Sunday 14 July 2019

REVIEW & BENEFITS NH COLLA-PLUS 3


MINUMAN BOTANI NH COLLA-PLUS 3



RM37.00 Sekotak di Watson.



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Topik hari ini NH Colla-Plus 3.

Farizza nak beri review sedikit tentang produk NH Colla-Plus 3 ini setelah Farizza consume 6 botol selama 6 hari. Btw Farizza dah stop NH Colla- Plus 3 sebab Farizza consume another product yang betul-betul kata kunci untuk muka Farizza. Produk NH Colla-Plus 3 ini bukan tak bagus tau tetapi memang bagus. Farizza dapat melihat perubahan seawal 3 hari tetapi itulah tak tepat dengan kata kunci muka Farizza. Kata kunci muka Farizza yang utama menghilangkan bintik hitam iaitu dark spot.

MESTI NAK TAHU NH COLLA-PLUS 3 INI UNTUK APA? APA KEY POINT? SIAPA BOLEH CONSUME? BACA DI BAWAH YE.

1.       NH Colla-Plus 3 ini sesuai untuk golongan yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2.       NH Colla-Plus 3 diperkayakan dengan yis seramida dan ekstrak zaitun.
3.       Minuman NH Colla-Plus 3 sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan serta semua jenis kulit.
4.       Membantu menambah seramida yang hilang akibat faktor persekitaran dan penuaan.
5.       Meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit.
6.       Memulihkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
7.       Membantu menghalang pengeluaran melanin dan mempromosikan kesan percahayaan pigmen.
8.       Menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedutan dan garisan.

MANFAAT YIS SERAMIDA?

1.       Membantu menggantikan semula seramida kulit yang hilang akibat faktor persekitaran.
2.       Meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
3.       Membaik pulih dan kulit menjadi lembap.
4.       Membantu mencegah pembentuk melanin dan mencerahkan tona kulit
5.       Menyokong strukutur kulit (tak adalah umur 20 tahun dah kedut muka)

KESIMPULAN

NH Colla-Plus 3 ini menitikberatkan struktur kulit iaitu menghilangkan kedutan dan memberi keanjalan pada muka. Pada masa yang sama, boleh menyebabkan kulit kita cerah. Kelebihan minum collagen ini ialah memberi tenaga kepada badan kita, walaupun sehari dah penat bekerja pasti tenaga dapat kekal sehingga malam. NH Colla-Plus 3 membantu menghalang faktor persekitaran yang kotor melekat pada muka.

KENAPA FARIZZA TERPENGARUH DENGAN NH COLLA-PLUS 3?

Kalau you all nak tahu Farizza baru 20 tahun ada kedutan sikit je lah, tetapi risau tu tak boleh kata. Sebab apa tau, asal datang kenduri “Eh, awak yang dah kahwin kan?”. Tepuk dahi guys, muka I lagi tua daripada kakak I. So I decide cari product, mula-mula pergi guardian nampak “KITA Beauties” tetapi tiba-tiba ternampak NH Colla Plus-3 dalam iklan dan dengar review daripada kawan kakak, itu yang cuba. Apabila Farizza consume selama 6 hari, alhamdulliah muka anjal tanpa kedutan. Keluarga I mula nampak perubahan I lalu mereka kata “ Muka kau nampak bersihlah walaupun ada dark spot”. Berbunga hati tau. Alhamdulliah, ini sumua kerja Allah. Kita tak boleh berharap sangat dengan sesuatu produk tanpa usaha dan tawakal dengan Allah. Kalau you all baru start consume NH Colla Plus 3, please  minum banyak air dan jangan makan manis dalam kuantiti banyak sebab NH Colla-Plus 3 ini dah cukup buat you all bertenaga.

PERINGATAN
Kepada pengguna newbie saya nak ingatkan kalau you all ada alahan zaitun ke yis seramida ataupun alahan seafood, diingatkan jangan mengambil collagen. Saya alahan seafood tetapi cuma alahan ketam dan udang jadi saya try consume, alhamdulliah okay. Sesetengah produk boleh terima di badan dan ada yang tidak boleh. Kalau boleh jika you all mengidam sangat nak minum collagen ini boleh try kawan punya. Bayarlah kawan itu RM8 ke RM10. Sudah memandai. Kalau rasa okay, cepat-cepat beli di Watson okay!.
.
.
Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca dan mengambil tahu tentang minuman botani yang sihat untuk tumbuh badan. Memang betul, kalau makanan kita sudah cukup mengikut piramid makanan, buat apa kita nak ambil makanan tambahan. Farizza as student, kadang kala Farizza sibuk menghadap laptop sehingga makan nasi,ikan atau ayam, dan sayur dalam kuantiti sikit maka zat dalam badan Farizza berkurangan, itu menyebabkan tenaga Farizza berkurang. Di samping itu, tekanan yang dialami ketika study menyebabkan muka kita tidak bermaya walaupun kita sentiasa menjaga kebersihan muka.
.
ASSALAMMUALAIKUM DAN BYE! SELAMAT MENCUBA! KEKALKAN MINUM AIR YANG BANYAK!. BUKAN 3 LITER SEHARI TETAPI MINUM MENGIKUT BERAT BADAN ANDA. KURANG AIR ANDA AKAN HIDRASI TETAPI LEBIH AIR ANDA AKAN KEMBUNG! BUKAN ITU SAHAJA GINJAL ANDA JUGA ROSAK KERANA PENAT MEMPROSES WALAUPUN AIR KOSONG!.
 .

Muka selepas consume 6 hari minum.


21 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. So utk Fareeza punya problem dark spot tu dah jmp yg sesuai ke blm? Klu ada leh share

    ReplyDelete
  3. buat masa sekarang belum lagi, masih usaha lagi.

    ReplyDelete
  4. satu botol satu hari ke kene minum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk 6 botol pertama satu hari satu botol, hari seterusnya selang seli minum. Contoh hari ke 6 minum, hari ke 7 tidak perlu dan hari ke 8 minum semula dan seterusnya.

      Delete
  5. Betul ke ... x bleh consume caffeine bila amik colla plus.?

    ReplyDelete
  6. Seeloknya tidak mengambil sebarang caffeine kerana dikuatiri menganggu proses penyerapan supplement dalam badan.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..nak tanya,waktu period boleh consume ke?

    ReplyDelete
  8. Datang bulan boleh minum ke...lpas tu apa pantang bila ambik produk ni...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je minum. Make sure tak ambil caffeine product dan cukup minum air.

      Delete
  9. sis,klau period leh consume x

    ReplyDelete
  10. nak tanye boleh? innershine dengan nhcolla plus ni mana lg better ye?

    ReplyDelete
  11. Bergantung pada keberkesanan masing-masing. Innershine juga baik untuk kulit kerana merangkumi seluruh badan. Innershine mengandungi Astaxanthin yang membantu dari segi memudarkan parut, melambatkan penuaan dan juga dapat memberi tenaga maksimum. Jika Cik Bunga ada masalah imun badan. Saya sarankan Cik Bunga menggunakan innershine.

    ReplyDelete
  12. helo .. kalau selepas sebulan ambi Colla plus hijau tu then bulan sterusnya ambik colla plus advance boleh ka ?

    ReplyDelete
  13. kalau pregnant boleh consume ke

    ReplyDelete
  14. kalau lepas bersalin bole consume x

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.. nk tnye collapse plus 3 dn colla advance mne yg paling bagus utk umur 40 ke ats ye?.. tq

    ReplyDelete