Friday, 20 March 2020

KEDAI CERMIN MATA YANG TERBAIK DI MELAKA. DR SPECS AEON BANDARAYA MELAKA


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
.
Hari Selesa hari itu, Farizza pergi ambil cermin mata di Dr.Specs. Farizza kan Covid 19 kenapa keluar? Terpaksa keluar sebelum hari berikutnya perlu duduk rumah. Lagipun Farizza ketika itu sedang menjamu makanan di kafeteria Satria. Dah nama pun kafe, mesti pelajar-pelajar rancak berbual, earphone tinggal pulak dekat atas, time tu tutup telinga kiri dengarlah orang kedai itu kata apa. Boleh saya ambil esok? “Farizza”. Maaf cik, kedai kami tak tahu sama ada buka ke tak esok “kedai spek”. Time ini tak tahu lagi, rupanya start esok kena kurung 2 minggu duduk dekat rumah. Alang-alang Farizza memang nak kena balik rumah ayah dekat Port Dickson, memang kami ambil specs tersebut. Tak lama kami dekat mall, sampai pukul 2:00 petang keluar kul 3:00 petang. Aeon 1 jam je, buat apa?. Ambil spek, beli air tealive je. Terima kasih Kak Zana, Hidayah dan Hasha sebab sudi teman Farizza time waktu puncak pelajar-pelajar balik.
.
Sampai je Aeon kami berpecah, kak Zana dan Farizza pergi ke Dr.Specs manakala Hidayah dan Hasha beli minuman. Farizza sampai je sana, try pakai spek, rasa baru nampak dunia. Nak tahu tak kenapa Farizza nak buat review mengenai Dr.Specs ini? Kedai Dr. Specs ini tidak ambil kesempatan macam kedai lain tau. Kenapa pula? Farizza hari itu pergi kedai cermin mata dekat Mydin Melaka, nama kedai dirahsiakan atas tutup aib. Farizza boleh kata kedai cermin mata ini belakang. Kedai cermin mata dekat Mydin ada tiga. So pandai-pandai korang cari kedai yang Farizza cerita ini.
.
CERMIN MATA DI MYDIN

First, kami datang kedai ini sebab Isma mengalami sakit di kepala sebaris mata, cek dekat klinik rupanya dia ada masalah rabun jadi dia cek mata, alang-alang memang Farizza dah plan tahun ini saya nak tukar, cermin mata dah senget kalah konah S. hahaha.. leh cek senget macam mana dekat post sebelum ini.. So Farizza pun tanya boleh cek kan? Pekerja dekat situ angguk jadi Farizza cek dan kelihatan power Farizza 900???. Seriuslah, maka Farizza pun snap gambar letak dekat status whatsapp. Farizza kau dah nak buta ini, Farizza buat laser. Farizza, kita suggestkan awak cek dekat kedai cermin mata lain, kat sana macam PENIPU. WHATT??. Dan banyak lagi komen. Komen lucu pun ada. Sabar je. Bukan itu sahaja, malah pekerja dia kurang senang dengan kehadiran kami yang hanya ingin cek power. Mereka bermasam muka dan jelling-jeling. Patut jugalah awak power saya sampai 900. Awak buat apa ye? Owner kedai sangat baik. I prefer korang yang datang, suruh owner cek jangan pekerja cek. Tak ikhlas kau Jahhh.
.
So kesimpulannya, kedai ini letak power tinggi sangat, pekerja masam dan suka main phone.



