Thursday 5 March 2020

REVIEW TEMPAT MAKAN MENARIK MELAKA- BRUH KITCHEN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
.
Maaf lama tidak menulis coretan di blog!. Btw Farizza pergi Bruh Kitchen ini pada pertengahan bulan 2 setelah masuk sem baru ni. Sekarang dah bulan 3 baru sempatlah tangan ni nak menulis. Maklum banyak sangat assignment perlu disiapkan. 
.
Bruh Kitchen apa ye? Bruh Kitchen ini makanan western. Makanan western alah-alah rare gitu. Kedai Bruh Kitchen comel molek sahaja. Dekat mana Bruh Kitchen ini? Bruh Kitchen terletak di Kampung Durian Daun, Melaka.  boleh follow ig @bruhkitchen untuk tahu apa yang mereka hidangkan kepada mereka. Setiap hari buka kecuali hari rabu. Waktu beroperasi pada pukul 5 petang sehingga 12 malam.
.
Nak tahu menu dan harga Bruh Kitchen? Tengok bawah guys!
.
Gambar buku menu dan harga daripada kedai Bruh Kitchen!.

MENU DAN HARGA BRUH KITCHEN MELAKA.





JEMPUT TENGOK GUYS!. 


Kami memesan set Mixed BBQ Double!. Boleh bagi Feedback tak?
.
Farizza suka sangat rasa daging lembu kerana sedap tetapi agak liat sikit untuk makan. Overall Farizza suka semuanya kerana sangat sedap dan sangat kenyang. Farizza recommend orang-orang Melaka ataupun yang suka jelajah negeri Melaka marilah singgah BRUH KITCHEN.
.
Kami bertujuh ke sini kerana ingin surprise kan kawan kami birthday bulan 1. Bulan 1 masih cuti bukan jadi kami sambut bila buka sem. Malu-malu mereka. Hidayah dan Hasha lahir pada bulan 1. Hidayah asal Kuching, Sarawak dan Hasha asal Kuantan, Pahang. 
.



Kiri Hidayah, Kanan Hasha.


 Kami beli 2 set guys sebab kami ada 7 orang.

Jom Singgah Bruh Kitchen! Pasti terpikat 💖Farizza bagi 4 star!
.
Next Western Food -



No comments:

Post a Comment