.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Mesti lagi menonton televisyen. Musim Covid 19 elok duduk di rumahkan. Begitu jua Farizza. Hari ini dalam jadual biasa Farizza perlu jumpa SME tetapi lain ceritanya kami berkomunikasi melalui media massa sahaja untuk menyiapkan assignment kami. Sebenarnya SME kami sangat senang untuk berinteraksi. Eh? Farizza dah ke tajuk lain. Insha Allah lepas habis assignment bersama SME, Farizza akan share syarikat mana yang Farizza dapat okay?
.
Sekarang Farizza tumpu pada Cafe MELANTAK ni. Cafe MELANTAK dekat mana? Sudah tentu di Melaka. Melantak Cafe ini menyediakan makanan western seperti burger, spagetti, chicken chop dan makanan western yang lain. Harga dekat MELANTAK ini boleh tahan harganya tetapi sangat berbaloi makan. Bagi Farizza Cafeologoy Cafe lagi mahal tetapi ada yang kata MELANTAK Cafe ini mahal ye? Ish Ish.
.
Tak sangka kami berkawan semula tak lama pun, akhirnya kami tak rapat seperti dulu. Siapa? Siapa baca entry sebelum ini tahu yang Farizza berkawan dengan seorang lelaki ini tapi kami dah tak rapat macam dulu. Sebab itu, Farizza ambil langkah spend time dengan kawan Farizza pergi area Pantai Klebang.
.
Menunggu Aqmal, Amzar dan Darvin agak lama di luar MELANTAK Cafe, jadi kami pun pergi pusing-pusing Pantai Klebang membeli air coconut shake. Ketika itu jam pukul 1:50 petang. Masing-masing mendirikan solat jumaat kecuali Darvin. Farizza pergi bersama team Farizza tetapi dengan Kakak Zana, Hasha dan Hidayah. Isma dan Kak Diyanah masing-masing sibuk menguruskan diri mereka. Biasalah kami tiada kelas hari Jumaat. Adil lah tu, hari Isnin mesti nak ada di fakulti sebelum pukul 8. Bas ada pukul 7:30 pagi, ,masuk bas pukul 7:00 pagi. Lambat 10 minit, bas full kena berdiri. Aish..
.
Kami sibuk membeli air coconut shake, mereka dah pun sampai di depan MELANTAK Cafe. Time orang tunggu tak mau datang, time orang merayap baru sampai. Kami berenam masuk ke kedai MELANTAK Cafe.
.
Seronoknya bila sampai MELANTAK Cafe ini, dia beri buku menu setiap sorang selepas itu, dah habis tulis order di kertas tak perlu beratur di kaunter hanya tekan button Order yang ada pada bekas sudu,garfu dan pisau. Mereka datang dan kutip order. Jangan risau kedai MELANTAK Cafe ini sangatlah bersih dan disediakan toilet serta tempat basuh tangan. Farizza tahu Farizza promosikan kedai waktu Covid 19 buat apa? Kedai bukan buka, nak keluar pun ketua keluarga je kan. Farizza saja share, mana tahu korang plan nak bercuti selepas habis Covid 19 ni. Boleh letak list. Blog Farizza ini rata-rata banyak kedai western di melaka. Ceklah ye, godek-godek di bawah.
.
Menunggu makanan sampai, yang pasti setiap kali order makanan Farizza pasti jadi yang terakhir.😞. Tak apalah dah biasa sebab order mengarut lagi. Hahaha..Mereka pun dah mula makan, Farizza tak sah tak ambil gambar lepas tu jadi orang terakhir makan. Kakak pernah kata nak cari calon kena sama kepala, kalau sorang kampung sorang western macam manalah kau. Okay, next topic. Kita single bagus.Melihat Amzar yang dari Kelantan , mereka tidak makan peds tetapi mereka dapat nasi goreng Chicken Chop pedas jadi kami pun order air kosong/jarang/masak. Kami tunggu, punya tunggu sampai Amzar habis makan, muka merah kembali neutral air masak itu tak sampai. Allah, rasa nak bangun nak cakap air masak kena buat ke? Tak pelah Farizza kan sabar jadi Farizza luah di sini. Hahaha. Makana Farizza tak pedas tapi Farizza jenis empati, rasa apa yang orang rasa sebab itu Farizza takut terguris hati sesiapa
.
Farizza of course jenis sentap lebih!. So rasa menyampah boleh blah. Tapi rata-rata orang kata Farizza peramah. Konsep Farizza senang kau tak ganggu aku, aku tak ganggu. Gitulah. Selagi orang tak kenal Farizza, tolong jangan cakap apa-apa pasal Farizza sebab Farizza senang-senang dapat pahala free nak.. Hahaha...
Onion Rings- RM8.00. Sangat sedap, Farizza makan ini last sekali, so perut sangat-sangat penuh!
Inilah rupa nasi goreng Chicken Chop dia. Nasi dia pedas sebab cili padi banyak. hahaha
Farizza order Spagetti Oglio Bolognese around Rm18 lebih. Maaf tak ingat harga, resit dekat tangan kak Zana. Sangat sedap, cukup rasa dan sangat kenyang!
Super pemalas nak make up!
.
Gambar di atas sebenarnya tak cukup sebab kami datang pun dah lapar, jadi masing-masing dah tarah dulu. Farizza cuba sedaya upaya untuk minta makanan kawan lainnya gambar..
.
Farizza bagi 4 love 💛💛💛💛
No comments:
Post a Comment