Tuesday 9 July 2019

TIPS LESEN MEMANDU KERETA



LESEN MEMANDU KERETA DA (Auto)

Asalammualaikum semua. ALHAMDULLIAH semalam saya lulus dalam menjalani ujian lesen memandu kereta.

Hari ini saya nak cerita dekat semua orang perjalanan saya menghadapi ujian untuk mendapat lesen L dan lesen P.  Disebabkan saya duduk di Melaka jadi saya ambil di sekitar kawasan Melaka. Dekat mana itu? Biar rahsia. Perasaan ketika mengambil lesen ini saya ada perasaan takut dan risau. Sebenarnya saya tidak pernah mengambil mana-mana lesen. So memandangkan ini lesen pertama saya, saya tidak tahu perjalanan mengambil lesen lebih jelas. 

Kita start berjumpa dengan penjaga kaunter services dan decide harga. Harga lesen kereta auto  RM1323 manakala kereta manual around RM1000 . Saya diberitahu menagambil lesen kereta auto pada bulan ini diberi promosi dalam RM1232. Pada awal pendaftaran kita perlu membuat pembayaran untuk memasuki kelas KKP 01 dan biasanya di tempat yang saya ambil ini hari sabtu atau ahad sahaja mereka melaksanakan ceramah. Ceramah ketika itu bermula pada jam 8 pagi sehingga 2:30 petang. Bayaran pendaftaran RM265.00. Masa mula-mula masuk ke kelas mereka menyediakan ujian warna untuk memastikan pengambil lesen tiada buta warna. Ceramah ada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Kita juga perlu membuat pembayaran buku sebanyak RM13 sahaja. Setiap buku ada nombor siri jadi siri itu pemilik sorang. Tak boleh share tau!

Bahagian A berkaitan tentang lesen L. Penceramah akan menerangkan simbol-simbol papan tanda dan tips untuk menjawap soalan. Selain itu penceramah turut memberitahu kesalahan yang kerap pengambil lesen lakukan ketika menjawap soalan UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER. Bahagian B pula, penceramah akan menerangkan lesen P iaitu KPP 02, KPP 03 dan test JPJ. KPP 02 dan KPP 03 ini berkaitan jalan raya dan litar. Jalan raya disini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A, B dan C. Litar macam biasa dilaksanakn di pusat lesen itu sendiri.

Litar ada enam elemen untuk kereta auto :
1.       Bukit
2.       Parking
3.       3 penjuru (T)
4.       Konah S
5.       Ramp (auto sahaja)
6.       Z

Baiklah, saya akan menerangkan tips untuk mengambil lesen L. Sebenarnya amat pelik jika seseorang gagal menjawap ujian komputer. Hal ini dikatakan demikian kerana, soalan dibentuk oleh JPJ ada di aplikasi google play store. Hampir 99% soalan komputer sama seperti aplikasi tersebut. Saya mengambil masa hampir sebulan untuk study kerana tiada kelapangan masa untuk pergi dan akhirnya pergi bersama pak cik yang bekerja di pusat lesen itu.

Saya seorang yang sukar untuk melintas jadi ada seorang lelaki luar negara bawa saya melintas. Ketika itu, pak cik yang hantar saya ada di pendaftaran nama lesen L. Tak berapa jauh sangat dengan pusat komputer itu tetapi melintas dijalan raya sukar kerana jalan dihadapan berbukit jadi kenderaan susah untuk lihat orang melintas. Al maklum, kenderaan macam kat F1. Susah nak nampak kereta bawa dalam around 60 atau 80 kmj.

Kelakar dekat sini ada seorang lelaki, cerahlah muka dia, nak kata hensem tak juga nak kata tak hensem tak jua. Dia naik motor punyalah dia toleh saya sampai kebelakang. Mungkin dia pelik nampak saya dengan lelaki luar negara itu tetapi saya tidak peduli sebab ini keselamatan saya. Biarlah orang fikir couple ke apa ke janji saya melintas. Btw nak bagitahu saya langsung tiada teman lelaki dan buat masa ini masih fikir kerjaya.

Alhamdulliah saya dapat result 48/50 dalam ujian komputer. Tips disini selain praktis menggunakan aplikasi, anda boleh mengaplikasi di jalan raya. Ketika anda menaiki kereta grab, bas dan teksi mesti anda akan lihat signboard. Dari situ cuba anda teka dan lihat jawapan di buku yang anda beli ketika pendaftaran. Biasanya orang tidak tahu apa kegunaan sign board SERU (!). Sign board (!) bermaksud bahaya- bahaya lain. Itu sahaja tips yang saya boleh kongsi untuk ujian undang-undang komputer. Goodluck!

