Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua
.
Hari ini Farizza nak beri
feedback kedai makan yang paling Farizza suka di Port Dickson dari tahun 2015
sehingga kini. Sebenarnya kedai ini dahulu pernah masuk rancangan “Jalan-jalan
Cari Makan” tetapi kedai ini bertukar pekerja pada tahun 2017 tidak silap ke
2018 macam itu. So far sebelum kedai ini popular dengan air ABC dia yang sedap
tetapi kini tak berapa sangat but sedap lah. Sebab dulu orang lain sekarang orang lain, mereka ada dua cawangan. It’s okay guys. Walaubagaimana pun kualiti
roti canai, nasi ayam, dan lauk pauk dia memang sangat memuaskan hati. Bila
Farizza balik Port Dickson, Farizza akan singgah ke Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 ini
dan biasanya waktu breakfast around 9 pagi hingga 11 pagi. Kadang-kadang
singgah pukul 10 pagi sebab lauk pauk pukul 11:30 pagi dah siap dihidang so
memang kita bungkus dan bawa balik kampung.
Sekarang Farizza akan cerita menu-menu
mengikut masa.
BREAKFAST
Ketika waktu breakfast jam 9 pagi
ini Farizza paling suka sebab kedai Mak Mah tak ramai sangat orang, jangan
pukul 11 pagi semua dah mula datang kedai Mak Mah ini. Time itu, mood Farizza
kelaut sebab nak bungkus lauk ramai orang. Kalau Farizza datang awal jam 9
pagi, Farizza tak akan bungkus lauk so menu utama yang wajib Farizza makan
mesti nasi lemak atau char kuew teow goreng. Farizza suka kedua-dua menu ini
sebab sedap dan cukup rasa. Ada je menu lain seperti bihun goreng dan nasi
goreng. Kalau korang bawa anak-anak berusia kanak-kanak, Farizza suggestkan anak
awak makan nasi goreng sebab nasi goreng dia kurang pedas. Baiklah, kalau tak
nak makan nasi goreng pun boleh, sebab roti canai ada. Sekarang Farizza tak
rajin nak datang pukul 9 pagi.
ROTI CANAI
I’m falling in love dengan roti
canai dia tetapi mama dan ayah falling in love dengan lempeng kelapa dia.
Memang sedap, lembut dan puas hati. Tak tahu nak kata apa sebab tak terkata
Farizza nak bagi Feedback. Farizza kata puas hati sebab roti canai dia tidak
berminyak dan tidak terlampau garing. Take line Farizza boleh kata kurang
minyak, rasa cukup dan senang nak putus guna grapu dan sudu. Kuah dia ada dua
iaitu kuah dal dan kuah kari. Farizza suka kedua-duanya sebab memang sedap. If
anak korang tak makan kuah, just makan roti canai begitu sahaja je dah sedap tau.
Lempeng kelapa dia sedap sebab lembut sangat dan memang seronok makan waktu
panas-panas. Opss Farizza lupa, roti canai dia walaupun di simpan sampai pukul
6 petang, roti canai dia tetap sama dengan kualiti awak makan panas-panas. Back
to story, lempeng kelapa rasa kelapa yang sedap. Ayah kalau makan tak cukup
satu mesti nak tambah-tambah.
NASI AYAM
Nasi Ayam adalah menu utama kedai
Mak Mah ini so memang Farizza suka nasi ayam Mak Mah ini sebab dia always
sediakan nasi yang cantik, sos dan sup yang sedap, ayam dalam kuantiti yang
sepatutnya serta salad yang segar. Kebelakangan ini Farizza memang order Nasi
Ayam sebab boleh tahan lapar sampai 3 petang. Jam 3 petang baru Farizza lunch.
Hahaha.. Biasanya kalau kita order nasi ayam mesti kita rasa tak puas hati bab
sup dan nasi. Farizza memang BENCI BENCI GILA DENGAN tukang masak yang suka
letak pewarna kuning dekat nasi ayam macam warna pulut. Kuning dia itu tak leh
bincang dan lagi satu dia letak kayu manis BANYAK. OMG! I CANT EAT. Sup ini
masalah dia bila tukang masak itu letak garam banyak. WEY AKU NAK MAKAN MACAM
MANA? . so memang I’m falling in love Nasi Ayam Mak Mah sebab tiada perkara
yang Farizza mention BENCI itu. Hihihi..
LUNCH
Farizza nak masuk bab makan
tengahari. Makan tengahari kedai Mak Mah ini, Farizza suka beli lauk kicap
daging lembu, masak lemak ikan(whatever
type fish), ayam merah, ayam percik, sayur campur, serunding daging(love
sesangat), sambal ikan dan sup sayur. Farizza cerita dulu yang Farizza suka
sangat iaitu serunding daging sebab rasanya sedap dan terasa sedikit rempah.
