PENGALAMAN NAIK BAS SMART
SELANGOR
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini
Farizza nak share pertama kali Farizza naik bas free. Baik atau tidak
pandai-pandai pembaca nilai. Farizza selitkan sedikit cerita-cerita sepanjang
di KLIA 2. Pertama kali Farizza naik bas kerana Farizza nak rasa perbezaan naik
bas awam dan bas Universiti. Bukan Farizza tak mampu naik grab tetapi Farizza suka
cuba macam-macam walaupun kawan-kawan Farizza rasa pelik “biar betul Farizza
ini?”. Farizza bukan jenis yang suka benda leceh tetapi apa boleh buat Farizza
nak rasa jadi terima akibatnya. Farizza bersama Atiqah dan Saidah menaiki bas
manakala Allia dan adiknya Sarah menaiki motorsikal. Sebenarnya dari rumah
Farizza ke KLIA 2 hanya 5 minit hingga 10 minit sahaja melalui jalan belakang
dengan menaiki motorsikal atau kereta.
Farizza bersama dua orang kawan menunggu di stesen bas
Sungai Pelek pada pukul 11 pagi dan bas tiba pada pukul 12 tengah hari. Ketika
waktu masuk itu, Farizza baru masuk dan tunduk sebagai tanda hormat dan sedikit
rasa malu sebab di kelilingi dengan masyarakat awam. Farizza tak sempat duduk
lagi, bas itu terus berjalan so memang terkejut dan rasa hina. Farizza dapat
bayangkan jika kita orang miskin nak berjumpa anak dekat KLIA 2, sanggup tunggu
bas lepas tu kita dilayan macam “SAMPAH” oleh pemandu bas. Perkara ini
menguriskan hati Farizza dan orang-orang lain yang terkena. Benda ini Farizza
think positive sebab benda ini kecil cili padi tetapi pemandu bas memandu
dengan cara berhemah.
Mungkin pembaca ingin tahu perbezaan bas Universiti iaitu
bas UTeM? Bas UTeM, kebanyakan pak cik melayan kami dengan penuh berhemah. Sebagai
contoh, terdapat pelajar UTeM yang berdiri kerana tempat duduk penuh, pak cik
bas tetap membawa bas dengan penuh berhati-hati. Pak cik juga akan memastikan
penumpang di dalam bas itu bersedia untuk bertolak. Fakulti Farizza dekat luar,
so ketika waktu balik kadang kala pak cik bas sanggup tunggu 1 jam kerana
kuatiri ada pelajar yang belum pulang.
Farizza bersama rakan-rakan pergi ke KLIA 2 sebagai
tanda merapatkan hubungan yang telah renggang sejak kami melanjutkan pelajaran
ke Universiti. Lebih kurang 30 hingga 50 minit perjalanan dari Sungai Pelek ke
KLIA 2. Sementara Allia dan Sarah menunggu kami sampai mereka membeli belah di
Padini. Kebetulan kami sampai, mereka masih membelek-belek baju dan ketika itu
Padini melakukan sale. Farizza mula terjebak apabila melihat sale dan mencari
baju tshirt yang sesuai untuk di pakai dengan cardigan. Farizza memang suka
pakai blouse but hari yang Farizza pergi ini Farizza dress up iaitu Tshirt with
Cardigan and matching with Palazzo. Cardigan dan Palazzo Farizza beli dekat
Jasmina Collection di Regina Mall, PD. Tshirt Jongjakarta ini Farizza dapat
ketika waktu form 6 daripada admire Farizza. Hihihi.
Farizza membeli 2 pasang baju tshirt iaitu white and
red yang berharga RM19 sahaja untuk satu pasang baju. Murah kan?. Farizza pun
tak sure promo still available lagi atau tak sebab masa Farizza pergi hari Ahad
lepas,2 hari yang lepas. Farizza makan di Family Mart sebab waktu itu Farizza
first time makan Oden sebabnya selama ini Farizza memang jarang nak pergi
Family Mart tetapi kalau Starbuck itu memang kerap sampai ada 2 kad. Hahaha. Rasa
Oden seperti masak asam pedas dan memang sedap sangat. Farizza memilih Oden
sebagai makanan lunch kerana Farizza teringat kisah seorang remaja yang
memarahi ayahnya kerana pekerja tidak memberi ayahnya membeli kuah sahaja. Statement
ini membuat Farizza ingin mencuba perkara baru dan tertanya-tanya kelazatan
kuah Oden. Ketika kami menjamu selera sempat kami berbual-bual tentang
pelajaran, kehidupan dan cabaran yang perlu kami hadapi.
