Thursday, 8 August 2019

CAMERON HIGLANDS



PART 2- TRAVEL CAMERON HIGHLANDS



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa dah lama tak uptade blog. Kali ini Farizza pergi ke Cameron Highlands kali kedua so Farizza hendak tambah sedikit feedback tempat menarik di Cameron Highlands walaupun pergi tempat yang sama dan ada penambahan tempat sedikit.

Hari Sabtu lalu Farizza pergi ke Cameron Highlands dan menuju ke Aidilbadri Strawberi. Sebelum ini Farizza ada kongsikan Farizza memetik buah strawberikan, kali ini Farizza fokus kepada bahagian luar kerana tempat memetik buah ditutup. Sampai sahaja Cameron dalam jam 1:30 tengah hari, banyak kereta sudah tersusun parking ditepi-tepi kawasan taman Sedia itu.

 Mujur, ada parking jadi kami singgah ke sana balik. Aduh, pekerja sana mesti perasan kami datang sudah dua kali. Kali ini Farizza bawa makcik Farizza, kakak sulung Farizza, abang ipar sulung dan anak buah Farizza jadi kami membawa mereka ke tempat yang kami pergi bulan lepas. Kami fokus membeli aiskrim yougurt strawberi, aiskrim Malaysia strawberi dan aiskrim cup Strawberi.
Di bawah ini Farizza sertakan gambar aiskrim Malaysia strawberi dan aiskrim yougurt strawberi. Tak sempat nak ambil gambar aiskrim cup Strawberi sebab anak buah dah tak sabar nak merasa. Maaf. Boleh cari kat google okay.. Hihi.

AIDILBADRI STRAWBERI 


RM6 



RM15(10 batang)

Feedback Farizza aiskrim yougurt strawberi sedap kerana tidak terlampau manis dan dihiaskan dengan strawberi manakala Aiskrim Malaysia Strawberi memang sangat manis dan terdapat cebisan strawberi. Yummy!. Aiskrim cup Strawberi apa kurangnya memang sedap dan manis menyebabkan anak buah 1 tahun hendak makan lagi.

Area Aidilbadri Strawberi terdapat tempat Abang Strawberi. Abang Strawberi menyediakan nasi Strawberi, waffle strawberi dan tempat memetik buah strawberi. Farizza fokus waffle di tempat Abang Strawberi kerana rasanya enak sekali. Satu waffle jatuh Rm10 sahaja. Bagi Farizza sangat berbaloi kerana rasanya sangat enak yang menyebabkan Farizza repeat dua kali guys.. SEDAP GILA WAFFLE STRAWBERI ABANG STRAWBERI NI!. ORDER GUYS, JANGAN TAK ORDER.

ABANG STRAWBERI




RM10

Okay guys, after that kami terus ke rumah sewa dan rehat sebentar. Waktu senja semakin menjelma jadi kami menuju ke Pasar Golden Hill, kami tak sempat nak ambil gambar sebab terlampau ramai orang dan jalan sesak jadi Farizza sertakan gambar yang ada je ye. Farizza ada beli buah strawberi 2 pack RM15 jadi Farizza beli 4 pack. 3 pack untuk kawan kesayangan dan 1 pack sis Nina nak buat kek. Mama dan mak cik beli jagung, keledek, buah limau dan sayur-sayuran. Kakak tengah dan suami dia lari dulu sebab sesak jadi mereka beli minuman sahaja.

GOLDEN HILLS



Buah limau sangat sedap dan manis, 4 biji RM10. Sayur, 5 biji RM10 juga.

Azan Maghrib menjelma kami pun  masih di jalan kerana jalan sesak untuk menuju ke rumah sewa di Taman Sedia itu, Maghrib hampir menamatkan riwayatnya maka Farizza berlari terus membuang make up lalu sembayang Maghrib. Malam itu cukup penat kerana dari pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari baru sampai Cameron. Kami banyak berhenti di tempat perhentian R&R kerana abang ipar dan ayah asyik ke tandas. Masing-masing mulut tak berhenti makan, mujur saya naik kereta dengan kakak tengah dan suaminya. Kami banyak berborak dan bermain dengan Haffaz, si baby Cleft.  Sempat lagi mereka membeli satay di bawah kerana kami duduk rumah kedai, mujur duduk tingkat 3.

Pada keesokkan harinya, kami gerak seawal 8:30 pagi kerana kami ingin menuju ke KEA FARM. Waktu itu jalan kurang sesak dan kami masuk untuk parking kereta di dalam. Sesetengah orang yang tidak ingin mengeluarkan wang untuk parking mereka parking di tepi-tepi jalan menyebabkan jalan semakin sempit.

Suasana dan cuaca di sana dalam keadaan baik, tidak terlampau panas dan tidak hujan. Sebelum ini saya dapat menikmati musim hujan. Memang rasa seronok ketika hujan kerana angin sejuk menambah rasa diri seolah-olah berada di luar negara. Cek tittle Cameron Higlands untuk lihat suasana hujan. Walaupun sebelum ini saya pergi ketika hujan kami masih boleh bergerak ke mana-mana. Eh, cerita yang bulan lepas buat apa? HAHA..

KEA FARM



Gambar ini saya titipkan untuk semua, cuaca panas plus sejuk ini menyebabkan saya tidak memakai sweater atau hoodie. Menyibuk pulak orang belakang tu nak join ambik gambar sekali. Mula-mula Farizza dah nampak line clear tau, bila masa entah dia wujud! Hahaha!!!!.

Selepas itu kami pergi ke Cameron Valley, tempat hari itu kami pergi sebab nak beli buah tangan untuk kawan-kawan dan diri sendiri. Kami tidak turun ke ladang sebab dah ada pengalaman, memang tak nak turun walaupun view cantik. Penat tak terkata jadi kami hanya pergi ke kedai teh sambil itu ambil gambar sekali sebab hari itu memang tak sempat nak ambik gambar Cuma ambil gambar ladang teh.

CAMERON VALLEY


Okay setakat ini sahaja percutian kami kerana anak buah semua dah meragam nak balik.
Kongsikan gambar di RNR Tapah. Memang sure belanja si Alisha ini Baskin Robbins. Tengok itu sampai cair. Farizza memang dengan Starbuck 24h lah. Sekarang ini ada edisi Starbuck with Neelofa kan, awak kalau nak beli pergi beli. Farizza tak tahu pakai shawl belit-belit ini, tahu minum Starbuck je.




Start balik lebih kurang pukul 11 pagi dan kami lalu Reglet pulak balik itu sebab nak lalu Simpang Pulai mengambil masa yang lama. Jam 12 tengah hari kami berhenti Tapah. Selepas solat Zohor, pukul 2 petang kami bertolak balik. Pukul 4 petang kami sampai di rumah kampung Selangor so saya rehat dan mandi serta solat asar. Tak lama itu, saya keluar dan memberi cenderhati kepada rakan-rakan. Tq for your wish friend!. Tq Allia bagi cenderhati from Langkawi, sorry tak join!.




Tq Allia sayang!,


No comments:

Post a Comment