Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
.
Hari Selesa hari itu, Farizza
pergi ambil cermin mata di Dr.Specs. Farizza kan Covid 19 kenapa keluar?
Terpaksa keluar sebelum hari berikutnya perlu duduk rumah. Lagipun Farizza
ketika itu sedang menjamu makanan di kafeteria Satria. Dah nama pun kafe, mesti
pelajar-pelajar rancak berbual, earphone tinggal pulak dekat atas, time tu
tutup telinga kiri dengarlah orang kedai itu kata apa. Boleh saya ambil esok?
“Farizza”. Maaf cik, kedai kami tak tahu sama ada buka ke tak esok “kedai
spek”. Time ini tak tahu lagi, rupanya start esok kena kurung 2 minggu duduk
dekat rumah. Alang-alang Farizza memang nak kena balik rumah ayah dekat Port
Dickson, memang kami ambil specs tersebut. Tak lama kami dekat mall, sampai pukul
2:00 petang keluar kul 3:00 petang. Aeon 1 jam je, buat apa?. Ambil spek, beli
air tealive je. Terima kasih Kak Zana, Hidayah dan Hasha sebab sudi teman
Farizza time waktu puncak pelajar-pelajar balik.
.
Sampai je Aeon kami berpecah, kak
Zana dan Farizza pergi ke Dr.Specs manakala Hidayah dan Hasha beli minuman.
Farizza sampai je sana, try pakai spek, rasa baru nampak dunia. Nak tahu tak
kenapa Farizza nak buat review mengenai Dr.Specs ini? Kedai Dr. Specs ini tidak
ambil kesempatan macam kedai lain tau. Kenapa pula? Farizza hari itu pergi
kedai cermin mata dekat Mydin Melaka, nama kedai dirahsiakan atas tutup aib.
Farizza boleh kata kedai cermin mata ini belakang. Kedai cermin mata dekat
Mydin ada tiga. So pandai-pandai korang cari kedai yang Farizza cerita ini.
.
CERMIN MATA DI MYDIN
First, kami datang kedai ini
sebab Isma mengalami sakit di kepala sebaris mata, cek dekat klinik rupanya dia
ada masalah rabun jadi dia cek mata, alang-alang memang Farizza dah plan tahun
ini saya nak tukar, cermin mata dah senget kalah konah S. hahaha.. leh cek
senget macam mana dekat post sebelum ini.. So Farizza pun tanya boleh cek kan?
Pekerja dekat situ angguk jadi Farizza cek dan kelihatan power Farizza 900???. Seriuslah, maka Farizza pun
snap gambar letak dekat status whatsapp. Farizza kau dah nak buta ini, Farizza
buat laser. Farizza, kita suggestkan
awak cek dekat kedai cermin mata lain, kat sana macam PENIPU. WHATT??. Dan
banyak lagi komen. Komen lucu pun ada. Sabar je. Bukan itu sahaja, malah
pekerja dia kurang senang dengan kehadiran kami yang hanya ingin cek power.
Mereka bermasam muka dan jelling-jeling. Patut jugalah awak power saya sampai
900. Awak buat apa ye? Owner kedai sangat baik. I prefer korang yang datang,
suruh owner cek jangan pekerja cek. Tak ikhlas kau Jahhh.
.
.
DR SPECS
Selepas mendengar komen daripada
kawan, Farizza decide buat dekat Aeon padahal kawan suruh buat dekat Dataran
Pahlawan(DP). Memang nak buat dekat DP tapi malas saya nak cerita. Yelah saya
kan dah tak rapat lagi dengan kawan lelaki itu. Dah move on. Hahaha. Farizza
jumpa kedai Dr. Specs. Farizza cek power, rupanya
belah kiri tetap sama 700 dan belah kanan naik 50 jadi 800. Awak beza tau
800 dengan 900. Awak nak bunuh saya ke?. Cakap dengan kedai cermin mata dekat Mydin ini. Lagi satu layanan
mesra mereka buat awak prefer ke kedai Dr.Specs. Farizza pilih bingkai plastic
sebab nak tutup ketebalan cermin. Pekerja
Dr.Specs itu pun kata kalau saya pilih besi kemungkinan ketebalan nampak.
Agak lama pilih spek sebab ada spek yang fleksibel dan biasa( tak fleksibel). Fleksibel RM199, kalau tak fleksibel RM115
dan keatas. Kenapa Farizza tak pilih fleksibel sebab
Farizza dah masak dengan penahan hidung yang jenis tertanggal dan cepat kotor.
Tahu kan yang boleh tertanggal itu. Kalau Farizza pakai sekarang ini penahan
hidung plastic hitam memang tak kan cabut, kalau cabut sekali bingkai cabut.
