Monday, 29 June 2020

REVIEW MUSTVERI


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua
.
Hari ini Farizza nak share sikit tudung bawal chiffon yang Farizza beli di @mustveri . Boleh click ye @mustveri tu kalau you all nak tahu. Farizza dah lama pun mengidam nak beli tapi waktu yang dia keluarkan waktu itu tak sesuai. Hahaha. Kata ajalah waktu dia launch mesti ada tudung lain buat sale jadi mesti tak jadi untuk beli. Kali ini Farizza tetap nak beli kerana box warna hitam dia seakan-akan warna box Kayman. Box Kayman pun Farizza belum dapat walaupun dah repeat serum 2 botol. Hahaha.

Edisi 13 ini, Mustveri keluarkan bawal dan shawl chiffon. Macam biasalah, Farizza bukan reti sangat pakai shawl dengan muka bulat macam pau ini jadi Farizza pilih bawal chiffon. Farizza nak cerita sebenarnya bawal chiffon memang Farizza tak ada sebab bila beli bawal chiffon mesti farizza BUANG. Nak tahu kenapa? Semestinya bila pakai mengelembung, bucu “tak on point”. Farizza pun apa lagi, Farizza BUANG. Buang ke mana? Buang jadi penutup tudung saji. Maksudnya tudung sajikan jarang-jarang lubangnya, jadi atasnya saya tutup dengan tudung untuk elakkan cicak berak ke, ataupun elakkan lalat masuk.

Tudung Chiffon Mervie ini senang terbentuk walaupun materialnya chiffon. Koleksi 13th Edition ini ada 5 Set.

5 Kategori Mervie Classy Set :-⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
1. Mervie Royal Set @ RM199⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 5 x Mervie Collection
• 5 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
2. Mervie Golden Set @ RM169⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 4 x Mervie Collection
• 4 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
3. Mervie Crystal Set @ RM139⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 3 x Mervie Collection
• 3 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
4. Mervie Queen Set @ RM109⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 2 x Mervie Collection
• 2 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
5. Mervie King Set @ RM69⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 1 x Mervie Collection
• 1 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box

⠀⠀Farizza beli set yang kelima, nak cubakan jadi cuba satu dulu, trauma pernah beli tudung mahal tapi membawa padah. Tapi Alhamdulillah tudung @mustveri buat Farizza puas hati. Terima kasih Mustveri kerana membuat Farizza percaya dengan tudung jenis chiffon.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Bukan tudung @mustveri je Farizza teringin nak beli tetapi tudung lain juga. Farizza memang tak list dekat article before this sebab Farizza nak beli sendiri. Hahaha. Nak tahu? Tunggukan ye tudung-tudung daripada jenama-jenama lain. Farizza memang cepat bosan stay with one brand jadi Farizza akan tukar-tukar tapi partner No No No untuk pasang dua. Farizza setia okay. Sebab nak jaga sorang pun payah apa lagi jaga dua orang kan? Setia itu bagus. Ceeeewahh.

Dibawah ini Farizza sertakan tutorial bawak chiffon.



 Tq for reading and watching, don't forget to click likes and subscribe. Tq you all. 💓💓💓


Saturday, 20 June 2020

SENARAI HADIAH MEMIKAT HATI FARIZZA


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

I am so sorry because I am a little bit busy because I have the mid-term online, class online, assignment online, briefcase online, quiz online, and discuss online through WhatsApp, Skype, Google Classroom, and Cisco Webex Meetings.

Okay, kita tukar Bahasa Melayu pula, hari ini Farizza nak share hadiah-hadiah yang Farizza teringin dapat daripada seseorang. Tidak kisah siapa pun yang memberinya.
Nak bagi hadiah kepada Farizza? Farizza accept sahaja hadiah yang baik-baik orang beri. Last dapat hadiah? Dah lama tak dapat hadiah. Last dapat rasanya ketika form 6. Hihi. Itupun hadiah atas pendidikan. Kalau orang pula, last dapat maybe tingkatan 4. So far, memang susahlah nak dapat hadiah but mostly Farizza suka bagi hadiah dekat orang sebab bila Farizza bagi, Farizza happy sangat macam Farizza yang dapat. Hahaha..

Farizza nak share APA HADIAH YANG FARIZZA TERINGIN DAPAT DARIPADA SESEORANG?.Kalau Farizza buat topik hadiah memikat perempuan atau si dia mesti ramai kat luar sana dah cerita dekat awak semua. Jadi, Farizza akan cerita untuk Farizza sendiri. So boleh relate dekat blogger lain yang tulis artical “HADIAH MEMIKAT PEREMPUAN/ SI DIA” sama atau tidak dengan minat Farizza.

Let’s begin guys!

LIST HADIAH KESUKAAN FARIZZA

1.     SNOWBALL (tak kesah UNICORN/PRINCESS/ HELLO KITTY)

Ada yang tak tahu ke apa itu Snowball? Google sendiri. Why Farizza suka snowball sebab Farizza teringin pergi tempat bersalji. So far, ramai seller tak jual snowball. So agak susah nak cari.

