Monday, 3 February 2020

PULAU PINANG- JERUK PAK ALI DAN ABAH GULAI KAWAH SG DUA (12/1/2020)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Kembali lagi dalam rancangan jalan-jalan bersama Farizza. Ceh!.Hahaha.. Tiadalah awak semua.

Kali ini Farizza nak share dekat semua selama beberapa jam di Pulau Pinang. Niat datang Pulau Pinang nak pergi kedai Gulai Kawah dan Jeruk Pak Ali sahaja.

Farizza nak menyeru pelancong ataupun orang tempatan yang ingin bercuti di Pulau Pinang, datanglah Gulai Kawah Abah di Sungai Dua, Butterworth kerana menawarkan pelbagai masakan gulai yang sememangnya sangat sedap. Bukah sahaja, masakan gulai kawah sedap malah masakan lain juga sememangnya sedap. Peminat ikan tiga rasa boleh datang ke Gulai Kawah Abah ini sebab sememangnya rasanya sedap dan ikan memang all out lembut sangat-sangat. So review ikan tiga rasa 10/10.


Sis Nina bebel apa itu? Hahaha.

Selain itu, Farizza makan masakan ayam masak kicap. Rasa masakan ayam kicap dia sememangnya hot and spicy. Penggemar makan makanan yang pedas boleh rasa ayam kicap kedai ini kerana sememangnya puas bila dapat makan pedas. Kicap bukan manis ke? Ya, kicap memang manis tetapi bila bahan rempah ratus digunakan dengan cara yang banyak ia membuatkan rasa pedas. Review ayam kicap 9/10. Jadi apa tunggu lagi jom jamah.
Gulai kawah daging sememangnya sedap dan totally sangat hot and spicy. Sememangnya pyor rasa gulai kawah.
.
Selepas makan tengah hari, kami pergi ke Jeruk Pak Ali. Kalau ke Pulau Pinang tak sah tak ke Jeruk Pak Ali. Kedai Jeruk Pak Ali bukan sahaja menawarkan makanan berasaskan jeruk tetapi adanya biskut raya, coklat dan minuman. Eh jap, bukan itu jua ada juga cenderhati. Mama Farizza memborong Jeruk Pak Ali, so Farizza sempat ambil gambar yang mana dapat je tau. Maklum Farizza tolong mama angkat bakul. Tangan dah lah kecik jadi phone masuk dalam poket. Sob Sob Sob..





Okay itu sahaja! Bye.. Lepas ini nak ke mana? Hah! Tunggu. Lagi menarik cerita Farizza nak kongsikan kepada semua tentang next location sebab ada something new happen kat next location walaupun baru next year Farizza pergi.

No comments:

Post a Comment