Sunday, 29 September 2019

NEON RUN 2019


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..

Hari ini Farizza nak share pengalaman masuk program “Neon Run 2019” yang berada di UTeM pada jumaat lepas. MHS Farizza tak sempat nak cerita. Biar jadi kenangan MHS yang paling terindah. Al maklum Farizza dah lama tak berlari so tersangat pancit jadi bukan di antara 50 orang terawal. Kalau dulu kat sekolah menengah form 5 yang beribu orang boleh pulak jadi top 9 dan time form 6 boleh pula jadi top 5.. Ini beratus orang Farizza jadi top 70 ke atas. Ish Ish terlalu pancit.

Neon Run yang diadakan perlu berdaftar dan membayar sebanyak RM20 melalui online bank in. Antara barang yang diberi iaitu baju Neon Run untuk peserta seawal 150 orang dan glow stick. Farizza nak share kepada semua kalau nak masuk larian itu, I prefer awak semua berlatih berlari bukan berlatih jalan dari kediaman ke Fakulti, atau ke HEP, atau Pusat Persatuan Pelajar sebab Farizza rasa sendiri after berlari memang cramp walaupun dah senamrobik. Farizza harap sakit kaki ini cepat pulih kalau tak macam mana nak berlatih menari.

Farizza sebenarnya curi-curi masa tulis blog ini padahal masa sangat terhad jadi kalau baca ayat Farizza kurang gramatis ini minta maaflah ye. Ketika berlari sepanjang 4km, Farizza berlari bersama-sama dengan Radiah. Jumpa Radiah untuk pertama kali dan menjadi rakan serta harap kita dapat jumpa lagi. Radiah sangat bagus sebab dia memang berlari dan Farizza tak habis-habis episode banyak berhenti. Walaupun nampak Radiah berisi tetapi larian dia memang sangat tip top berbanding Farizza yang kurus ini. Roommate, Tika ini memang Farizza tak jumpa dia, rupanya ada je kat belakang. Buat apa itu? Eh2 seronok pulak berlari dengan orang itu. HAHAHA..

Farizza dapat pengalaman berlari waktu malam, kalau sebelum ini Farizza berlari pukul 10p agi ataupun 3 petang. Berlari pada waktu malam agak santai dengan angin yang sejuk berbanding berlari pada waktu matahari muncul. Nak dijadikan cerita after je berlari mesti bergambar. Dah habis sesi gambar, Farizza pergi booth makanan beli coconut shake dan mozzarella corndog. EH EH EH ! Baru je buang kalori tadi kenapa tambah balik. Balik jalan kaki dah biasa tetapi kaki sakit. Pasrah je, nasib ade Tika boleh lah balik sama-sama.

Apa yang seronok dapat join Neon Run ini? Seronok sebab hari jumaat malam dan mesti kita bosankan hari Jumaat malam. Nak siapkan assignment pun mesti mood hari sabtu atau ahad. Jadi waktu ini paling bagus kita bersenam dan rehatkan badan. Bila lagi nak bersenam kalau bukan waktu program macam ini. Sesetengah mereka tidak tahu kebaikannya tetapi fikir-fikirkan kembali kalau kita nak hadap buku dan laptop setiap hari tanpa bersenam boleh ke darah kita mengalir ke otak ini berfungsi dengan baik. Memanglah dapat dekan setiap sem, tetapi nak ke dapat penyakit.

Tak kisahlah after lari tu nak minum ais ke apa tapi paling penting waktu rehat. Bila tak rehat kita akan depress. MHS memang membantu rehatkan badan walaupun masa sangat terhad untuk makan. Tapi sepanjang MHS Farizza happy je, kalau nampak muram tu of course sebab Farizza tidur kul 1:30 pagi bangun kul 4 pagi. Tidur kul 1:30 tu sebab jumpa Saidah (bff time form 6). Teruk betul perangai saya waktu MHS. Larian dan senamrobik sangat membantu. So far Farizza masuk tarian. Tarian pun salah satu teknik penghafalan step cara cepat dan rehatkan badan.

Farizza nak menyeru dekat semua orang disana, program seperti bersukan sangat berfaedah untuk kita. Menang dan kalah tak perlu dihirau asal kita dapat keluarkan peluh, kalori dan asid dalam badan kita agar kita menjadi orang sihat sehingga kita menjelang tua. Sekarang kita nampak sihat, tetapi bila usia 30 tahun siapa tahu dapat penyakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Ayuh rakan-rakan dan masyarakat diluar mengambil iktibar tentang kesihatan dengan kerap bersenam walaupun 30 minit sehari.

Sekian sahaja bebelan pendek saya ini. Gambar upload soon.. Farizza nak sambung study.. Byee.. Sekali lagi Maaf tak dapat nak share about MHS.

No comments:

Post a Comment