Haha.
.
Pilih-pilih hanya RM 495 sahaja. Murah tak
untuk power 800. Murah tau. Survey kedai lain, power awak ini tinggi, tak
mungkin cermin mata awak RM300 je, mesti kena atas, paling kurang cermin RM600.
Penipu lagi satu! Kedai dekat Aeon gak, kedai rahsia, clue? Clue yang dekat
dengan kedai Dr.Specs. Bingkai Farizza
RM115 dan selebihnya harga cermin. Murah kan. Farizza buat ini hari Jumaat lepas, dapat hari Selasa.
.
Okay nak bagi review kedai DR.
Specs 4.9 star.
.
Nak sambung cerita lain…Boleh
kan..Hihi..
Bukan ke pelajar UTeM tak boleh
balik. Actually, hari Isnin tiba-tiba felo ketuk bilik kami, suruh kami balik.
Bila dah sampai destinasi, barulah UTeM keluarkan kenyataan pelajar tidak
dinasihatkan untuk balik ke kampung. Kenyataan ini mungkin sebab ada pelajar
yang ingin pulang walaupun dah 18/3. Farizza balik waktu felo suruh balik iaitu
hari Selasa. Lagipun mama ada kawan yang kawan dengan staf UTeM, mama tahu lebih
lama rupanya sebab itu malam Ahad mama call, “ija kemas barang esok balik”.
Saya yang masih bergosip dengan kawan saya tiba-tiba terkejut. Memanglah PM
kata tutup, tapi UTeM tak cakap pun. Kita tunggu esok pagi. Betul-betul pagi,
sebab felo ketuk. Hahaha…
.
Farizza balik around 6 petang dan
sampai di PD pukul 10 malam sebab kami mendirikan solat maghrib di rumah
Serkam, selepas itu kami singgah isi minyak di petronas Merlimau, singgah di
pejabat polis ambil surat, pergi pasaraya MEGA 24 JAM, pergi KFC Merlimau take
away, and balik. Dari hari itu sampai sekarang Farizza tak keluar rumah pun
kecuali kakak sebab kakak delivery kek dia. Mengadalah yang order ini, buat
sendirilah nanti Covid 19 hilang orderlah macam kau tak pernah makan kek.
Kenapa Farizza marah? Sebab Farizza yang duduk rumah ini boleh kena tau melalui
kakak yang baru balik. Mama always bising, pakai sanitizer, mandi, basuh baju
terus. Kami bukan guna sanitizer macam dekat kedai biasa, kami guna sanitizer
hospital. Macam mana dapat? Kami curi ke? Ketuk kepala awak semua. Abang ipar
saya kerja penghantaran jua tetapi hantar-hantar barang hospital seperti meja,
sanitizer dan barang hospital lain. Kami dulu pernah jual sanitizer ini, kerana
terlebih ambil stok tetapi waktu itu faham jelah Melayu duk kutuk kami jual
sanitizer. Sekarang ini, baru terhegeh-hegeh cari kami untuk sanitizer, maaf
hampa habis stok. Kami tak jual timbang kilo nahhh.
.
Nyah Gambar!
Cawangan-cawangan Dr. Specs Kad cermin mata Dr.Specs.
Bekas cermin mata khas dari Dr.Specs.
Cermin mata dulu.. nampaklah senget dia kan.
Cawangan-cawangan Dr. Specs Kad cermin mata Dr.Specs.
Boleh rujuk Power Farizza dekat sini tau, silau sekali.Hihi.
Tara.. Siap bagi beg lagi..
Ini cermin mata yang senget. Mesti korang kata napa tukar tak nampak senget? Puas dah Farizza kalau without pakai tudung study kat bilik.. Cermin mata sampai hujung batang hidung. Nenek si bongkok tua jadinya. Alahai.. Btw kalau korang nak tahu senget mana.. Belah tangan kiri korang nampak spek dekat dengan kening tetapi belah kanan macam jauh sikit dekat kening. Nampak an an.. Hihihi...
Tak jauh beza pun design kita pilih, sebab rambang mata, dah semua sesuai dekat muka. Cuba perhatikan jarak kening dengan spek sama kan, so dah tak senget. Gitulah kalau korang nak tahu cermin mata seseorang itu senget ke tak?
Ada yang tanya kenapa tak tukar bingkai je? Kenapa Farizza tak tukar bingkai dekat kedai asal Farizza beli cermin mata dulu sebab design bingkai Farizza pakai dulu dah tak ada. Memang tukang kedai yang lama kata tunggu bingkai awak patah je lah. Aishh..
TQ baca entry Farizza. Bosan kan tu, marilah tulis blog ye awak!
No comments:
Post a Comment