Sementara Allia dan Sarah menunggu kami sampai mereka membeli belah di Padini. Kebetulan kami sampai, mereka masih membelek-belek baju dan ketika itu Padini melakukan sale. Farizza mula terjebak apabila melihat sale dan mencari baju tshirt yang sesuai untuk di pakai dengan cardigan. Farizza memang suka pakai blouse but hari yang Farizza pergi ini Farizza dress up iaitu Tshirt with Cardigan and matching with Palazzo. Cardigan dan Palazzo Farizza beli dekat Jasmina Collection di Regina Mall, PD. Tshirt Jongjakarta ini Farizza dapat ketika waktu form 6 daripada admire Farizza. Hihihi.



Farizza membeli 2 pasang baju tshirt iaitu white and red yang berharga RM19 sahaja untuk satu pasang baju. Murah kan?. Farizza pun tak sure promo still available lagi atau tak sebab masa Farizza pergi hari Ahad lepas,2 hari yang lepas. Farizza makan di Family Mart sebab waktu itu Farizza first time makan Oden sebabnya selama ini Farizza memang jarang nak pergi Family Mart tetapi kalau Starbuck itu memang kerap sampai ada 2 kad. Hahaha. Rasa Oden seperti masak asam pedas dan memang sedap sangat. Farizza memilih Oden sebagai makanan lunch kerana Farizza teringat kisah seorang remaja yang memarahi ayahnya kerana pekerja tidak memberi ayahnya membeli kuah sahaja. Statement ini membuat Farizza ingin mencuba perkara baru dan tertanya-tanya kelazatan kuah Oden. Ketika kami menjamu selera sempat kami berbual-bual tentang pelajaran, kehidupan dan cabaran yang perlu kami hadapi.







Selepas sesi makan dan berbual-bual kami meneruskan membeli belah ke kedai Vinci. Kedai Vinci melakukan promosi selama 4 hari jadi kami masuk ke kedai Vinci dan kelihatan bersepah sangat kasut di lantai. Itu waktu pertama kali Farizza nampak depan mata kasar keadaan sebegitu dan selama ini Farizza nampak melalui media-media massa sahaja. Harga memang murah sangat dan waktu itu Farizza fikir kasut sneakers sahaja sebab minggu lepas Farizza beli 2 pasang kasut tutup flat Polo Hill so agak membazir kalau Farizza beli flat shoes so Farizza pusing satu kedai macam orang bodoh dengan sesak-sesaknya. Tiba-tiba Farizza nampak kasut sneakers berwarna putih so Farizza decide membeli kasut tersebut dengan harga RM31 sahaja. Farizza nampak kasut itu sebab tempat kasut itu sahaja yang kemas dan tergantung. Biasa Farizza memang demand tetapi pilih pasangan tak demand. Cewaah.. 







Around pukul 4:00 petang kami dah tunggu di tempat ruangan menunggu bas. Pada pukul 4:30 petang kami naik bas. Sebelum kami naik bas kami melihat board pada bas dan kelihatan tulisan menuju ke Sungai Pelek jadi kami pun naik tanpa bertanya dahulu. Tiba-tiba sampai Train MPSepang kami di arah turun. Kawan Farizza Saidah terasa pelik lalu menyuruh Atiqah bertanya pada pak cik tersebut. Atiqah bertanya dengan penuh sopan dan pak cik tu membalas dengan suara menjerit “Tadi nak naik tak nak tanya, orang dah lapar! Turun cepat! Turun!”. Saya bukan jenis suka kena marah sebab waktu sekolah dulu paling nerd lah. Cikgu nak marah saya fikir 5 hingga 10 kali sebab saya full attendace dan ada kala saya terlupa bawah buku teks sekali cikgu masih boleh maafkan. Even cikgu Suzana yang garang tu pun layan saya penuh baik. BOLEH PULAK SAYA MASUK UNIVERISTI?.

Kami turun lalu menunggu di ruangan menunggu di luar, tiba-tiba pak cik tu datang balik lepas tu kami naik balik dan kami sampai ke destinasi di Sungai Pelek. Bagi korang agak kelakar tetapi bagi kami amat serius. Boleh tak pak cik tu balas soalan kami “ Dik pak cik lapar, pak cik makan dulu. Nanti pak cik ambik balik adik. Adik tunggu dekat situ ye?”. Saya amat marah pada pak cik itu sebab kami orang Melayu, kami beragama Islam. Sekiranya saya ini non muslim, apa ye pandangan mereka terhadap agama Islam? Malu tak kita Islam dikata kurang ajar? Malu kan. Jadi saya menyeru jagalah adab walaupun awak lapar, awak gaduh dengan isteri, kawan, awak merajuk dan awak tak puas hati dengan siapa-siapa pun jangan lepaskan dekat pihak lain.