2.     GIFT BOX CINCIN/KALUNG

Farizza lebih prefer kalung sebab kalung boleh pakai dan tutup dengan tudung so member tak banyak bunyi sebab mereka tak nampak.
Kalau cincin terdedah sebab dekat jari. Tiap-tiap hari kita guna tangan dan jari bila membuat kerja kan? So Farizza lebih suka kalung tapi nak bagi cincin tak kisah. Tak haling pun asal ikhlas nak.
Kenapa gelang tak ada? Farizza penggumpul gelang, btw tangan Farizza kecik, so bila beli gelang dia londeh dan nampak buruk kalau pakai sebab gelang tangan Farizza kecik, harap pipi berisi, tapi gelang tangan tak berisi. So tak galakkan korang beli.

BOLEH TENGOK TWITTER JUAL GIFT BOX NECKLACE, & RING BAJET RM20.

Boleh bagi member atau girlfriend awak yang suka barang macam saya. haha.

TWITTER : @jwlsyerv
Maaf tiada gambar sebab tak boleh uptade dekat sini, nanti dikatakan plagiat. 

3.     BOUQUET SCARF (extra baby breath)

Farizza belek-belek IG terjumpa satu IG Business yang memang cantik design bouquet dia sebab selit dengan baby breath. Dia juga ada jual khas untuk bouquet baby breath. Farizza suka bawal atau shawl? Tentu bawal. Sebenarnya kalau yang bagi ni extra kasih sayang Farizza dapat sebab Farizza suka baby breath.


Farizza PrintScreen je ye.


4.     SKINCARE & MAKEUP (SET KAYMAN BEAUTY (K.), SET MAKE UP WARNA PEACHY)

Farizza baru berjinak-jinak menggunakan local produt. So far bekas jerawat pudar sedikit sebab baru 1 month, tak nampak perubahan sangat. Lain orang lain hasilnya. Farizza menggunakan 50g CFS (Coalface Soap) sebab kulit muka combination, 120ml rosa glow treatment essence dan skintella repairing serum size besar. Baru-baru ini Kayman ada keluarkan GOLDEN COCOON MULTI ELEMENT MASK tapi Farizza tak beli sebab tak mampu beli sekaligus semua walaupun dalam acc ada duit.


Gambar dibawah daripada instagram @kaymanbeautyhq. Tujuan mengambilnya untuk promosi. 

 


Set make up, Farizza more suka guna colour oren. Means eyeshadow smooth orange and lipstick peach. Farizza tak yakin guna warna merah sebab menampakkan Farizza tua. So boleh prefer dekat IG URL dibawah, click sahaja dan boleh membeli belah.




5.     NOTE BOOK (DIARY)

Ada ke notebook yang lawa-lawa? Selalu tengok tak lawa pun. Farizza jumpa IG yang mana Farizza nak beli tapi last-last tak jadi sebab ada orang tu kata membazir. Notebook tu boleh customize nama sendiri. Harga notebook a.k.a diary note RM90+




6.     MAKANAN (FAV FARIZZA BILA MERAJUK SUMBAT JE MAKANAN CONFIRM HILANG MERAJUK).
a)     Western food
b)    Fast food
c)     Macaron
d)    Ice cream
e)     Korean Food (family mart)
Ini more pada kalau Farizza merajuk, semua bende manis telan. Tak perlu URL korang boleh pergi sendiri.


7.     SWEATSHIRT (BUKAN KNITWEAR)

Farizza suka beli sweatshirt dekat Padini sebab murah dan sesuai dengan Farizza. Sweatshirt yang mempunyai kain tidak mudah pudar ketika basuh dan kain jenis tebal.  Sweatshirt diorang more menutup aurat kalau Farizza pakai, Farizza selalu beli size M. Farizza pernah beli harga yang murah, kain tebal tapi tak labuh dekat shopee. That’s why Farizza tak suka yang tak tutup aurat. Kepada gegirl awak yang suka sweatshirts yang hampir nak ikut badan tu boleh beli kat shopee. Mostly perempuan suka ikut badan sebab entah zaman berubah jarang jumpa lelaki suruh labuhkan baju. Jarang ye! Bukan semua.

8.     KASUT (SNEAKERS)

Farizza suka sneakers warna putih, awak nak beli dekat Shopee pun boleh. Farizza suka guna sneakers from Vincci sebab Vincci suka sangat buat sale guys. Sneakers jenis plastic/kulit RM30 je. Farizza prefer awak semua beli jenis plastic/kulit sebab kalau kena hujan ataupun kotoran senang nak basuh guna air daripada cotton. Kasut tak usah mahal-mahal sebab saya pengumpul setia kasut.

