RAYA 2019
Assalammualaikum
dan selamat sejahtera semua. Saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf
zahir dan batin kepada semua kenalan saya dan pembaca blog saya. Walaupun raya
sudah lama bersua, saya ingin kongsikan kegembiraan di pagi Syawal yang indah
ini. Saya baru kesempatan ingin menulis blog kerana saya kekangan masa untuk
menulis entry.
Pagi 1 Syawal
iaitu 5/6/2019, rutin kami sekeluarga sebelum beraya mesti bersalam-salaman dan
mengambil foto bersama sebagai kenangan raya tahun ini. Pertama kali pada
setiap raya, kami akan beraya di rumah
saudara. Memandangkan nenek sebelah mama saya sudah tiada jadi kami kunjung
mengunjung rumah nenek sebelah ayah.
Eh2 anting2..
Hahaha.. Sebenarnya kedua-dua kakak saya melarang saya memakai anting-anting
yang saya gayakan itu. Biasalah orang pakai anting-anting di tudung semestinya
betul-betul tepi pipi tapi saya di bawah telinga jadi design itu seakan mahu
kene kecaman lagi.. Sudah-sudahlah raya tahun lepas saya kene kecam gara-gara
memakai inner silang yang tidak sesuai dengan bentuk wajah!. Alhamdulliah raya
tahun ini saya belum dapat kecaman. Eh! Macam nak rasa kene kecam pulak kan..
Haha. Anting-anting from ig shop nellyffearings dan bawal behave daripada ig catresscarves. Bag Pearl Liz daripada ig thewardroberehab
Saya kongsikan
gambar nenek sebelah ayah saya. Tema tahun ini untuk keluarga saya warna hijau
pekat seakan-akan warna askar gitu.. hihi.. Pada sebelah kiri iaitu kakak saya
yang kedua bersama suaminya dan anaknya. Mereka mendirikan rumah tangga dua
tahun lepas dan dikurniakan anak cleft. Alhamdulliah mereka masih membuat
pemeriksaan di Pantai Hospital KL. Sebelah kanan pula kakak sulung saya bersama
suami tercinta dan mereka dikurniakan 2 orang anak. Alhamdulliah mereka
mendapat cahaya mata perempuan dan lelaki. Semestinya saya yang sedang duduk
dibawah lantai, adat orang jawa tetap diwarisi. Di atas saya, iaitu mama saya,
diikuti nenek belah ayah dan ayah saya.
Kami sempat
beraya 3 buah rumah dan semua itu rumah nenek , selain nenek kandung ayah saya
semestinya adik beradik nenek belah ayah saya. Kami mula beraya pada jam 11
pagi dan kami balik dalam pukul 2 petang. Memang rasa seronok berjumpa dengan
saudara mara tetapi penat kegembiraan terukir di jiwa. Balik rumah terus
mendirikan solat zohor dan berehat sekejap dengan penghawa dingin yang baru
dipasang 3 hari sebelum hari Raya hari itu. Kesemua bilik sudah dipasang
penghawa dingin kecuali bilik saya dan akhirnya ada juga penghawa dingin buat
bilik saya. Kelas kau, kat kampung ada aircond walaupun line internet macam
kura-kura. Hahaha..
Back to story
mengenai Tema Raya Hari Pertama. Saya ingin tegaskan, mungkin ada yang menjadi
sakit hati melihat saya bersama dengan mama dan ayah saya mengenakan warna
hijau pekat seakan tua itu di pagi raya pertama. Saya berkata begini kerana
mana tahu warna sama seperti awak, awak ada fikir saya mengitip ke apa ke.
