Wednesday, 9 October 2019

BUKIT UTeM


Assaalammualaikum dan selamat sejahtera
.
Hari ini Farizza nak share pengalaman mendaki bukit yang tak berapa tinggi. Kami pergi waktu itu ketika hari Ahad yang lepas. Plan asalnya pukul 6:30 tapi Aisyah minta 6:40. Kesudahnya pergi pukul 7 pagi. Alahai matahari dah naik. Kami lambat sampai. Kami berempat iaitu saya sendiri, Ajim, Aisyah dan Aina bersama-sama mendaki bukit UTeM. Bukit UTem berada disebalik kolej kediaman Satria. Kami berempat dari kolej kediaman masing-masing berjumpa di depan kafesatria lalu pergi bersama-sama. Perasaan amat teruja kerana pertama kali mendaki bukit. Mana tak, selalu parents tak bagi masuk sukan-sukan ekstrem atau join hiking or climbing. Sedih bukan?. Time form 5 semua pergi bukit Broga, kita ini termenung dekat rumah sebab parents tak bagi. Kerjasama dengan sis Nana iaitu kakak sulung dapatlah saya join kelab KereX kalau tak tentu parents akan marah.  Saya pergi bukan under KereX but pengalaman sebelum nak join apa-apa event KereX.

Ketika mendaki bukit nampak matahari sudah menyinari dan langkah demi langkah semakin menghampiri ke puncak bukit. Hanya 650 langkah kita dah sampai bukit. Kelihatan ramai orang sedang sibuk menyaksikan matahari dan mengambil gambar dan ada juga sedang bersantai. Kami mencari port melihat keseluruhan sekeliling bukit. Nampaklah bangunan kediaman satria, masjid, fakulti, PBB dan kafe pelajar. Tidak asing di tangan Farizza mesti ada sebotol bird’s nest maka Farizza buka dan minum bird’s nest. Bertambah tenaga selepas minum bird’s nest. Bird’s nest kalau nak minum mesti perut kosong tau. Kesinambungan topik bird’s nest semalam, bird’s nest daripada burung Walid. Burung Walid sangat bersih, sebab itu tidak asing kulit kita anjal kan.

Kami banyak mengambil gambar dan share story masing-masing. Kalau kita duduk di kelas, pasti masing-masing sibuk discuss topik yang perlu kita presentation kan? So komunikasi itu agak terbatas. Aktiviti hiking pagi itu, memberi aura semangat yang baru dan positif. Kami dapat kenal antara satu sama lain dan share pendapat bagi memajukan perniagaan yang kami sedang usahakan. Sebagai pelajar technopreneur kami tidak asing dengan sikap beramah mesra dan saling tolong menolong. Sesetengah pelajar tidak akan faham seperti mana kita lihat technopreneur di Malaysia setiap hari berfikir bagi memantapkan dan menstabilkan perniagaan dengan cara pelbagaikan keluaran produk mereka.

Balik cerita bukit, sepanjang laluan di bukit kita akan lihat banyak ranting dan batu jadi berhati-hati kita mendaki. Seeloknya smart phone letak poket ataupun pasang lagu agar tidak berasa kesunyian. Sepanjang perjalanan juga boleh kita bincang topik yang kita tidak faham. Tidak semua education perlukan buku baru boleh tunjuk ajar. Terdapat pokok berada di sekeliling kawasan mendaki dan pokok semua dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang kecederaan ketika kami mendaki. Anda akan rasa lari 4km lagi penat daripada mendaki bukit 650 langkah. Saya sarankan pelajar UTeM menikmati permandangan UteM dengan mendaki bukit itu. Tiada apa yang perlu ditakutkan kerana keadaan di sana selamat tidak seperti tempat lain.
Itu sahaja cerita ringkas pagi ini. Tq sudi baca
.

Muka natural beauty.Hihi






No comments:

Post a Comment