.
DR SPECS
Selepas mendengar komen daripada kawan, Farizza decide buat dekat Aeon padahal kawan suruh buat dekat Dataran Pahlawan(DP). Memang nak buat dekat DP tapi malas saya nak cerita. Yelah saya kan dah tak rapat lagi dengan kawan lelaki itu. Dah move on. Hahaha. Farizza jumpa kedai Dr. Specs. Farizza cek power, rupanya belah kiri tetap sama 700 dan belah kanan naik 50 jadi 800. Awak beza tau 800 dengan 900. Awak nak bunuh saya ke?. Cakap dengan kedai  cermin mata dekat Mydin ini. Lagi satu layanan mesra mereka buat awak prefer ke kedai Dr.Specs. Farizza pilih bingkai plastic sebab nak tutup ketebalan cermin. Pekerja Dr.Specs itu pun kata kalau saya pilih besi kemungkinan ketebalan nampak. Agak lama pilih spek sebab ada spek yang fleksibel dan biasa( tak fleksibel). Fleksibel RM199, kalau tak fleksibel RM115 dan keatas.  Kenapa Farizza tak pilih fleksibel sebab Farizza dah masak dengan penahan hidung yang jenis tertanggal dan cepat kotor. Tahu kan yang boleh tertanggal itu. Kalau Farizza pakai sekarang ini penahan hidung plastic hitam memang tak kan cabut, kalau cabut sekali bingkai cabut. Haha.
.
Pilih-pilih hanya RM 495 sahaja. Murah tak untuk power 800. Murah tau. Survey kedai lain, power awak ini tinggi, tak mungkin cermin mata awak RM300 je, mesti kena atas, paling kurang cermin RM600. Penipu lagi satu! Kedai dekat Aeon gak, kedai rahsia, clue? Clue yang dekat dengan kedai Dr.Specs. Bingkai Farizza RM115 dan selebihnya harga cermin. Murah kan. Farizza buat ini hari Jumaat lepas, dapat hari Selasa.
.
Okay nak bagi review kedai DR. Specs 4.9 star.
.
Nak sambung cerita lain…Boleh kan..Hihi..
Bukan ke pelajar UTeM tak boleh balik. Actually, hari Isnin tiba-tiba felo ketuk bilik kami, suruh kami balik. Bila dah sampai destinasi, barulah UTeM keluarkan kenyataan pelajar tidak dinasihatkan untuk balik ke kampung. Kenyataan ini mungkin sebab ada pelajar yang ingin pulang walaupun dah 18/3. Farizza balik waktu felo suruh balik iaitu hari Selasa. Lagipun mama ada kawan yang kawan dengan staf UTeM, mama tahu lebih lama rupanya sebab itu malam Ahad mama call, “ija kemas barang esok balik”. Saya yang masih bergosip dengan kawan saya tiba-tiba terkejut. Memanglah PM kata tutup, tapi UTeM tak cakap pun. Kita tunggu esok pagi. Betul-betul pagi, sebab felo ketuk. Hahaha…
.
Farizza balik around 6 petang dan sampai di PD pukul 10 malam sebab kami mendirikan solat maghrib di rumah Serkam, selepas itu kami singgah isi minyak di petronas Merlimau, singgah di pejabat polis ambil surat, pergi pasaraya MEGA 24 JAM, pergi KFC Merlimau take away, and balik. Dari hari itu sampai sekarang Farizza tak keluar rumah pun kecuali kakak sebab kakak delivery kek dia. Mengadalah yang order ini, buat sendirilah nanti Covid 19 hilang orderlah macam kau tak pernah makan kek. Kenapa Farizza marah? Sebab Farizza yang duduk rumah ini boleh kena tau melalui kakak yang baru balik. Mama always bising, pakai sanitizer, mandi, basuh baju terus. Kami bukan guna sanitizer macam dekat kedai biasa, kami guna sanitizer hospital. Macam mana dapat? Kami curi ke? Ketuk kepala awak semua. Abang ipar saya kerja penghantaran jua tetapi hantar-hantar barang hospital seperti meja, sanitizer dan barang hospital lain. Kami dulu pernah jual sanitizer ini, kerana terlebih ambil stok tetapi waktu itu faham jelah Melayu duk kutuk kami jual sanitizer. Sekarang ini, baru terhegeh-hegeh cari kami untuk sanitizer, maaf hampa habis stok. Kami tak jual timbang kilo nahhh.
.
Nyah Gambar!




Bekas cermin mata khas dari Dr.Specs.



Cermin mata dulu.. nampaklah senget dia kan.


               Cawangan-cawangan Dr. Specs                      Kad cermin mata Dr.Specs.


Boleh rujuk Power Farizza dekat sini tau, silau sekali.Hihi.