Bahagian B

Mesti tertanya-tanya mana satu part susah untuk kereta auto dalam melaksanakan ujian litar. Kesusahan disini sebenarnya bergantung kepada individu. Ketika saya menjalani latihan bukit, bukit  adalah makanan saya TETAPI ketika test JPJ ia menjadi musuh saya. Ini berlaku kerana suasana ketika test JPJ lain dengan suasana ketika latihan. Saya sedikit gabrah. Bukit ini istimewa dia, boleh cuba 2 kali sahaja. Alhamdulliah, apabila saya repeat saya lepas. Sekali je repeat bahagian litar ini. Okay price repeat bahagian litar iaitu bahagian 2 RM85.00 dengan sekali test card RM11.00. Saya cuma repeat bahagian litar sahaja kerana bahagian 3 iaitu jalan raya saya lulus ketika percubaan pertama. Markah time itu 68/80. Markah  biasa-biasa sahaja. Katakan lah kalau korang dua-dua test gagal korang perlu bayar RM160.00 dengan test card RM11.00. If bahagian 3 je fail, harga sama macam repeat bahagian 2. Ini untuk kereta auto sahaja. Manual I don’t know!.

Bahagian 3 saya dapat jalan A. Sesetengah orang tidak suka jalan A sebab dia kawasan sekolah, bukan jalan lurus, banyak bukit, ada jalan Y, lepas traffic light ada bukit. Okay but for me saya suka sebab saya bukan selalu memandu tanpa lesen jadi saya dah biasa time latihan bawa kereta setakat 60kmj di jalan raya, lepas tu kat sekolah around 30kmj-40kmj.  Jalan B dan C jalan highway dan saya tak kenan bab pusing (U turn). Kau tahu jelah orang letak 80kmj, diorang bawak 110 kmj. Bercinta nak pusing tau sebab kena tekan minyak. Hm.. Tapi kebanyakan mereka suka jalan highway sebab kekalkan 80kmj dan tak banyak signal nak guna berbanding jalan A. So its up to you likes which one.  Goodluck!

Okay guys, mesti nak tahu juga bab litar mana orang jadi bualan. Okay, part 3 penjuru (T). KENAPA? Hanya tiga kali sahaja tekan brek. Sekiranya anda lebih menggunakan brek anda gagal. Bende ni jadi sebab  bila kita tidak tukar gear. Okay, auto, korang masuk D4 lepas tu brek. Bila korang pusing stereng habis ke kanan korang lupa pula ye tukar gear R. Habislah korang ke depan lepas tu brek. GAGAL!. Ini time latihan je saya kena. Test JPJ tak ada. Lagi satu bila korang tak lupa lah gear R tu. Dah elok masuk secara tegak dan brek. Ini pun sama jangan lupa tukar balik gear D4. Jangan biarkan gear itu R. Gagal nanti. Manual juga ada masalah 3 penjuru. Bila saya tanya kereta manual, kenapa repeat banyak kali? . 3 penjuru. Kereta auto jarang sekali orang ambil. Saya seorang jelah ambil. Memang struggle and lonely bila buat ramp. Ramp juga famous orang gagal sebab lupa brek, lepaskan brek tangan, tekan gear N, lupa reverse, langgar tiang dan seupama. Masa latihan saya lupa lepaskan brek tangan dan reverse. Alhamdulliah time test JPJ sempurna.

Kalau anda ingat semalam, semalam kan hujan. Berhujan saya ketika melakukan test JPJ sebab saya buka tingkap nak tengok dot-dot parking, tayar lurus ke tak, tayar masuk line kuning tak. Biasalah hujan mesti tingkap penuh dengan air, macam mana saya nak nampak roda kalau tak buka tingkap. Nikmat hujan memberi rahmat dan rezeki saya lulus ujian bahagian 2. Terima kasih kepada cikgu yang sanggup mengajar saya walaupun asalnya berputus asa. Maklum saya tak pernah pegang stereng. Pertama kali saya pegang stereng ketika mula-mula belajar dengan cikgu memandu. Bayangkan. How struggle I do the best walaupun auto. Peringatan tulus daripada saya, kalau korang rasa nak cepat masuk test JPJ, always study memandu kereta. Nak memandu boleh janji jangan jalan yang bahaya. Saya tak berlatih pun kat rumah.. Latih dekat pusat lesen je.

Okaylah goodluck u alls.. Murah je kat Melaka RM1323 kalau kat Selangor RM1700++ area kampung saya. Repeat RM155. Wah! Mahalnya.  So saya sangat beruntung tinggal di Melaka and dapat price super jimat dan murah. Kalau tempat korang lagi murah sila pergi dan war-warkan dekat semua orang.

Asalammualaikum.

1 comment:

  1. Masa buat ramp waktu hujan dulu tayar berpusing x..?

    ReplyDelete