Maybe pak cik itu nampak I dress up kut, so die fikir I ni tak mampu tapi pakai lawa-lawa and then beli barang berjenama lepas tu I senyum-senyum dengan kawan-kawan and then naik bas je?. Maybe. I think negative because blog I ni, I ada post bird’s nest, ada satu makhluk tuhan ni die save picture bird’s nest sekali tangan-tangan I n guna nama belakang I iaitu Iza. Orang tu Melayu tau. I don’t know why Melayu benci dengan Melayu. Kita perlu tahu dunia ini sementara so jangan kita ada sifat iri hati. Btw yang guna nama I itu di IG dia dah padam. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan assignment saya.

Okay setakat ini sahaja Farizza nak kongsikan detik manis dan pahit sepanjang berjumpa balik dengan rakan-rakan. Nak jumpa rakan dengan niat baik pun ada cabaran. Overall, Farizza tak akan naik bas free itu lagi, Farizza lagi suka naik grab!.
Tq pembaca

Wednesday, 9 October 2019

BUKIT UTeM


Assaalammualaikum dan selamat sejahtera
.
Hari ini Farizza nak share pengalaman mendaki bukit yang tak berapa tinggi. Kami pergi waktu itu ketika hari Ahad yang lepas. Plan asalnya pukul 6:30 tapi Aisyah minta 6:40. Kesudahnya pergi pukul 7 pagi. Alahai matahari dah naik. Kami lambat sampai. Kami berempat iaitu saya sendiri, Ajim, Aisyah dan Aina bersama-sama mendaki bukit UTeM. Bukit UTem berada disebalik kolej kediaman Satria. Kami berempat dari kolej kediaman masing-masing berjumpa di depan kafesatria lalu pergi bersama-sama. Perasaan amat teruja kerana pertama kali mendaki bukit. Mana tak, selalu parents tak bagi masuk sukan-sukan ekstrem atau join hiking or climbing. Sedih bukan?. Time form 5 semua pergi bukit Broga, kita ini termenung dekat rumah sebab parents tak bagi. Kerjasama dengan sis Nana iaitu kakak sulung dapatlah saya join kelab KereX kalau tak tentu parents akan marah.  Saya pergi bukan under KereX but pengalaman sebelum nak join apa-apa event KereX.

Ketika mendaki bukit nampak matahari sudah menyinari dan langkah demi langkah semakin menghampiri ke puncak bukit. Hanya 650 langkah kita dah sampai bukit. Kelihatan ramai orang sedang sibuk menyaksikan matahari dan mengambil gambar dan ada juga sedang bersantai. Kami mencari port melihat keseluruhan sekeliling bukit. Nampaklah bangunan kediaman satria, masjid, fakulti, PBB dan kafe pelajar. Tidak asing di tangan Farizza mesti ada sebotol bird’s nest maka Farizza buka dan minum bird’s nest. Bertambah tenaga selepas minum bird’s nest. Bird’s nest kalau nak minum mesti perut kosong tau. Kesinambungan topik bird’s nest semalam, bird’s nest daripada burung Walid. Burung Walid sangat bersih, sebab itu tidak asing kulit kita anjal kan.

Kami banyak mengambil gambar dan share story masing-masing. Kalau kita duduk di kelas, pasti masing-masing sibuk discuss topik yang perlu kita presentation kan? So komunikasi itu agak terbatas. Aktiviti hiking pagi itu, memberi aura semangat yang baru dan positif. Kami dapat kenal antara satu sama lain dan share pendapat bagi memajukan perniagaan yang kami sedang usahakan. Sebagai pelajar technopreneur kami tidak asing dengan sikap beramah mesra dan saling tolong menolong. Sesetengah pelajar tidak akan faham seperti mana kita lihat technopreneur di Malaysia setiap hari berfikir bagi memantapkan dan menstabilkan perniagaan dengan cara pelbagaikan keluaran produk mereka.