Farizza senaraikan 8 sebab otak dah jem, yang pasti hadiah yang membuat rasa kasih sayang sudah memandai. Ada juga gift box customized sendiri @thosebox.co . Serius, Farizza rasa sangat murah dibandingkan orang lain. Sebab nampak kopi tin Starbuck with full chocolate RM90 je. So ini pun salah satu korang boleh beli. Jangan beli full chocolate tapi setakat kit kat pek kecik ada 30 pek harga RM60.00. Serius nampak juga orang business macam ini. Tapi dekat @thosebox.co korang boleh customized chocolate with your design, your writing,your box writing. Serius memang cair tengok @thosebox.co . Click https://www.instagram.com/thosebox.co/ . Click je, link berwarna ini, terus keluar Instagram.


TQ, for reading. Enjoying! Tulisan warna pink, awak boleh tekan dan terus ke insta/twitter mereka. 

Assalammualaikum.








Saturday, 6 June 2020

THE BEST SKINCARE AND HEALTH SUPPLEMENT

Assalammualaikum semua, maaf Farizza memang tak dapat nak buat coretan sepanjang pkpb ini.
Letih sungguh, assignment tak pernah henti tambah lagi dengan mid term online. Mid term online mencabar lagi-lagi yang mengalami masalah line. Kesian kawan-kawan yang hantar assignment, exercise, mid term tidak dapat hantar waktu sebelum tamat. Sebagai contoh, start buat exercise pukul 9 dan hantar pada pukul 12 tengah hari. Mereka hantar 10 minit sebelum tetapi angkara line, mereka lambat menghantar dalam beberapa saat. 
.
Kebelakangan ini, Farizza jadi suri rumah + pelajar. Memang tak lari dengan penat bukan sebab tak bahagi masa dengan elok tetapi kalau rumah bersepah sebab anak buah memang penat nak kemas. Biasa masuk kelas pagi, waktu itu mama kerja lepas itu mama basuh kain, waktu itulah terkejar-kejar harap kelas sebelum pukul 1 petang berakhir sebab nak sidai dan sebelum mama rehat makan dekat rumah. Takut mama kecil hatikan. Kenapa tak basuh malam?. Entahlah nak, Farizza dah cakap dengan mama suruh basuh malam but mama nak basuh pagi juga.
.
Farizza masuk topik baru, iaiu SKINCARE AND HEALTH SUPPLEMENT .
.
Farizza fokuskan dengan diri Farizza yang sibuk dengan belajar dan tidak sempat untuk jaga kesihatan badan serta wajah. Farizza tidak lari dengan mengambil pemakan yang tidak seimbang seperti makanan junk food, cafein, oily dan kurang air dalam badan.
.
Farizza sahaja ingin menceritakan penjagaan kulit yang patut awak semua perlu buat walaupun sesibuk mana sekali pun as student.
.
Farizza menggunakan :



SKINCARE ROUTINE

1) Coalface Soap - Kayman- Best ingredients : Honey
2) Shooting Facial Toner- Simple- Best ingredients : Niacinadime
3) Mild Peeling Lotion-Hada Labo- Best ingredients :Gluconic Asid
4) Rosa Glow Essence -Kayman- Best ingredients: Alpa Artibutin
5) Skintella Repairing Serum- Kayman- Best ingredients : Cetella Asiatica
6) Moisturizer Water Gel-Hada Labo- Best ingredients : Hyalunoric Acid
7)Biore UV (warna kuning)- Best ingredients : Rice Berm Extract 
.
Ketujuh-tujuh bahan ini Farizza gunakan sebelum pakai foundation dan segala bahan-bahan makeup. Diingatkan sunscreen dapat bertahan selama 2-3 jam after that korang boleh apply semula sunscreen itu walaupun awak semua pakai make up sekali pun. Reapply okay, for better skin and healthy skin
.
ACNE CREAM 

1) Benzac AC 5- Ingredients : Benzoyl peroxide (seriusly good for your acne)
2) Hiruscar Anti-Acne Spot Cover Fluid- Ingredients : Alpa Artibutin + Niacinadime + Vitamin E.
.
Farizza suka Benzac AC 5 kerana dapat membantu jerawat Farizza yang timbul merah menyala kembali kempis dan untuk cepatkan kempis itu, awak boleh gunakan produk Kayman iaitu Rosa Glow Essence juga membantu mengurangkan keradangan jerawat dan menghilangkan kesan jerawat dan parut demi sedikit. Mengambil masa sebulan, depends in your skin. Feedback Kayman nampak customer after one month boleh hilangkan parut. Farizza ambil masa berbulan untuk okay. Nanti Farizza Share Feedback.
.
Farizza akan beri feedback lepas guna soap, essences dan serum Kayman Beauty after Farizza habiskan ketiga-tiga ini. Okay. Sebenarnya dah okay dah tapi korang tunggu feedback dekat sini ye. Tunggulah 3 or 5 months later okay 😆😆😆😆😆


LIP MASK

1) Lip Sleeping Mask- Laneige- Vitamin C
.