Sebenarnya tidak!.Kalau pembaca ingin tahu sebelum saya melaram pakai baju raya
itu, saya langsung tidak decide warna apa yang saya patut pakai hari raya
pertama. Walaupun ye saya ini anak bongsu tidak semestinya Farizza ini decide
persiapan hari raya. Warna baju raya hari pertama ini, mama saya yang pilih
warna, mama saya pilih design dan mama saya decide dengan mak cik saya, kain
itu dibuat baju kurung. Mak cik saya seorang penjahit tetapi tidak aktif sangat
kerana masalah kesihatan. Jadi disini, saya harap yang membenci saya, tidak
berfikir negatif. Saya tidak kesah anda tidak menyukai saya tetapi jangan anda
memfitnah saya. Saya berkata begini bukan tidak bersikap matang tetapi ini
terjadi raya tahun lepas.. Bad story forever raya tahun lepas kene kecam malam
1 Syawal.
Baiklah, saya
sambung story raya. Pada sebelah petang jam 3 petang kami bertolak menuju ke
rumah adik beradik tiri belah mama saya. So saya make up simple je, Memakan masa untuk menuju ke rumah mak
cik tiri saya kerana berbeza haluan. Kiranya kami berada di tengah-tengah. Kami
bertolak ke arah kanan untuk berjumpa mak cik tiri yang tua dan dalam
pukul 5 petang kami ke arah kiri untuk
ke rumah mak cik tiri lagi satu. Jam
menunjukkan 6:30 petang jadi kami pulang ke rumah. Okay stop sampai sini raya
pertama.
Raya kedua pula,
kami tidak ke mana-mana. Waktu pagi pukul 7 pagi saya dan mama saya menyiapkan
juadah iaitu laksa, rendang ayam, ketupat, kuah kacang, dan lontong. Kami siap
dalam pukul 1 petang. Lama ketidak? Lamakan. Kedua-dua kakak saya habiskan
waktu beraya di rumah saudara mara belah suami mereka. Sebelah petang
seakan-akan badan terasa berat jadi kami habiskan masa untuk tidur. Pada pukul
5 petang, saya, ibu bapa dan mak cik saya pergi ke pekan untuk membeli lampu
kerana lampu bilik air mati. Saya sempat singgah Watson, walaupun promo habis
tetap ingin membeli satu atau dua barang. Kami pulang sahaja, rumah sudah
dipenuhi dengan susunan kereta dan kedengaran gelak ketawa pak cik dan anak
saudara belah mama saya yang berada di berandar. Saya melangkah kaki ke pintu, kelihatan anak
saudara seronok menjamu selera, mak cik-mak cik bersembang-sembang dan
budak-budak seronok bermain bersama anak buah saya. Mujur, kakak sulung dan
abang ipar saya pulang jadi mereka melayan tetamu dahulu. The end second Eid.
Hari keesokannya
kami sambung beraya ke rumah adik beradik nenek belah ayah dan rumah mentua
kakak kedua saya. Senang cerita bila abang ipar asal sekampung. Hihihiks.. Saya
mengayakan tudung bawal curve daripada ig shop top_hijab dan baju kebaya sulam
dyan berserta pario songket daripada ig shop Byhisdaisy. Terima kasih juga
kepada ds Sis Wan sebab deal baju kebaya dengan saya. Layanan yang diberi oleh
Sis Wan memang cukup perfect. Saya sudah lama beli baju kebaya ini dari bulan
Mac. So saya nak tegaskan kat sini, if sama lagi, awak tak suka. Saya nak
ingatkan awak baju raya awak mesti beli bulan Mei kan. Jadi jangan
memandai-mandai fikir Farizza stalk awak.
Macam Farizza tak ada kerja kan. So far, baju kebaya daripada Byhisdaisy ini memang super letop
sebab jahitan sulaman pada kebaya sangat kemas dan warna pario songket sama
seperti katalog yang diberi. So perfect!. Bawal Curve apa kurangnya, on point
gitu!.
Hari Raya ke-4,
kami menghadiri majlis rumah terbuka abang ipar sulung pada waktu malam. Pada
waktu ini saya tidak sempat nak ambik gambar suasana rumah terbuka kerana masa
terhad. Kami sambung beraya rumah atuk belah ayah saya yang betul-betul
terletak di depan sekolah menengah saya. Rindu pula nak sekolah menengah lagi.
Aish, banyak semut sangat waktu remaja dulu kan. Kita buang ketepi.
Hihihikss. Pada waktu ini kami dah dua
kali datang ingin beraya, anak atuk iaitu pak cik saya suruh tunggu kerana atuk
dalam perjalanan pulang. Pada waktu pertama datang, atuk kami tiada di rumah.
Syukur kali kedua ada. Kami ambil kesempatan mengambil gambar. Setiap hari
raya, rumah paling wajib ambil gambar. Keunikan kayu yang tahan lama itu
menjadi nostalgia buat kami. Hahaha..
Lupa pula saya
dan mama saya pakai baju one set daripada Jasmina Collection. Setiap kali event
tak sah tak pakai baju daripada Jasmina. Kami kenal Jasmina ini pada tahun
2017.
Akhir kata,
tunggu entry rumah terbuka daripada tempat kerja mama dan ayah saya!
Assalammualaikum dan selamat membaca.
No comments:
Post a Comment