  
Tara.. Siap bagi beg lagi..


Ini cermin mata yang senget. Mesti korang kata napa tukar tak nampak senget? Puas dah Farizza kalau without pakai tudung study kat bilik.. Cermin mata sampai hujung batang hidung. Nenek si bongkok tua jadinya. Alahai.. Btw kalau korang nak tahu senget mana.. Belah tangan kiri korang nampak spek dekat dengan kening tetapi belah kanan macam jauh sikit dekat kening. Nampak an an.. Hihihi...


Tak jauh beza pun design kita pilih, sebab rambang mata, dah semua sesuai dekat muka. Cuba perhatikan jarak kening dengan spek sama kan, so dah tak senget. Gitulah kalau korang nak tahu cermin mata seseorang itu senget ke tak?

Ada yang tanya kenapa tak tukar bingkai je? Kenapa Farizza tak tukar bingkai dekat kedai asal Farizza beli cermin mata  dulu sebab design bingkai Farizza pakai dulu dah tak ada. Memang tukang kedai yang lama kata tunggu bingkai awak patah je lah. Aishh..

TQ baca entry Farizza. Bosan kan tu, marilah tulis blog ye awak!






Wednesday, 18 March 2020

AIS KISAR ATAU ICE CREAM? FEEDBACK MYKORI BUKIT BERUANG- MELAKA

15/03/2020
.
Bosan sungguh hari ini, kerja statistics dah siap dan dah hantar dekat u-learn pun. So, kita nak buat apa ye? Keluar rasa malas.
.
(ding ding)
.
Farizza cek notification
.
(Classmate chat)
.
Classmate? Which one? Farizza dah cakap Farizza jenis peramah so keluarlah dengan member ini. Biarlah rahsia. Member ini memang pandai meramal sesuatu tentang orang tapi ada je yang diramal tak betul. Kita manusia kan mana boleh semua kita buat kita yakin akan dapat. Semuanya atas izin Allah. Lebih kurang dia ini pakar psikologi lah. Sangat!
.
Okay, based topic today, Mykori!
.
Mykori buka jam 1 petang sampai 10 malam. Farizza ambil kesempatan sebelum keluar Farizza godek-godek instagram, feedback mykori dan segala bentuk servey.
.
Dalam perjalan pergi Mykori, hujan pun turun. Alahai, tadi dah lah panas, seronok makan panas-panas tetapi tak apalah rahmat Allah jangan ditolak. 
.
Farizza pun masuk dalam Mykori dan order Mount Fuji Kakigori. Member order Kakigori Boru, segala topping and ice cream cek dekat resit di bawah. 


Actually nak ambil gambar sekali dulang dia, tapi member ini cepat sangat dia turunkan dari dulang 😂


Tara... Resit guys!



Cermin mata senget!Abaikan ye anak-anak. Mengada nak main suap-suap! Farizza ingatkan ye member!.

FEEDBACK MYKORI 

Siapa sini minat yougurt, Farizza suggestkan Mont Fuji Kakigori sebab dia bukan kosong je yang macam awak nampak tapi big surprise bila dah nak habis makan ada strawberry and mangga dalam Mont Fuji Kakigori. Tak percaya boleh pergi beli dan tengok betul tak? Big surprise.  Rasa dia sedap, ais dia sangat lembut, dan rasa sejuk ditekak, love gila dengan kisaran ais dia, rasa manis, rasa masam macam yougurt, mangga dia manis jua dan strawberi rasa macam dekat yougurt. Overall sebenarnya rasa nak pergi lagi beli tetapi Covid 19, kita hold dulu.
.
Rasa member punya pula, Kakigori Boru. Ice cream Coconut with mango sauces,yougurt ice, topping oreo crumbs and mango. Rasa sangat sedap, mangga dia manis dan rasa combination mangga with oreo sangat sedap. Menyegarkan, ice cream coconut yang manis dan lembut.So far Farizza sangat suka dan sangat puas hati dengan rasa yang kami pilih. Lepas ini, boleh try yang ada buah kat atas tu, apa namanya ye? Lupa lak? Hihi.
.
Farizza bagi 4.9 star ✔
.
TQ Sudi baca 💛