Selepas sesi makan dan berbual-bual kami meneruskan
membeli belah ke kedai Vinci. Kedai Vinci melakukan promosi selama 4 hari jadi
kami masuk ke kedai Vinci dan kelihatan bersepah sangat kasut di lantai. Itu
waktu pertama kali Farizza nampak depan mata kasar keadaan sebegitu dan selama
ini Farizza nampak melalui media-media massa sahaja. Harga memang murah sangat
dan waktu itu Farizza fikir kasut sneakers sahaja sebab minggu lepas Farizza
beli 2 pasang kasut tutup flat Polo Hill so agak membazir kalau Farizza beli
flat shoes so Farizza pusing satu kedai macam orang bodoh dengan
sesak-sesaknya. Tiba-tiba Farizza nampak kasut sneakers berwarna putih so
Farizza decide membeli kasut tersebut dengan harga RM31 sahaja. Farizza nampak
kasut itu sebab tempat kasut itu sahaja yang kemas dan tergantung. Biasa
Farizza memang demand tetapi pilih pasangan tak demand. Cewaah..
Around pukul 4:00 petang kami dah tunggu di tempat
ruangan menunggu bas. Pada pukul 4:30 petang kami naik bas. Sebelum kami naik
bas kami melihat board pada bas dan kelihatan tulisan menuju ke Sungai Pelek
jadi kami pun naik tanpa bertanya dahulu. Tiba-tiba sampai Train MPSepang kami
di arah turun. Kawan Farizza Saidah terasa pelik lalu menyuruh Atiqah bertanya
pada pak cik tersebut. Atiqah bertanya dengan penuh sopan dan pak cik tu
membalas dengan suara menjerit “Tadi nak naik tak nak tanya, orang dah lapar!
Turun cepat! Turun!”. Saya bukan jenis suka kena marah sebab waktu sekolah dulu
paling nerd lah. Cikgu nak marah saya fikir 5 hingga 10 kali sebab saya full attendace
dan ada kala saya terlupa bawah buku teks sekali cikgu masih boleh maafkan. Even
cikgu Suzana yang garang tu pun layan saya penuh baik. BOLEH PULAK SAYA MASUK
UNIVERISTI?.
Kami turun lalu menunggu di ruangan menunggu di luar,
tiba-tiba pak cik tu datang balik lepas tu kami naik balik dan kami sampai ke
destinasi di Sungai Pelek. Bagi korang agak kelakar tetapi bagi kami amat
serius. Boleh tak pak cik tu balas soalan kami “ Dik pak cik lapar, pak cik
makan dulu. Nanti pak cik ambik balik adik. Adik tunggu dekat situ ye?”. Saya
amat marah pada pak cik itu sebab kami orang Melayu, kami beragama Islam.
Sekiranya saya ini non muslim, apa ye pandangan mereka terhadap agama Islam?
Malu tak kita Islam dikata kurang ajar? Malu kan. Jadi saya menyeru jagalah
adab walaupun awak lapar, awak gaduh dengan isteri, kawan, awak merajuk dan
awak tak puas hati dengan siapa-siapa pun jangan lepaskan dekat pihak lain.
Maybe pak cik itu nampak I dress up kut, so die fikir
I ni tak mampu tapi pakai lawa-lawa and then beli barang berjenama lepas tu I
senyum-senyum dengan kawan-kawan and then naik bas je?. Maybe. I think negative
because blog I ni, I ada post bird’s nest, ada satu makhluk tuhan ni die save
picture bird’s nest sekali tangan-tangan I n guna nama belakang I iaitu Iza.
Orang tu Melayu tau. I don’t know why Melayu benci dengan Melayu. Kita perlu
tahu dunia ini sementara so jangan kita ada sifat iri hati. Btw yang guna nama
I itu di IG dia dah padam. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan assignment
saya.
Okay
setakat ini sahaja Farizza nak kongsikan detik manis dan pahit sepanjang
berjumpa balik dengan rakan-rakan. Nak jumpa rakan dengan niat baik pun ada
cabaran. Overall, Farizza tak akan naik bas free itu lagi, Farizza lagi suka
naik grab!.
Tq pembaca
No comments:
Post a Comment