HEALTH SUPPLEMENT

Farizza sibuk dengan assignment dan menyebabkan kurang tidur dan kurang mengamalkan pemakan yang sihat jadi Farizza ambil supplement sebagai sumber tenaga Farizza.  
.
BLACKMORES - EXECUTIVE B sesuai untuk orang yang sibuk dalam kehidupan sehariannya iaitu hectic lives.
.
Cara pengambilannya, sehari satu biji sahaja selepas makan. Jangan terlebih dos kerana boleh mengakibatkan kesan yang buruk. 
.
VITAMIN APA ADA DALAM EXECUTIVE B
1) Vitamin C (ascorbic acid)
2) Vitamin B3 (nicotinamide)
3) Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride)
4) Vitamin B2 (riboflavine)
5) Vitamin B1 (thiamine nitrate)
6) Vitamin B5 (pantothenic acid )
7) Vitamin B12 (cyanocobalamin)
.
Selain Vitamin B, Magnesium, Zinc, Vitamin C dan Potassium juga membantu memberikan tenaga. Farizza memang kerja menghadap laptop dan rumah. Kalau keluar more beli barang masak ataupun beli ubat, supplement, skin care dekat Watson. Guardian and pharmarcy Apro.
.
Farizza beli Excutive B by Blackmores, harga  RM30 berapa sen entah. Sekarang ada promosi ye, ada 30 tablets. Baru beli lagi dekat Guardian Regina Mall Port Dickson.


Rajin juga ada yang tanya birthday bile ye? Lama lagi awak 😆. Birthday saya bulan 9. Second september okay. Siap tanya hadiah apa Farizza suka? Farizza sememangnya suka kalau korang bagi hadiah Skincare dan Health supplement yang Farizza amalkan ini. Nak tahu harga boleh tengok ig and website. Click -> ig @kaymanbeautyhq dan boleh place order dekat  Click -> website kayman beauty. Click ye sebab siap link, senang korang tekan. Skincare dan Supplement lain boleh rujuk di Watson, Guardian, dan Apro. Oh ye, terlupa pula, Laneige boleh rujuk di ig ye. 




Okay, ini Instagram Kayman Beauty. Farizza skin Combination sesuai guna CFS (Coalface Soap) dan yang kulit kering boleh guna CFC (Coalface Cleanser). Kulit berminyak -CFS. Farizza tak jual ye, just give feedback. Untuk nak tengok perubahan after use ROSA GLOW ESSENCES AND SKINTELLA REPAIRING SERUM tunggukan 3 bulan atau 5 bulan akan datang. Produk dijamin selamat untuk kulit sensitif. Farizza sensitif kulit jua after use product pharmachy jerawat teruk. Maybe have contains not suitable with me but after use Kayman Beauty my skin become good and health. 


Friday, 20 March 2020

KEDAI CERMIN MATA YANG TERBAIK DI MELAKA. DR SPECS AEON BANDARAYA MELAKA


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
.
Hari Selesa hari itu, Farizza pergi ambil cermin mata di Dr.Specs. Farizza kan Covid 19 kenapa keluar? Terpaksa keluar sebelum hari berikutnya perlu duduk rumah. Lagipun Farizza ketika itu sedang menjamu makanan di kafeteria Satria. Dah nama pun kafe, mesti pelajar-pelajar rancak berbual, earphone tinggal pulak dekat atas, time tu tutup telinga kiri dengarlah orang kedai itu kata apa. Boleh saya ambil esok? “Farizza”. Maaf cik, kedai kami tak tahu sama ada buka ke tak esok “kedai spek”. Time ini tak tahu lagi, rupanya start esok kena kurung 2 minggu duduk dekat rumah. Alang-alang Farizza memang nak kena balik rumah ayah dekat Port Dickson, memang kami ambil specs tersebut. Tak lama kami dekat mall, sampai pukul 2:00 petang keluar kul 3:00 petang. Aeon 1 jam je, buat apa?. Ambil spek, beli air tealive je. Terima kasih Kak Zana, Hidayah dan Hasha sebab sudi teman Farizza time waktu puncak pelajar-pelajar balik.
.
Sampai je Aeon kami berpecah, kak Zana dan Farizza pergi ke Dr.Specs manakala Hidayah dan Hasha beli minuman. Farizza sampai je sana, try pakai spek, rasa baru nampak dunia. Nak tahu tak kenapa Farizza nak buat review mengenai Dr.Specs ini? Kedai Dr. Specs ini tidak ambil kesempatan macam kedai lain tau. Kenapa pula? Farizza hari itu pergi kedai cermin mata dekat Mydin Melaka, nama kedai dirahsiakan atas tutup aib. Farizza boleh kata kedai cermin mata ini belakang. Kedai cermin mata dekat Mydin ada tiga. So pandai-pandai korang cari kedai yang Farizza cerita ini.
.
CERMIN MATA DI MYDIN