Tuesday, 17 March 2020

MELANTAK STEAK HUB - KEDAI STEAK MELAKA SEDAP

13/03/2020
.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Mesti lagi menonton televisyen. Musim Covid 19 elok duduk di rumahkan. Begitu jua Farizza. Hari ini dalam jadual biasa Farizza perlu jumpa SME tetapi lain ceritanya kami berkomunikasi melalui media massa sahaja untuk menyiapkan assignment kami. Sebenarnya SME kami sangat senang untuk berinteraksi. Eh? Farizza dah ke tajuk lain. Insha Allah lepas habis assignment bersama SME, Farizza akan share syarikat mana yang Farizza dapat okay?
.
Sekarang Farizza tumpu pada Cafe MELANTAK ni. Cafe MELANTAK dekat mana? Sudah tentu di Melaka. Melantak Cafe ini menyediakan makanan western seperti burger, spagetti, chicken chop dan makanan western yang lain. Harga dekat MELANTAK ini boleh tahan harganya tetapi sangat berbaloi makan. Bagi Farizza Cafeologoy Cafe lagi mahal tetapi ada yang kata MELANTAK Cafe ini mahal ye? Ish Ish.
.
Tak sangka kami berkawan semula tak lama pun, akhirnya kami tak rapat seperti dulu. Siapa? Siapa baca entry sebelum ini tahu yang Farizza berkawan dengan seorang lelaki ini tapi kami dah tak rapat macam dulu. Sebab itu, Farizza ambil langkah spend time dengan kawan Farizza pergi area Pantai Klebang. 
.
Menunggu Aqmal, Amzar dan Darvin agak lama di luar MELANTAK Cafe, jadi kami pun pergi pusing-pusing Pantai Klebang membeli air coconut shake. Ketika itu jam pukul 1:50 petang. Masing-masing mendirikan solat jumaat kecuali Darvin. Farizza pergi bersama team Farizza tetapi dengan Kakak Zana, Hasha dan Hidayah. Isma dan Kak Diyanah masing-masing sibuk menguruskan diri mereka. Biasalah kami tiada kelas hari Jumaat. Adil lah tu, hari Isnin mesti nak ada di fakulti sebelum pukul 8. Bas ada pukul 7:30 pagi, ,masuk bas pukul 7:00 pagi. Lambat 10 minit, bas full kena berdiri. Aish..
.
Kami sibuk membeli air coconut shake, mereka dah pun sampai di depan MELANTAK Cafe. Time orang tunggu tak mau datang, time orang merayap baru sampai. Kami berenam masuk ke kedai MELANTAK Cafe.

.
Seronoknya bila sampai MELANTAK Cafe ini, dia beri buku menu setiap sorang selepas itu, dah habis tulis order di kertas tak perlu beratur di kaunter hanya tekan button Order yang ada pada bekas sudu,garfu dan pisau. Mereka datang dan kutip order. Jangan risau kedai MELANTAK Cafe ini sangatlah bersih dan disediakan toilet serta tempat basuh tangan. Farizza tahu Farizza promosikan kedai waktu Covid 19 buat apa? Kedai bukan buka, nak keluar pun ketua keluarga je kan. Farizza saja share, mana tahu korang plan nak bercuti selepas habis Covid 19 ni. Boleh letak list. Blog Farizza ini rata-rata banyak kedai western di melaka. Ceklah ye, godek-godek di bawah. 
.
Menunggu makanan sampai, yang pasti setiap kali order makanan Farizza pasti jadi yang terakhir.😞. Tak apalah dah biasa sebab order mengarut lagi. Hahaha..Mereka pun dah mula makan, Farizza tak sah tak ambil gambar lepas tu jadi orang terakhir makan. Kakak pernah kata nak cari calon kena sama kepala, kalau sorang kampung sorang western macam manalah kau. Okay, next topic. Kita single bagus.Melihat Amzar yang dari Kelantan , mereka tidak makan peds tetapi mereka dapat nasi goreng Chicken Chop pedas jadi kami pun order air kosong/jarang/masak. Kami tunggu, punya tunggu sampai Amzar habis makan, muka merah kembali neutral air masak itu tak sampai. Allah, rasa nak bangun nak cakap air masak kena buat ke? Tak pelah Farizza kan sabar jadi Farizza luah di sini. Hahaha. Makana Farizza tak pedas tapi Farizza jenis empati, rasa apa yang orang rasa sebab itu Farizza takut terguris hati sesiapa
.
Farizza of course jenis sentap lebih!. So rasa menyampah boleh blah. Tapi rata-rata orang kata Farizza peramah. Konsep Farizza senang kau tak ganggu aku, aku tak ganggu. Gitulah. Selagi orang tak kenal Farizza, tolong jangan cakap apa-apa pasal Farizza sebab Farizza senang-senang dapat pahala free nak.. Hahaha...