Balik cerita bukit, sepanjang laluan di bukit kita akan lihat banyak ranting dan batu jadi berhati-hati kita mendaki. Seeloknya smart phone letak poket ataupun pasang lagu agar tidak berasa kesunyian. Sepanjang perjalanan juga boleh kita bincang topik yang kita tidak faham. Tidak semua education perlukan buku baru boleh tunjuk ajar. Terdapat pokok berada di sekeliling kawasan mendaki dan pokok semua dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang kecederaan ketika kami mendaki. Anda akan rasa lari 4km lagi penat daripada mendaki bukit 650 langkah. Saya sarankan pelajar UTeM menikmati permandangan UteM dengan mendaki bukit itu. Tiada apa yang perlu ditakutkan kerana keadaan di sana selamat tidak seperti tempat lain.
Itu sahaja cerita ringkas pagi ini. Tq sudi baca
.

Muka natural beauty.Hihi






Tuesday, 8 October 2019

MINUMAN SARANG BURUNG TERBAIK-ANNONA BIRD'S NEST

Assalammualaikum dan selamat sejahtera
.
Hari ini Farizza nak share Review selepas Farizza mengamalkan Annona Bird's Nest.

(dilarang curi! potong tangan!)
.
Rata-rata naik menyampah bila life Farizza dipenuhi dengan Annona Bird's Nest. Belum rasa belum tahu. So far Farizza sangat bertenaga bila mengamalkan Bird's Nest from Annona ini. Bukan bertenaga sahaja tetapi sekaligus menganjalkan kulit Farizza yang makin hari makin kedut. Bila Farizza rasa Annona Bird's Nest ini membantu dalam kehidupan kesihatan Farizza maka Farizza ambil langkah untuk menyeru semua tidak kesah lelaki atau perempuan mengamalkan Annona Bird's Nest. Btw Farizza memang ada jual untuk projek assignment business. Farizza nak minta tolong kepada semua pembaca Farizza likes FB page & follow instagram. Kami memerlukan 120 likes dan 800 followers untuk capai matlamat. Kalau tidak habis assignment kite.
.
FB page, click ๐Ÿ‘‰ birdnest.utem.melaka dan likes ye. Tq yang sudi membantu assignment group saya.

Instagram, click ๐Ÿ‘‰ birdnest.utem.melaka dan follow. Tq for help!.
.
Balik pada asas mesti nak dengar apa itu Annona Bird's Nest????
.
Buka lah tingkap mak cik, kita nak bawang ini! bawang  tentang bird's nest!๐Ÿ˜

ANNONA BIRD'S NEST MENGANDUNGI BEBERAPA BAHAN!.
1) Bird's nest (7%)
2) American Ginseng
3) White Fungus
4) Rock Sugar
.
Kandungan nilai pemakanan yang utama di dalam sarang burung ialah protein dan karbohidrat yang larut air, kalsium, fosforus, besi, natrium, kalium dan vitamin B1.
.
Sememangnya Farizza kurang vitamin B1 yang merangkumi BROKOLI, KACANG HITAM, KACANG HIJAU DAN NASI PUTIH. Farizza tak lari dengan skip makanan walaupun kelas cuma 1 atau 2 pada satu hari. Hal ini kerana Farizza terlalu sibuk menyiapkan tugasan. 

PERINGATAN!
PRODUK INI ADALAH SEMULAJADI. Tiada pengawet, pewarna tiruan dan penstabil makanan ditambah. Oleh itu, penampilan kandungan mungkin berubah dari semasa ke semasa. 


KEBAIKAN ANNONA BIRD'S NEST

DENGAR INI APA YANG KITA NAK BAGITAHU!

1)Meningkatkan tenaga - Sebagai seorang pelajar dan pekerja kita tidak lari dengan masalah kurang tidur jadi dengan mengamalkan Annona bird's nest pasti anda tidak perlu makan dalam kuantiti yang banyak.

2)Kurangkan kedutan dan garis halus-

Situasi
A: Hello! I muda lagilah.
B: Yelah, kat dahi itu apa?
A: (tengok cermin) Muka A seperti ๐Ÿ˜จ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ญ lalu berkata bila masa ada garis ini!.