First, kami datang kedai ini sebab Isma mengalami sakit di kepala sebaris mata, cek dekat klinik rupanya dia ada masalah rabun jadi dia cek mata, alang-alang memang Farizza dah plan tahun ini saya nak tukar, cermin mata dah senget kalah konah S. hahaha.. leh cek senget macam mana dekat post sebelum ini.. So Farizza pun tanya boleh cek kan? Pekerja dekat situ angguk jadi Farizza cek dan kelihatan power Farizza 900???. Seriuslah, maka Farizza pun snap gambar letak dekat status whatsapp. Farizza kau dah nak buta ini, Farizza buat laser. Farizza, kita suggestkan awak cek dekat kedai cermin mata lain, kat sana macam PENIPU. WHATT??. Dan banyak lagi komen. Komen lucu pun ada. Sabar je. Bukan itu sahaja, malah pekerja dia kurang senang dengan kehadiran kami yang hanya ingin cek power. Mereka bermasam muka dan jelling-jeling. Patut jugalah awak power saya sampai 900. Awak buat apa ye? Owner kedai sangat baik. I prefer korang yang datang, suruh owner cek jangan pekerja cek. Tak ikhlas kau Jahhh.
.
So kesimpulannya, kedai ini letak power tinggi sangat, pekerja masam dan suka main phone.



.
DR SPECS
Selepas mendengar komen daripada kawan, Farizza decide buat dekat Aeon padahal kawan suruh buat dekat Dataran Pahlawan(DP). Memang nak buat dekat DP tapi malas saya nak cerita. Yelah saya kan dah tak rapat lagi dengan kawan lelaki itu. Dah move on. Hahaha. Farizza jumpa kedai Dr. Specs. Farizza cek power, rupanya belah kiri tetap sama 700 dan belah kanan naik 50 jadi 800. Awak beza tau 800 dengan 900. Awak nak bunuh saya ke?. Cakap dengan kedai  cermin mata dekat Mydin ini. Lagi satu layanan mesra mereka buat awak prefer ke kedai Dr.Specs. Farizza pilih bingkai plastic sebab nak tutup ketebalan cermin. Pekerja Dr.Specs itu pun kata kalau saya pilih besi kemungkinan ketebalan nampak. Agak lama pilih spek sebab ada spek yang fleksibel dan biasa( tak fleksibel). Fleksibel RM199, kalau tak fleksibel RM115 dan keatas.  Kenapa Farizza tak pilih fleksibel sebab Farizza dah masak dengan penahan hidung yang jenis tertanggal dan cepat kotor. Tahu kan yang boleh tertanggal itu. Kalau Farizza pakai sekarang ini penahan hidung plastic hitam memang tak kan cabut, kalau cabut sekali bingkai cabut. Haha.
.
Pilih-pilih hanya RM 495 sahaja. Murah tak untuk power 800. Murah tau. Survey kedai lain, power awak ini tinggi, tak mungkin cermin mata awak RM300 je, mesti kena atas, paling kurang cermin RM600. Penipu lagi satu! Kedai dekat Aeon gak, kedai rahsia, clue? Clue yang dekat dengan kedai Dr.Specs. Bingkai Farizza RM115 dan selebihnya harga cermin. Murah kan. Farizza buat ini hari Jumaat lepas, dapat hari Selasa.
.
Okay nak bagi review kedai DR. Specs 4.9 star.
.
Nak sambung cerita lain…Boleh kan..Hihi..
Bukan ke pelajar UTeM tak boleh balik. Actually, hari Isnin tiba-tiba felo ketuk bilik kami, suruh kami balik. Bila dah sampai destinasi, barulah UTeM keluarkan kenyataan pelajar tidak dinasihatkan untuk balik ke kampung. Kenyataan ini mungkin sebab ada pelajar yang ingin pulang walaupun dah 18/3. Farizza balik waktu felo suruh balik iaitu hari Selasa. Lagipun mama ada kawan yang kawan dengan staf UTeM, mama tahu lebih lama rupanya sebab itu malam Ahad mama call, “ija kemas barang esok balik”. Saya yang masih bergosip dengan kawan saya tiba-tiba terkejut. Memanglah PM kata tutup, tapi UTeM tak cakap pun. Kita tunggu esok pagi. Betul-betul pagi, sebab felo ketuk. Hahaha…
.
Farizza balik around 6 petang dan sampai di PD pukul 10 malam sebab kami mendirikan solat maghrib di rumah Serkam, selepas itu kami singgah isi minyak di petronas Merlimau, singgah di pejabat polis ambil surat, pergi pasaraya MEGA 24 JAM, pergi KFC Merlimau take away, and balik. Dari hari itu sampai sekarang Farizza tak keluar rumah pun kecuali kakak sebab kakak delivery kek dia. Mengadalah yang order ini, buat sendirilah nanti Covid 19 hilang orderlah macam kau tak pernah makan kek. Kenapa Farizza marah? Sebab Farizza yang duduk rumah ini boleh kena tau melalui kakak yang baru balik. Mama always bising, pakai sanitizer, mandi, basuh baju terus. Kami bukan guna sanitizer macam dekat kedai biasa, kami guna sanitizer hospital. Macam mana dapat? Kami curi ke? Ketuk kepala awak semua. Abang ipar saya kerja penghantaran jua tetapi hantar-hantar barang hospital seperti meja, sanitizer dan barang hospital lain. Kami dulu pernah jual sanitizer ini, kerana terlebih ambil stok tetapi waktu itu faham jelah Melayu duk kutuk kami jual sanitizer. Sekarang ini, baru terhegeh-hegeh cari kami untuk sanitizer, maaf hampa habis stok. Kami tak jual timbang kilo nahhh.
.
Nyah Gambar!