Onion Rings- RM8.00. Sangat sedap, Farizza makan ini last sekali, so perut sangat-sangat penuh!


Inilah rupa nasi goreng Chicken Chop dia. Nasi dia pedas sebab cili padi banyak. hahaha



Farizza order Spagetti Oglio Bolognese around Rm18 lebih. Maaf tak ingat harga, resit dekat tangan kak Zana. Sangat sedap, cukup rasa dan sangat kenyang!


Super pemalas nak make up!
.
Gambar di atas sebenarnya tak cukup sebab kami datang pun dah lapar, jadi masing-masing dah tarah dulu. Farizza cuba sedaya upaya untuk minta makanan kawan lainnya gambar..
.
Farizza bagi 4 love 💛💛💛💛

Thursday, 5 March 2020

CAFE PREMIUM MELAKA. COFEOLOGY CAFE (REVIEW)- MELAKA

Cofeology Cafe-Bukit Beruang bersebelahan TWS.
.
Baru sahaja menjamah nasi goreng cendawan dekat Mydin dengan kak Zana, terus si dia chat kita ajak keluar pergi sambut birthday dia. Farizza letak jelah dalam beg kertas. Tq Heeladina.men sebab jual hadiah-hadiah untuk lelaki. Boleh visit ig @heeladina.men.


.
Dia boyfriend ke? Ehek.. Masih dalam tempoh kawan lagi. Moga-moga ada jodoh dengan si dia. Aamiin. Alamak meluat pulak pembaca baca nanti. Farizza tahu Farizza still youngest. Insha Allah, semoga mencapai impian suatu hari nanti.
.
Farizza ini belum packing lagi hadiah dia. Maklum birthday dia bulan 2, 27/2.Tahun rahsia. Farizza balik tu, dah lupa nak beli reben. Sedih sangat tu, plan nak sambut hari Sabtu, tapi tukar plan hari Jumaat. Hari Khamis kita bagi family dia sambut. Kenapa dengan Sabtu? Sabtu dia balik kampung sambut birthday mak cik dia 29/2. Mujur tahun ni ada 29 hari bulan. 
.
Melangkah masuk cafe Cofeology, seorang gadis bertanya "datang berapa orang?" lalu Farizza menjawap 2 orang, tapi sorang lagi dalam perjalanan. Gadis cafe itu membalas, boleh pergi tempat duduk atas sana. Farizza mengorak langkah ke arah hujung meja. Seorang pelayan lelaki datang, lalu bertanya 2 orang ye? Farizza jawap dengan yakin "Ye".  Pelayan itu menyediakan 2 set garfu, sudu dan pisau di atas meja. 
.
Alamak dia dari negeri sebelah. Tunggulah 1 jam, dia pun muncul. Jam menunjukkan pukul 5, Farizza meminta izin kepada gadis cafe untuk menjemput masuk si Dia. Si Dia membontoti Farizza sehingga ke tempat duduk.
.
Si Dia: Lama ke?
Farizza: Agaklah
Si Dia: Sorry, jalan jam.
Farizza: Dah agak dah, area Melaka selalu jam.
.
Dalam hati, jauhnya dia dari Johor ke Melaka.Terima kasih awak dalam hati. Farizza selalu pendam kalau dia buat Farizza happy. Farizza appreciate sebab dia nak datang naik motor tapi motor masuk bengkel, sanggup pinjam kereta mama dia ye. Hihi. Apa Farizza rasa Farizza tak pernah nak bagitahu dia. Farizza tak tahu kenapa? Apa yang boleh buat Farizza ialah jangan berharap sangat, takut kecewa.
.
Belek-belek buku Menu walaupun dah tahu isi kandungan buku menu sebelum pergi sebab DM dekat ig cofeologycafe.
.
Ada juga nak decorate semua itu, tapi si dia dah warning jangan buat, takut ada hal. Mujur dengar kata dia, Farizza ini. Hihi.Eh! Apa lebih-lebih cakap tentang si dia ini, Farizza nak share ke menu dia?
.
MENU DAN HARGA DI COFEOLOGY CAFE




