Assalammualaikum dan
selamat sejahtera semua.
Farizza nak kongsikan
detik-detik manis bersama keluarga tercinta ketika meneroka Kampung Hulu
Melaka. Kampung Hulu Melaka sangat terkenal dengan cendol yang pasti membuat
semua orang terliur. Ais cendol yang dikisar dapat membangkitkan aura dan cita
rasa rakyat Malaysia. Kisaran ais ini luar biasa, tidak seperti di mana-mana
gerai yang menjual cendol. Pelbagai menu yang terdapat di kampung Hulu Melaka.
Rakyat kita amat terkenal dengan rasa durian. Keluarga Farizza menolak durian
seketika kerana selepas kami menjamu cendol kami pergi ke kedai makan. So stay
tuned. Farizza cerite serba sikit cendol Kampung Hulu.
Cendol Kampung Hulu
meletakkan menu pelbagai citarasa dan harga yang berpatutan. Terdapat 9
citarasa yang pasti memuaskan hati anda.
Menu
Dan Senarai Harga
REGULAR(RM5.00)
– Cendol, Red Bean, Coconut Ice Cream, and Gula Melaka.
MANGO
(RM6.00)*****
COCKTAIL
(RM6.00)
DRAGON
FRUIT (RM6.00)
CORN
(RM6.00)*****
LONGAN
(RM7.00)
BUAH
KABONG (RM7.00)
KELAPA
MADU LAUT (RM7.00)
DURIAN
D24,IOI (RM15.00)*****
***** - HOT SALES!
POPULAR FLAVOUR OKAY!.
Ketika Farizza
mengunjungi Cendol Kampung Hulu, tidak ramai sangat yang berbaris jadi memang
cepat dapat dan cepat dapat menikmati. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari
sememangnya lapar dan haus. Kami menikmati cendol sambil melihat sampan yang
pusing di sekitar Melaka.
NAH! FARIZZA KONGSIKAN
GAMBAR CENDOL!. TERLIUR TAK? MESTI TAK KAN? BELUM RASA MESTI TAK, DAH RASA
MESTI NAK LAGI!.
Akhir kata, Farizza beri 10/10 untuk cendol Kampung Hulu.
Selepas itu kami pergi ke
ROYALE NASI LEMAK KEDAH CAWANGAN
MELAKA area Kampung Hulu, tak
jauh dengan Cendol pun!.
Kebiasaanya nasi lemak
seperti warna ke arah santan tetapi lain pula nasi lemak Kedah yang berwarna
seperti nasi minyak. Rasanya amat sedap dan harga berpatutan sehingga Farizza
tidak larat untuk menghabiskannya. Menangis tepi bucu.
Serba sedikit Farizza
ingatkan kan kan.. kan.. (Eh!Nak makan penampar). Harga nasi lemak sepinggan
RM2. Seketul ayam, daging lembu, atau kambing RM3-RM4. Lebih kurang sepinggan
RM7.00 campur sayur sekali. Harga sangat berpatutan sebab makan macam makan dua
orang, terlalu kenyang. Nyah! Saya kongsikan gambar yang sempat snap. Yang lain
dah kebulur jadi nasi mama dengan saya je tak terusik lagi. Haha! Sorry tak
dapat nak share gambar kambing dia. Abang Hakim dah melahap dulu. Baby Haffaz
dah menangis guling-guling nak minum milo ais. Hahaha.
RATE ROYALE NASI
LEMAK KEDAH (9/10)
Menamatkan sesi perjalanan di area Melaka, kami pergi Coconut Shake Klebang. Alhamdulillah time datang tak baris panjang, lepas baris baru perasan macam train dah belakang. Okay, nak bungkus order di depan, nak minum, makan dan santai-santai di belakang. Sayang sekali coconutnya tua.. Tak berapa nak sedap coconut kali ini, rasa air sedap so 8/10
No comments:
Post a Comment