Bekas cermin mata khas dari Dr.Specs.



Cermin mata dulu.. nampaklah senget dia kan.


               Cawangan-cawangan Dr. Specs                      Kad cermin mata Dr.Specs.


Boleh rujuk Power Farizza dekat sini tau, silau sekali.Hihi.

  
Tara.. Siap bagi beg lagi..


Ini cermin mata yang senget. Mesti korang kata napa tukar tak nampak senget? Puas dah Farizza kalau without pakai tudung study kat bilik.. Cermin mata sampai hujung batang hidung. Nenek si bongkok tua jadinya. Alahai.. Btw kalau korang nak tahu senget mana.. Belah tangan kiri korang nampak spek dekat dengan kening tetapi belah kanan macam jauh sikit dekat kening. Nampak an an.. Hihihi...


Tak jauh beza pun design kita pilih, sebab rambang mata, dah semua sesuai dekat muka. Cuba perhatikan jarak kening dengan spek sama kan, so dah tak senget. Gitulah kalau korang nak tahu cermin mata seseorang itu senget ke tak?

Ada yang tanya kenapa tak tukar bingkai je? Kenapa Farizza tak tukar bingkai dekat kedai asal Farizza beli cermin mata  dulu sebab design bingkai Farizza pakai dulu dah tak ada. Memang tukang kedai yang lama kata tunggu bingkai awak patah je lah. Aishh..

TQ baca entry Farizza. Bosan kan tu, marilah tulis blog ye awak!






Wednesday, 18 March 2020

AIS KISAR ATAU ICE CREAM? FEEDBACK MYKORI BUKIT BERUANG- MELAKA

15/03/2020
.
Bosan sungguh hari ini, kerja statistics dah siap dan dah hantar dekat u-learn pun. So, kita nak buat apa ye? Keluar rasa malas.
.
(ding ding)
.
Farizza cek notification
.
(Classmate chat)
.
Classmate? Which one? Farizza dah cakap Farizza jenis peramah so keluarlah dengan member ini. Biarlah rahsia. Member ini memang pandai meramal sesuatu tentang orang tapi ada je yang diramal tak betul. Kita manusia kan mana boleh semua kita buat kita yakin akan dapat. Semuanya atas izin Allah. Lebih kurang dia ini pakar psikologi lah. Sangat!
.
Okay, based topic today, Mykori!
.
Mykori buka jam 1 petang sampai 10 malam. Farizza ambil kesempatan sebelum keluar Farizza godek-godek instagram, feedback mykori dan segala bentuk servey.
.
Dalam perjalan pergi Mykori, hujan pun turun. Alahai, tadi dah lah panas, seronok makan panas-panas tetapi tak apalah rahmat Allah jangan ditolak. 
.
Farizza pun masuk dalam Mykori dan order Mount Fuji Kakigori. Member order Kakigori Boru, segala topping and ice cream cek dekat resit di bawah. 


Actually nak ambil gambar sekali dulang dia, tapi member ini cepat sangat dia turunkan dari dulang 😂


Tara... Resit guys!



Cermin mata senget!Abaikan ye anak-anak. Mengada nak main suap-suap! Farizza ingatkan ye member!.

FEEDBACK MYKORI 

Siapa sini minat yougurt, Farizza suggestkan Mont Fuji Kakigori sebab dia bukan kosong je yang macam awak nampak tapi big surprise bila dah nak habis makan ada strawberry and mangga dalam Mont Fuji Kakigori. Tak percaya boleh pergi beli dan tengok betul tak? Big surprise.  Rasa dia sedap, ais dia sangat lembut, dan rasa sejuk ditekak, love gila dengan kisaran ais dia, rasa manis, rasa masam macam yougurt, mangga dia manis jua dan strawberi rasa macam dekat yougurt. Overall sebenarnya rasa nak pergi lagi beli tetapi Covid 19, kita hold dulu.
.
Rasa member punya pula, Kakigori Boru. Ice cream Coconut with mango sauces,yougurt ice, topping oreo crumbs and mango. Rasa sangat sedap, mangga dia manis dan rasa combination mangga with oreo sangat sedap. Menyegarkan, ice cream coconut yang manis dan lembut.So far Farizza sangat suka dan sangat puas hati dengan rasa yang kami pilih. Lepas ini, boleh try yang ada buah kat atas tu, apa namanya ye? Lupa lak? Hihi.
.
Farizza bagi 4.9 star ✔
.
TQ Sudi baca 💛

