Thursday, 5 March 2020

CAFE PREMIUM MELAKA. COFEOLOGY CAFE (REVIEW)- MELAKA

Cofeology Cafe-Bukit Beruang bersebelahan TWS.
.
Baru sahaja menjamah nasi goreng cendawan dekat Mydin dengan kak Zana, terus si dia chat kita ajak keluar pergi sambut birthday dia. Farizza letak jelah dalam beg kertas. Tq Heeladina.men sebab jual hadiah-hadiah untuk lelaki. Boleh visit ig @heeladina.men.


.
Dia boyfriend ke? Ehek.. Masih dalam tempoh kawan lagi. Moga-moga ada jodoh dengan si dia. Aamiin. Alamak meluat pulak pembaca baca nanti. Farizza tahu Farizza still youngest. Insha Allah, semoga mencapai impian suatu hari nanti.
.
Farizza ini belum packing lagi hadiah dia. Maklum birthday dia bulan 2, 27/2.Tahun rahsia. Farizza balik tu, dah lupa nak beli reben. Sedih sangat tu, plan nak sambut hari Sabtu, tapi tukar plan hari Jumaat. Hari Khamis kita bagi family dia sambut. Kenapa dengan Sabtu? Sabtu dia balik kampung sambut birthday mak cik dia 29/2. Mujur tahun ni ada 29 hari bulan. 
.
Melangkah masuk cafe Cofeology, seorang gadis bertanya "datang berapa orang?" lalu Farizza menjawap 2 orang, tapi sorang lagi dalam perjalanan. Gadis cafe itu membalas, boleh pergi tempat duduk atas sana. Farizza mengorak langkah ke arah hujung meja. Seorang pelayan lelaki datang, lalu bertanya 2 orang ye? Farizza jawap dengan yakin "Ye".  Pelayan itu menyediakan 2 set garfu, sudu dan pisau di atas meja. 
.
Alamak dia dari negeri sebelah. Tunggulah 1 jam, dia pun muncul. Jam menunjukkan pukul 5, Farizza meminta izin kepada gadis cafe untuk menjemput masuk si Dia. Si Dia membontoti Farizza sehingga ke tempat duduk.
.
Si Dia: Lama ke?
Farizza: Agaklah
Si Dia: Sorry, jalan jam.
Farizza: Dah agak dah, area Melaka selalu jam.
.
Dalam hati, jauhnya dia dari Johor ke Melaka.Terima kasih awak dalam hati. Farizza selalu pendam kalau dia buat Farizza happy. Farizza appreciate sebab dia nak datang naik motor tapi motor masuk bengkel, sanggup pinjam kereta mama dia ye. Hihi. Apa Farizza rasa Farizza tak pernah nak bagitahu dia. Farizza tak tahu kenapa? Apa yang boleh buat Farizza ialah jangan berharap sangat, takut kecewa.
.
Belek-belek buku Menu walaupun dah tahu isi kandungan buku menu sebelum pergi sebab DM dekat ig cofeologycafe.
.
Ada juga nak decorate semua itu, tapi si dia dah warning jangan buat, takut ada hal. Mujur dengar kata dia, Farizza ini. Hihi.Eh! Apa lebih-lebih cakap tentang si dia ini, Farizza nak share ke menu dia?
.
MENU DAN HARGA DI COFEOLOGY CAFE




Menu daripada Cofeology Cafe. So yang malu tanya tu boleh refer kat sini!

Farizza pun dengan dia belek-belek kami pilih menu yang sama iaitu Aglio e Olio with Chicken Ham. Order air semua itu, order juga kek buat dia iaitu chocolate moist. Pelayan siap offer pasang lagu, tapi dia tolak. Farizza pun hormat kehendak dia. Hati orang kena jaga jua tau.


Nama dia memang tak letaklah, rahsia antara kita berdua.


Eh Feedback mana?

Farizza rasa Oglio dia memang sedap, air chocolate dia sedap. Kek dia sangat-sangat sedap. Harga sangat berpatutan. Kami makan berdua hanya RM60 sahaja. Murahkan. Actually, tengok resit agak terkejut sebab banyak potongan ye!. Seronok sangat sebab keadaan cafe yang aman, sejuk, bunyi lagu alah-alah cafe luar negara kau. Kelas Jah. Hihi. Staf dan pekerja yang sangat baik dan layanan tip top.

Farizza bagi ⭐⭐⭐⭐⭐






No comments:

Post a Comment