Serunding daging dapat menaikkan selera makan. Lauk kicap daging lembu adalah
favourite saya dengan anak buah 4 tahun. Daging lembu dia memang best sebab
Farizza kalau makan daging lembu dia akan potong lagi kecil daripada size segi
empat sama. Farizza cuma guna tangan sahaja, daging itu dapat berpisah. Farizza
sendiri pernah pergi kedai orang jual lauk daging lembu ini tetapi tidak
seperti di kedai Mak Mah , kedai lain jual langsung tak boleh leraikan dan
pejal so memang makan tu terselit daging di celah-celah gigi. Gigi I
rapat-rapat bila terselit memang terlalu susah nak keluarkan.
Ayam merah dia pula memang
Farizza suka sebab size ayam dia memang besar-besar dan terasa sedikit cili.
Memang sedaplah. Farizza memang suka rasa kelazatan ayam dia sebab rasa manis.
Ingat Farizza tak akan makan kulit, Farizza makan isi sahaja. Bila pergi KFC
pun macam itu, tetapi bila dekat kedai memang paksa makan walaupun rasa nak
muntah. Entah memang tak love kulit, love isi.. hihihi. Akhir sekali Farizza
suka makan sup sayur sebab ada tahu. Tahu yang digunakan sedap dan rasanya tahu
telur sebab rasa manis. Terliur pulak. Hihi.
AIR MINUMAN
Farizza akan order air milo ais
atau milo panas. Farizza susah nak tukar menu tetapi bila milo habis Farizza
order air laici. Farizza memang suka milo dia sebab cukup rasa, jarang
sekali jumpa air milo dia tak berapa ngam lah. Maybe 2 atau 3 kali tak ngam kat
hati. Biasa tak ngam itu, terlebih susu, terkurang gula, ataupun terkurang
serbuk milo. Semua kurang yang tak puas hatinya. Hahaha. Jangan risau mesti
sedap bila korang order. Yelah tak akan tak pernah dapat air yang kurang ngam
kan. Farizza dah 5 tahun kut ulang alik ke kedai Mak Mah ini. Farizza akan
datang hari Sabtu dan Ahad. Hari umum bila ada emergency sahaja. Mama akan
order air nescafe ais or panas manakala ayah order kopi O panas cawan besar. So
far memang ngam.
KAWASAN TEMPAT MAKAN
Kedai Mak Mah ini memang banyak
kerusi tetapi jangan ada hari Tentera dengan hari Polis memang sesak tak terkata.
Kedai Mak Mah ada dua keadaan. Keadaan pertama di sekeliling lauk, kaunter dan
roti canai. Lebih kurang 50 orang boleh duduk di keadaan luar. Mak Mah ada
tempat tertutup iaitu bilik khas yang ada aircond. Dalam around 30 orang boleh
serbu masuk ye. Terdapat 2 buah penghawa dingin. Tempat ini lebih rileks sebab
tidak bising berbanding di luar memang pelanggan mulut tak reti diam bila
makan.
Mesti nak tahu bersih ke tidak?
Farizza datang kedai Mak Mah ini memang bersih sebab pekerja dia akan lap meja lepas
customer sebelum ini duduk. Farizza nak pesan ini wahai-wahai pelancong
sekalian TOLONG BAYAR DEKAT KAUNTER BUKAN PANGGIL PEKERJA SURUH KIRA SEBAB
CUSTOMER INI BUTA KUT ADA BOARD “BAYAR DI SINI” PUN BONTOT MASIH PANAS!.
Farizza pernah nampak ada customer macam itu, Farizza kerjanya sambil makan
memerhati orang. Habis korang!. Ada mata aku pandang lah walaupun aku tunduk
korang ingat aku tak nampak korang buat apa. HAHAHA.
Sekian sahaja feedback saya. So
carilah kedai Melayu kalau nak beli makanan. Mesti ada yang kata Char kuew teow
King kan, Farizza pernah makan tetapi Farizza tidak puas hati kuantiti dia.
Tapi entahlah kalau sekarang dah banyak, yelah masuk Book and Record. Sebab apa
tak pergi-tak pergi sampai sekarang walaupun rumah dekat dengan kedai itu sebab
Mama akan kata, lauk banyak ini siapa nak makan. Last Farizza makan 16 tahun,
sekarang 20 tahun. Farizza makan dekat situ time tak popular tau, kini time
popular Farizza tak makan. Huish, tak sanggup tunggu.
Assalammualikum dan selamat
bercuti!.
No comments:
Post a Comment