Tuesday, 17 March 2020

MELANTAK STEAK HUB - KEDAI STEAK MELAKA SEDAP

13/03/2020
.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Mesti lagi menonton televisyen. Musim Covid 19 elok duduk di rumahkan. Begitu jua Farizza. Hari ini dalam jadual biasa Farizza perlu jumpa SME tetapi lain ceritanya kami berkomunikasi melalui media massa sahaja untuk menyiapkan assignment kami. Sebenarnya SME kami sangat senang untuk berinteraksi. Eh? Farizza dah ke tajuk lain. Insha Allah lepas habis assignment bersama SME, Farizza akan share syarikat mana yang Farizza dapat okay?
.
Sekarang Farizza tumpu pada Cafe MELANTAK ni. Cafe MELANTAK dekat mana? Sudah tentu di Melaka. Melantak Cafe ini menyediakan makanan western seperti burger, spagetti, chicken chop dan makanan western yang lain. Harga dekat MELANTAK ini boleh tahan harganya tetapi sangat berbaloi makan. Bagi Farizza Cafeologoy Cafe lagi mahal tetapi ada yang kata MELANTAK Cafe ini mahal ye? Ish Ish.
.
Tak sangka kami berkawan semula tak lama pun, akhirnya kami tak rapat seperti dulu. Siapa? Siapa baca entry sebelum ini tahu yang Farizza berkawan dengan seorang lelaki ini tapi kami dah tak rapat macam dulu. Sebab itu, Farizza ambil langkah spend time dengan kawan Farizza pergi area Pantai Klebang. 
.
Menunggu Aqmal, Amzar dan Darvin agak lama di luar MELANTAK Cafe, jadi kami pun pergi pusing-pusing Pantai Klebang membeli air coconut shake. Ketika itu jam pukul 1:50 petang. Masing-masing mendirikan solat jumaat kecuali Darvin. Farizza pergi bersama team Farizza tetapi dengan Kakak Zana, Hasha dan Hidayah. Isma dan Kak Diyanah masing-masing sibuk menguruskan diri mereka. Biasalah kami tiada kelas hari Jumaat. Adil lah tu, hari Isnin mesti nak ada di fakulti sebelum pukul 8. Bas ada pukul 7:30 pagi, ,masuk bas pukul 7:00 pagi. Lambat 10 minit, bas full kena berdiri. Aish..
.
Kami sibuk membeli air coconut shake, mereka dah pun sampai di depan MELANTAK Cafe. Time orang tunggu tak mau datang, time orang merayap baru sampai. Kami berenam masuk ke kedai MELANTAK Cafe.

.
Seronoknya bila sampai MELANTAK Cafe ini, dia beri buku menu setiap sorang selepas itu, dah habis tulis order di kertas tak perlu beratur di kaunter hanya tekan button Order yang ada pada bekas sudu,garfu dan pisau. Mereka datang dan kutip order. Jangan risau kedai MELANTAK Cafe ini sangatlah bersih dan disediakan toilet serta tempat basuh tangan. Farizza tahu Farizza promosikan kedai waktu Covid 19 buat apa? Kedai bukan buka, nak keluar pun ketua keluarga je kan. Farizza saja share, mana tahu korang plan nak bercuti selepas habis Covid 19 ni. Boleh letak list. Blog Farizza ini rata-rata banyak kedai western di melaka. Ceklah ye, godek-godek di bawah. 
.
Menunggu makanan sampai, yang pasti setiap kali order makanan Farizza pasti jadi yang terakhir.😞. Tak apalah dah biasa sebab order mengarut lagi. Hahaha..Mereka pun dah mula makan, Farizza tak sah tak ambil gambar lepas tu jadi orang terakhir makan. Kakak pernah kata nak cari calon kena sama kepala, kalau sorang kampung sorang western macam manalah kau. Okay, next topic. Kita single bagus.Melihat Amzar yang dari Kelantan , mereka tidak makan peds tetapi mereka dapat nasi goreng Chicken Chop pedas jadi kami pun order air kosong/jarang/masak. Kami tunggu, punya tunggu sampai Amzar habis makan, muka merah kembali neutral air masak itu tak sampai. Allah, rasa nak bangun nak cakap air masak kena buat ke? Tak pelah Farizza kan sabar jadi Farizza luah di sini. Hahaha. Makana Farizza tak pedas tapi Farizza jenis empati, rasa apa yang orang rasa sebab itu Farizza takut terguris hati sesiapa
.
Farizza of course jenis sentap lebih!. So rasa menyampah boleh blah. Tapi rata-rata orang kata Farizza peramah. Konsep Farizza senang kau tak ganggu aku, aku tak ganggu. Gitulah. Selagi orang tak kenal Farizza, tolong jangan cakap apa-apa pasal Farizza sebab Farizza senang-senang dapat pahala free nak.. Hahaha...


Onion Rings- RM8.00. Sangat sedap, Farizza makan ini last sekali, so perut sangat-sangat penuh!


