Tuesday, 7 January 2020

AIS KISAR? REVIEW BIG BOWL ICE MITC MELAKA


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Topik kita hari ini Big Bowl Ice yang berada di MITC Melaka. Selepas sahaja tamat peperiksaan akhir sem 1, saya pulang ke kediaman lantas kami mengatur strategi untuk berjalan-jalan di Melaka sebelum pulang ke tanah negeri masing-masing. Farizza semestinya balik ke Melaka jua tetapi balik di kawasan perkampungan dan untuk menuju ke bandar agak jauh melainkan dari UTeM ke MITC, DP, MP, dan Pantai Klebang.

SEBELUM PERGI BIG BOWL ICE

Asalnya kami hanya ingin menuju ke Big Bowl Ice tetapi sedara mara kawan saya yang bernama Aisyah mengajak kami datang ke rumah mereka untuk menjamu selera. Farizza menyiapkan diri selepas solat zohor, lebih kurang pukul 2 petang kami bertolak menaiki grab dari UTeM ke rumah pak cik Aisyah lebih kurang 10 minit. Kami pun menjamu selera sambil berbual-bual dengan pak cik Aisyah yang berkongsikan tentang kehidupan Universiti dan percintaan.

Cerita yang diluahkan oleh pak cik Aisyah telah memberi inspirasi kepada Farizza agar tidak mudah jatuh cinta dengan senangnya. Selepas pak cik Aisyah bercerita Farizza tiba-tiba tawar hati dengan seorang lelaki yang Farizza sukakan. Tidak bermaksud tawar hati itu menyebabkan Farizza menjauhkan hubungan, Farizza masih berkawan dengan dia tetapi dengan cara tersendiri. Biar orang ingat Farizza sudah ada hubungan dengan seseorang agar Farizza dapat elak kenal “lelaki” lain. Hihihi.

Jam menujukkan pukul 3 petang, pak cik Aisyah membawa kami ke Big Bowl Ice. Ramai orang sangkakan Big Bowl Ice ini tempat main bowling tetapi bukan ye awak-awak semua. Ini tempat menyegarkan tekak anda. Farizza mengenal Big Bowl Ice ini selepas tamat pengajian tingkatan 6 tetapi saya tidak sempat untuk menuju ke sana kerana saya fokus bercuti di negeri belah utara dan area-area kampung di Melaka.

KETIKA PERGI KE BIG BOWL ICE

Ketika melangkah masuk ke Big Bowl Ice, kelihatan 2 atau 3 pairs sedang menjamu selera. Kami membelek buku menu agak lama kerana kami pertama kali dan kelihatan gambarnya mengeliurkan tekak kami yang menyebabkan kami sukar untuk membuat keputusan. Kami memesan perisa mango dan macha. Kami hanya mengambil mangkuk bersaiz kecil sekali dan berkongsi dua orang dan nak ambil besar takut tak kena, lain hari boleh repeat kalau kena ditekak.

Kelihatan pelayan sedang membawa milk snow ice with mangoes + ice cream di letakkan di depan saya. Selepas itu, datangnya macha snow ice with oreo. Perkara wajib sebelum Farizza menjamu selera, Farizza sempat lagi mengambil gambar kedua-dua snow ice ini. Farizza dapat rasakan snow ice dikisar dengan lembut sekali. Memang rasa manga yang sedap. Di atas snow ice mangoes ada ice cream corn yang membuat kombinasi dengan mango menyegarkan serta menyedapkan lagi rasanya. Saya bersama Aisyah, Rafi, dan Aina memberi “feedback” untuk snow ice ini biasa sahaja. Farizza memberi 7/10 untuk kedua-dua perisa ice cream ini.





Milk Snow Ice With Mangoes + Ice Cream = RM13.20



Macha Snow Ice With Oreo = RM10.00








Terima kasih sudi membaca, lepas ini Farizza nak terjah tempat lain. BYE!!!

No comments:

Post a Comment