Monday, 3 February 2020

PERLIS-KUALA PERLIS & PADANG BESAR (11 & 12/1/2020)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Cuti sem break kali ini, Farizza manfaatkan cuti Farizza dengan pergi ke tiga negeri dan beberapa tempat. Farizza nak mulakan dengan percutian di negeri Perlis. Utara jauh sana.

Farizza sampai di negeri Perlis pada pukul 4 petang, setelah kami tiba di Perlis kami pergi menuju ke Pekasam Tok Besah tetapi malangnya Pekasam Tok Besah tutup. Kalau pembaca nak tahu, Farizza memang minat dengan pekasam tau. Memang favourite dengan ikan pekasam selain ikan merah. Farizza juga kalau nak makan pekasam pasti ori dari Perlis sebab Farizza dah cuba pekasam dari negeri lain tak kena dek tekak sendiri. Oleh kerana pekasam Tok Besah tutup maka kami pulang ke homestay yang kami tempah. Homestay ini pernah kami tempah ketika kakak kedua saya Fazrena meneruskan pengajiannya di UiTM Perlis. Sudah 5 tahun kami tidak duduk di rumah ini. Rumah ini pasti merindui kami kerana acap kali duduk di sini. Setelah membersihkan diri, kami sekeluarga amatlah penat jadi kami menonton rancangan televisyen sambil makan spaghetti yang dibuat khas oleh mama tercinta. Oh, ye lupa nak beritahu kami gerak dari PD seawal 8 pagi dan sampai ke Perlis 4 petang. Maklum banyak sangat tempat perhentian kami kunjung. Mengada!. Hahaha.




Malam makin menjelma lantas kami menyiapkan diri untuk pergi makan malam di Kuala Perlis. Rindu suasana di Kuala Perlis. Kelihatan kuda sedang membawa penumpang. Bukan sahaja di Melaka ada perkhidmatan sebegini malah di Perlis jua ada. Walaupun bukan cuti sekolah tetapi cuti umum hari sabtu kelihatan orang ramai menjama di Kuala Perlis. Setelah kaki kami menampak di kawasan Kuala Perlis, peniaga terus menghampiri kami. Kami membeli makanan di SHAR'NIS Corner dan minuman di Seri Merah Putih. Harga sangatlah murah kerana kami makan 5 kepala hanya RM82 sahaja. Murahkan. Perut kami tersangatlah kenyang. Farizza ada senaraikan harga makanan dan minuman. Kalau nak zoom zoom lah. Kalau pecah boleh lah awak semua cari FB mereka ye.







BOLEH BAGI REVIEW?

Review Farizza setelah menikmati sotong goreng, Yah Fav forever, sangatlah sedap dan sotong mudah di kunyah. Di Perlis, sotong goreng di cicah dengan asam tetapi biasanya Farizza makan dengan sos so Farizza tak berani nak cuba. REVIEW UNTUK SOTONG GORENG 8/10. Farizza juga menjama ikan siakap 3 rasa. Rasa yang sedap dan ikannya sangat lembut, memudahkan kita makan. REVIEW UNTUK IKAN SIAKAP 3 RASA 9/10.  Sayur Kailan pun rasanya sedap sehingga anak buah si comel cilik baby cleft makan begitu sahaja, REVIEW SAYUR KAILAN 8/10.  Farizza oder air milo ais dan ABC. Milo ais seperti di kedai biasa cumanya terlebih ais lah so bila takat pengakhiran rasa ais je so Farizza bagi 7/10. ABC dia pula terlebih gula, sangatlah manis dan menyengarkan tekak di malam hari. REVIEW UNTUK ABC FARIZZA BERI 9/10. Telur itu Farizza tak makan sebab dah penuh kan satu pinggan jadi yang makan abang ipar dan ayah. Kami terlalu kenyang dan Alhamdulillah kami dapat menikmati nikmat yang Allah beri. Campur sana campur sini Farizza bagi REVIEW 8 SETENGAH UNTUK KEDUA-KEDUA KEDAI MAKANAN DAN MINUMAN.





Okay let’s sleep!!!!

Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Kali ini Farizza siap awal sebab pukul 9 pagi dah ada dekat meja make up. Si comel cilik ini bermain lipstick mamanya. Lipstick from Wawacosmectic. Usianya baru setahun setengah dan dia adalah baby cleft. Cabaran membesarkan baby cleft bukanlah mudah kerana perlu memastikan baby cleft berada pada kawasan selamat dan sihat.



SO, LET’S GO TO PADANG BESAR.

Niat pergi Padang Besar pada awalnya kerana ayah saya ingin membeli baju bersaiz besar. Kedai baju ini menawarkan saiz sehingga paling besar. Terdapat baju tshirt, kemeja, seluar slack dan seluar jean. Tshirt ada dua jenis satu berkolar dan lagi satu tanpa kolar. Jenama famous dekat kedai ini No Problem. Farizza pernah guna beg jenama No Problem dan sampai sekarang still guna , Farizza start pakai 16 tahun dan kini 21 tahun. OPSS! TUANYA SAYA!. OH,YE! BOYS ONLY. Nak cari nama kedai ini? Nama kedai ini Big Size. Jangan risau, rata-rata peniaga di Padang Besar sangatlah ramah dan boleh mengadakan sesi tawar menawar. Ayah saya membeli 10 helai baju dana bang ipar saya membeli 2 helai baju. Harga baju mengikut saiz. Ayah Farizza pakai double XL so price RM50 1 helai manakala XL je RM35 sahaja. Kain dia sangat berkualiti. Yelah kan, dah lebih 6 tahun ayah saya guna baju di kedai ini, dan baru tahun ini pudar jadi kitaorang datang nak beli sekali gus. Dari PD ke Padang Besar bukanlah satu perkara yang mudah, so we all grab sebanyak yang mungkin. Oh, ye tahu kedai-kedai ini pun dari sedara mara yang duduk Perlis.



Menunggu ayah memilih baju ini macam girl lah pulak jadi Farizza bermain dengan si cilik, dah sudah Farizza penat.Okay selepas shopping baju kami pergi sudut makanan. Sis Nana memesan kerepek angrybird. 

Farizza juga ambil kesempatan nak biskut teddy bear. Favourite Farizza waktu form 6 dulu, yelah dulu time study dengan best friend mesti pergi kedai dulu beli biskut teddy bear dan sambil study sambil mengunyah.


Menarik perhatian di sini, MACADAMIA NUTS. Rasa sangat sedap maka harga pun mahal. 500g berharga RM 35 dan 1kg tak silap Farizza RM70. Tapi biasalah, tawar menawarlah sayang bagi harga itu turun sikit. Cara bukanya memang ada kunci itu. Kitaorang belilah satu packet dan dapat free satu packet lagi. Seronok sangat sebab seller kat sini bagi banyak sangat free gift. Orang luar negara memang sesuai datang Padang Besar ini kalau nak kenal Perlis.



Jam menunjukkan pukul 1 petang jadi kami pun pulang dan pergi ke Pulau Pinang pula. Stay tuned cerita akan bersambung! Next episode.

No comments:

Post a Comment