Inilah rupa nasi goreng Chicken Chop dia. Nasi dia pedas sebab cili padi banyak. hahaha



Farizza order Spagetti Oglio Bolognese around Rm18 lebih. Maaf tak ingat harga, resit dekat tangan kak Zana. Sangat sedap, cukup rasa dan sangat kenyang!


Super pemalas nak make up!
.
Gambar di atas sebenarnya tak cukup sebab kami datang pun dah lapar, jadi masing-masing dah tarah dulu. Farizza cuba sedaya upaya untuk minta makanan kawan lainnya gambar..
.
Farizza bagi 4 love 💛💛💛💛

Thursday, 5 March 2020

CAFE PREMIUM MELAKA. COFEOLOGY CAFE (REVIEW)- MELAKA

Cofeology Cafe-Bukit Beruang bersebelahan TWS.
.
Baru sahaja menjamah nasi goreng cendawan dekat Mydin dengan kak Zana, terus si dia chat kita ajak keluar pergi sambut birthday dia. Farizza letak jelah dalam beg kertas. Tq Heeladina.men sebab jual hadiah-hadiah untuk lelaki. Boleh visit ig @heeladina.men.


.
Dia boyfriend ke? Ehek.. Masih dalam tempoh kawan lagi. Moga-moga ada jodoh dengan si dia. Aamiin. Alamak meluat pulak pembaca baca nanti. Farizza tahu Farizza still youngest. Insha Allah, semoga mencapai impian suatu hari nanti.
.
Farizza ini belum packing lagi hadiah dia. Maklum birthday dia bulan 2, 27/2.Tahun rahsia. Farizza balik tu, dah lupa nak beli reben. Sedih sangat tu, plan nak sambut hari Sabtu, tapi tukar plan hari Jumaat. Hari Khamis kita bagi family dia sambut. Kenapa dengan Sabtu? Sabtu dia balik kampung sambut birthday mak cik dia 29/2. Mujur tahun ni ada 29 hari bulan. 
.
Melangkah masuk cafe Cofeology, seorang gadis bertanya "datang berapa orang?" lalu Farizza menjawap 2 orang, tapi sorang lagi dalam perjalanan. Gadis cafe itu membalas, boleh pergi tempat duduk atas sana. Farizza mengorak langkah ke arah hujung meja. Seorang pelayan lelaki datang, lalu bertanya 2 orang ye? Farizza jawap dengan yakin "Ye".  Pelayan itu menyediakan 2 set garfu, sudu dan pisau di atas meja. 
.
Alamak dia dari negeri sebelah. Tunggulah 1 jam, dia pun muncul. Jam menunjukkan pukul 5, Farizza meminta izin kepada gadis cafe untuk menjemput masuk si Dia. Si Dia membontoti Farizza sehingga ke tempat duduk.
.
Si Dia: Lama ke?
Farizza: Agaklah
Si Dia: Sorry, jalan jam.
Farizza: Dah agak dah, area Melaka selalu jam.
.
Dalam hati, jauhnya dia dari Johor ke Melaka.Terima kasih awak dalam hati. Farizza selalu pendam kalau dia buat Farizza happy. Farizza appreciate sebab dia nak datang naik motor tapi motor masuk bengkel, sanggup pinjam kereta mama dia ye. Hihi. Apa Farizza rasa Farizza tak pernah nak bagitahu dia. Farizza tak tahu kenapa? Apa yang boleh buat Farizza ialah jangan berharap sangat, takut kecewa.
.
Belek-belek buku Menu walaupun dah tahu isi kandungan buku menu sebelum pergi sebab DM dekat ig cofeologycafe.
.
Ada juga nak decorate semua itu, tapi si dia dah warning jangan buat, takut ada hal. Mujur dengar kata dia, Farizza ini. Hihi.Eh! Apa lebih-lebih cakap tentang si dia ini, Farizza nak share ke menu dia?
.
MENU DAN HARGA DI COFEOLOGY CAFE




Menu daripada Cofeology Cafe. So yang malu tanya tu boleh refer kat sini!

Farizza pun dengan dia belek-belek kami pilih menu yang sama iaitu Aglio e Olio with Chicken Ham. Order air semua itu, order juga kek buat dia iaitu chocolate moist. Pelayan siap offer pasang lagu, tapi dia tolak. Farizza pun hormat kehendak dia. Hati orang kena jaga jua tau.


Nama dia memang tak letaklah, rahsia antara kita berdua.


Eh Feedback mana?

Farizza rasa Oglio dia memang sedap, air chocolate dia sedap. Kek dia sangat-sangat sedap. Harga sangat berpatutan. Kami makan berdua hanya RM60 sahaja. Murahkan. Actually, tengok resit agak terkejut sebab banyak potongan ye!. Seronok sangat sebab keadaan cafe yang aman, sejuk, bunyi lagu alah-alah cafe luar negara kau. Kelas Jah. Hihi. Staf dan pekerja yang sangat baik dan layanan tip top.

Farizza bagi ⭐⭐⭐⭐⭐