Menu daripada Cofeology Cafe. So yang malu tanya tu boleh refer kat sini!

Farizza pun dengan dia belek-belek kami pilih menu yang sama iaitu Aglio e Olio with Chicken Ham. Order air semua itu, order juga kek buat dia iaitu chocolate moist. Pelayan siap offer pasang lagu, tapi dia tolak. Farizza pun hormat kehendak dia. Hati orang kena jaga jua tau.


Nama dia memang tak letaklah, rahsia antara kita berdua.


Eh Feedback mana?

Farizza rasa Oglio dia memang sedap, air chocolate dia sedap. Kek dia sangat-sangat sedap. Harga sangat berpatutan. Kami makan berdua hanya RM60 sahaja. Murahkan. Actually, tengok resit agak terkejut sebab banyak potongan ye!. Seronok sangat sebab keadaan cafe yang aman, sejuk, bunyi lagu alah-alah cafe luar negara kau. Kelas Jah. Hihi. Staf dan pekerja yang sangat baik dan layanan tip top.

Farizza bagi ⭐⭐⭐⭐⭐






KEDAI WESTERN MELAKA TERBAIK. TWS The Windmill Station (REVIEW)- MELAKA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
.
Farizza nak share feedback pergi ke restoran TWS Cafe. Farizza rasa seronok sangat sebab makanan dia sedap dan service dia sangat cepat. Farizza juga seronok tengok perkhidmatan mereka sediakan iaitu mereka mengadakan perkhidmatan sambutan hari jadi. Btw, datang sini ingin menjamah makanan sahaja. Ketika Farizza di sana ada 2 kumpulan sambut birthday. Pelayan akan bawa kek dan diiringi dengan lagu "Happy Birthday",alahai seronoknya dan sweetnya.
.
Kak Syazana lah mengajak kami ke sini. Farizza share menu dan harga TWS CAFE MELAKA
.

















DAH TENGOK MENU!JOM TENGOK APA KAMI ORDER!.




Onion Rings-rm7.90


Orange Juice and Apple Juice.. I'm prefer Apple Juice


Mee goreng special- RM11.90






Nasi Goreng Cili Padi Set

Tomyam Sup
Single Scoop ice cream-Vanilla flavour(maaf dah ratah dulu tak de gambar)



Nasi Goreng Cendawan- RM9.90


Spicy Chicken Burger- RM15.90


Semuanya sedap, Farizza makan spicy chicken burger dan onion rings. Sedap sangat dan terlampau kenyang nasib Kak Diyanah habiskan, btw kak Diyanah dan kak Zana order Nasi goreng cili padi but Farizza show yang set je.. Kalau tak set dapat Nasi goreng cili padi sahaja.Nak tahu harga kesemuanya tak? Boleh tengok dekat bawah!.


Inilah hasilnya.


Kami berlima sahaja, Isma dan Hasha masing-masing sibuk.Depan sekali Kak Syazana iaitu kak Zana. Berbaju biru dan senyum ada gigi tu Kak Diyanah, sebelah kak Diyanah ialah Hidayah. Depan Hidayah, Eliza dan sebelah El tentu Farizza.
.
FARIZZA BAGI ⭐⭐⭐⭐!
.