Monday 29 June 2020

REVIEW MUSTVERI


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua
.
Hari ini Farizza nak share sikit tudung bawal chiffon yang Farizza beli di @mustveri . Boleh click ye @mustveri tu kalau you all nak tahu. Farizza dah lama pun mengidam nak beli tapi waktu yang dia keluarkan waktu itu tak sesuai. Hahaha. Kata ajalah waktu dia launch mesti ada tudung lain buat sale jadi mesti tak jadi untuk beli. Kali ini Farizza tetap nak beli kerana box warna hitam dia seakan-akan warna box Kayman. Box Kayman pun Farizza belum dapat walaupun dah repeat serum 2 botol. Hahaha.

Edisi 13 ini, Mustveri keluarkan bawal dan shawl chiffon. Macam biasalah, Farizza bukan reti sangat pakai shawl dengan muka bulat macam pau ini jadi Farizza pilih bawal chiffon. Farizza nak cerita sebenarnya bawal chiffon memang Farizza tak ada sebab bila beli bawal chiffon mesti farizza BUANG. Nak tahu kenapa? Semestinya bila pakai mengelembung, bucu “tak on point”. Farizza pun apa lagi, Farizza BUANG. Buang ke mana? Buang jadi penutup tudung saji. Maksudnya tudung sajikan jarang-jarang lubangnya, jadi atasnya saya tutup dengan tudung untuk elakkan cicak berak ke, ataupun elakkan lalat masuk.

Tudung Chiffon Mervie ini senang terbentuk walaupun materialnya chiffon. Koleksi 13th Edition ini ada 5 Set.

5 Kategori Mervie Classy Set :-⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
1. Mervie Royal Set @ RM199⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 5 x Mervie Collection
• 5 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
2. Mervie Golden Set @ RM169⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 4 x Mervie Collection
• 4 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
3. Mervie Crystal Set @ RM139⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 3 x Mervie Collection
• 3 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
4. Mervie Queen Set @ RM109⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 2 x Mervie Collection
• 2 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box
• 1 x Classic Love Letter
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
5. Mervie King Set @ RM69⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• 1 x Mervie Collection
• 1 x Classic Pouch
• 1 x Golden Black Box

⠀⠀Farizza beli set yang kelima, nak cubakan jadi cuba satu dulu, trauma pernah beli tudung mahal tapi membawa padah. Tapi Alhamdulillah tudung @mustveri buat Farizza puas hati. Terima kasih Mustveri kerana membuat Farizza percaya dengan tudung jenis chiffon.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Bukan tudung @mustveri je Farizza teringin nak beli tetapi tudung lain juga. Farizza memang tak list dekat article before this sebab Farizza nak beli sendiri. Hahaha. Nak tahu? Tunggukan ye tudung-tudung daripada jenama-jenama lain. Farizza memang cepat bosan stay with one brand jadi Farizza akan tukar-tukar tapi partner No No No untuk pasang dua. Farizza setia okay. Sebab nak jaga sorang pun payah apa lagi jaga dua orang kan? Setia itu bagus. Ceeeewahh.

Dibawah ini Farizza sertakan tutorial bawak chiffon.



 Tq for reading and watching, don't forget to click likes and subscribe. Tq you all. 💓💓💓


No comments:

Post a Comment