Saturday 20 June 2020

SENARAI HADIAH MEMIKAT HATI FARIZZA


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua.

I am so sorry because I am a little bit busy because I have the mid-term online, class online, assignment online, briefcase online, quiz online, and discuss online through WhatsApp, Skype, Google Classroom, and Cisco Webex Meetings.

Okay, kita tukar Bahasa Melayu pula, hari ini Farizza nak share hadiah-hadiah yang Farizza teringin dapat daripada seseorang. Tidak kisah siapa pun yang memberinya.
Nak bagi hadiah kepada Farizza? Farizza accept sahaja hadiah yang baik-baik orang beri. Last dapat hadiah? Dah lama tak dapat hadiah. Last dapat rasanya ketika form 6. Hihi. Itupun hadiah atas pendidikan. Kalau orang pula, last dapat maybe tingkatan 4. So far, memang susahlah nak dapat hadiah but mostly Farizza suka bagi hadiah dekat orang sebab bila Farizza bagi, Farizza happy sangat macam Farizza yang dapat. Hahaha..

Farizza nak share APA HADIAH YANG FARIZZA TERINGIN DAPAT DARIPADA SESEORANG?.Kalau Farizza buat topik hadiah memikat perempuan atau si dia mesti ramai kat luar sana dah cerita dekat awak semua. Jadi, Farizza akan cerita untuk Farizza sendiri. So boleh relate dekat blogger lain yang tulis artical “HADIAH MEMIKAT PEREMPUAN/ SI DIA” sama atau tidak dengan minat Farizza.

Let’s begin guys!

LIST HADIAH KESUKAAN FARIZZA

1.     SNOWBALL (tak kesah UNICORN/PRINCESS/ HELLO KITTY)

Ada yang tak tahu ke apa itu Snowball? Google sendiri. Why Farizza suka snowball sebab Farizza teringin pergi tempat bersalji. So far, ramai seller tak jual snowball. So agak susah nak cari.

2.     GIFT BOX CINCIN/KALUNG

Farizza lebih prefer kalung sebab kalung boleh pakai dan tutup dengan tudung so member tak banyak bunyi sebab mereka tak nampak.
Kalau cincin terdedah sebab dekat jari. Tiap-tiap hari kita guna tangan dan jari bila membuat kerja kan? So Farizza lebih suka kalung tapi nak bagi cincin tak kisah. Tak haling pun asal ikhlas nak.
Kenapa gelang tak ada? Farizza penggumpul gelang, btw tangan Farizza kecik, so bila beli gelang dia londeh dan nampak buruk kalau pakai sebab gelang tangan Farizza kecik, harap pipi berisi, tapi gelang tangan tak berisi. So tak galakkan korang beli.

BOLEH TENGOK TWITTER JUAL GIFT BOX NECKLACE, & RING BAJET RM20.

Boleh bagi member atau girlfriend awak yang suka barang macam saya. haha.

TWITTER : @jwlsyerv
Maaf tiada gambar sebab tak boleh uptade dekat sini, nanti dikatakan plagiat. 

3.     BOUQUET SCARF (extra baby breath)

Farizza belek-belek IG terjumpa satu IG Business yang memang cantik design bouquet dia sebab selit dengan baby breath. Dia juga ada jual khas untuk bouquet baby breath. Farizza suka bawal atau shawl? Tentu bawal. Sebenarnya kalau yang bagi ni extra kasih sayang Farizza dapat sebab Farizza suka baby breath.


Farizza PrintScreen je ye.


4.     SKINCARE & MAKEUP (SET KAYMAN BEAUTY (K.), SET MAKE UP WARNA PEACHY)

Farizza baru berjinak-jinak menggunakan local produt. So far bekas jerawat pudar sedikit sebab baru 1 month, tak nampak perubahan sangat. Lain orang lain hasilnya. Farizza menggunakan 50g CFS (Coalface Soap) sebab kulit muka combination, 120ml rosa glow treatment essence dan skintella repairing serum size besar. Baru-baru ini Kayman ada keluarkan GOLDEN COCOON MULTI ELEMENT MASK tapi Farizza tak beli sebab tak mampu beli sekaligus semua walaupun dalam acc ada duit.


Gambar dibawah daripada instagram @kaymanbeautyhq. Tujuan mengambilnya untuk promosi. 

 


Set make up, Farizza more suka guna colour oren. Means eyeshadow smooth orange and lipstick peach. Farizza tak yakin guna warna merah sebab menampakkan Farizza tua. So boleh prefer dekat IG URL dibawah, click sahaja dan boleh membeli belah.




5.     NOTE BOOK (DIARY)

Ada ke notebook yang lawa-lawa? Selalu tengok tak lawa pun. Farizza jumpa IG yang mana Farizza nak beli tapi last-last tak jadi sebab ada orang tu kata membazir. Notebook tu boleh customize nama sendiri. Harga notebook a.k.a diary note RM90+




6.     MAKANAN (FAV FARIZZA BILA MERAJUK SUMBAT JE MAKANAN CONFIRM HILANG MERAJUK).
a)     Western food
b)    Fast food
c)     Macaron
d)    Ice cream
e)     Korean Food (family mart)
Ini more pada kalau Farizza merajuk, semua bende manis telan. Tak perlu URL korang boleh pergi sendiri.


7.     SWEATSHIRT (BUKAN KNITWEAR)

Farizza suka beli sweatshirt dekat Padini sebab murah dan sesuai dengan Farizza. Sweatshirt yang mempunyai kain tidak mudah pudar ketika basuh dan kain jenis tebal.  Sweatshirt diorang more menutup aurat kalau Farizza pakai, Farizza selalu beli size M. Farizza pernah beli harga yang murah, kain tebal tapi tak labuh dekat shopee. That’s why Farizza tak suka yang tak tutup aurat. Kepada gegirl awak yang suka sweatshirts yang hampir nak ikut badan tu boleh beli kat shopee. Mostly perempuan suka ikut badan sebab entah zaman berubah jarang jumpa lelaki suruh labuhkan baju. Jarang ye! Bukan semua.

8.     KASUT (SNEAKERS)

Farizza suka sneakers warna putih, awak nak beli dekat Shopee pun boleh. Farizza suka guna sneakers from Vincci sebab Vincci suka sangat buat sale guys. Sneakers jenis plastic/kulit RM30 je. Farizza prefer awak semua beli jenis plastic/kulit sebab kalau kena hujan ataupun kotoran senang nak basuh guna air daripada cotton. Kasut tak usah mahal-mahal sebab saya pengumpul setia kasut.

Farizza senaraikan 8 sebab otak dah jem, yang pasti hadiah yang membuat rasa kasih sayang sudah memandai. Ada juga gift box customized sendiri @thosebox.co . Serius, Farizza rasa sangat murah dibandingkan orang lain. Sebab nampak kopi tin Starbuck with full chocolate RM90 je. So ini pun salah satu korang boleh beli. Jangan beli full chocolate tapi setakat kit kat pek kecik ada 30 pek harga RM60.00. Serius nampak juga orang business macam ini. Tapi dekat @thosebox.co korang boleh customized chocolate with your design, your writing,your box writing. Serius memang cair tengok @thosebox.co . Click https://www.instagram.com/thosebox.co/ . Click je, link berwarna ini, terus keluar Instagram.


TQ, for reading. Enjoying! Tulisan warna pink, awak boleh tekan dan terus ke insta/twitter mereka. 

Assalammualaikum.








No comments:

Post a Comment