Kawan-kawan kita ini memang boleh touch up make up kan tapi tak lari dengan kedutan. Kadang-kadang kita dah cukup lawa dalam gambar. Say NO NO NO! PALSU. CAMERA PALSU! Nak Natural Beauty perlu pakai Annona Bird's Nest๐Ÿ˜

3)Mencerahkan dan anjal kulit - 

Situasi
A: Aku rasa aku tak perlu makanan sampingan ini, membazir duit je. Kau tahu  aku selalu kalau nak makan mesti ikut piramid makanan. Cukup dah zat dalam badan aku ini. 
B: Memang betul kata engkau itu tapi kau selalu skip makan dan lagi satu kau ini asyik stress memanjang๐Ÿ˜
.
Kawan-kawan tak semestinya makan dengan cara yang betul akan menyihatkan tubuh badan. Siapalah tak stress dalam dunia ini? Baby pun stress tau, asyik-asyik mamanya membebel "Baby, cepatlah belajar terlentang". Baby pun stress tengok mamanya yang paksa dia. Apa entah lagi kita KAN?

4)Melembapkan kulit- Ikutkan memang cuaca persekitaran kita di Malaysia memang tidak berada pada yang menyihatkan. Tidak lari dengan jerebu malah sinaran UV dan tambahan asap-asap bakaran๐Ÿ˜ฑ Nak lembap sentiasa amalkan bird's nest. 5 dalam 1. Nak cantik, tak nak kedut, nak cerah, tona sekata dan nak lembap guna je ANNONA BIRD'S NEST tak perlu beli serum, moisturizer, sunscreen dan whitening bagai!.

5)Membantu masalah penghadam- Makan dekat luar dengan cafe ini satu hal tak boleh nak hadam makanan dalam perut ini. Asyik-asyik sembelit. Aku dah lah busy belajar, nak basuh baju lagi, nak hafal lagi, nak????. Banyak betul alasan dia sampai tak jaga makan. Tak perlu risau ANNONA BIRD'S NEST tolong hadamkan. Jimat masa dan anda tak perlu lagi 1 jam kat toilet!.

DAH CEPAT GRAB ANNONA BIRD'S NEST!. 1 KOTAK TERUS


6)Meningkatkan imunisasi badan.- Asal lah badan kau ini kembang kempis je aku tengok. Dah-dah makan itu, Bird's Nest from Annona ini wey mantap gila! Kau akan rasa kenyang. Bukan itu je kau cerah, anjal, tak ada kedutan muka, lembap pulak tu kulit dan paling penting kau bertenaga!๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

7)Memudarkan pigmentasi kulit - Apa itu pigmentasi kulit? Ramai student bila buka tudung je muka belang. Hah! itulah pigmentasi kulit. Lagi satu yang pakai cermin mata mesti tona hidung dia lagi gelap daripada tona kulit muka dia. SETUJU KAN? so pengambilan Annona Bird's tak perlu lah kau beli Sunscreen yang berharga RM15 dan tak sampai 15ml pun. Annona je 70 ml๐Ÿ˜ธ

8)Meningkatkan daya ingatan- Kelas kau Jah, aku ini tak habis-habis lupa. Baru cakap tadi. Eh apa aku cakap tadi.๐Ÿ™Š

9)(mommy pregnant) Meningkatkan dan menguatkan kadar imuniti badan kepada ibu dan bayi.
.
Okay semua dah baca benefit dia? Nak tahu harga kasih sayang tak? Angkat tangan semua๐Ÿ™‹
.
BELAKANG TU BANGUNAN KEDIAMAN UTeM! KALAU NAMPAK GAMBAR INI KAT KORANG! TAHULAH TU MENCURI!.


Bird's Nest Malam tadi๐Ÿ˜


PRICE ๐Ÿ‘‡
1 BOTOL RM6
1 KOTAK RM18(3 BOTOL)
.
Dah tahu harga? Nak tahu rasa?

Rasanya seperti minum jeli nata de coco je.. Tak tawar dan tak manis.. Sesedap rasa..๐Ÿ˜
.

CARA PENGAMBILAN YANG DISARANKAN
.
Minum 1 botol ABN ๐Ÿ‘‰ 1 kali sehari.

Sesuai diminum pada waktu pagi semasa perut masih kosong atau 1 jam sebelum tidur untuk penyerapan nutrisi yang lebih baik. 

Pengambilan ABN adalah bergantung kepada keperluan individu.

.
Okay setakat ini bebelan mak cik Bawang Farizza. Tapi ada orang tu kata kita bukan mak cik tapi Akak Bawang sebab orang itu adik ag. Hahahaha๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜„