OPEN HOUSE RAYA SIME DARBY – MITC MELAKA
14/6/19-Jumaat
Assalammualaikum dan selamat
sejahtera. Kembali lagi dalam entry saya kali ini. Saya nak guna ayat sms boleh
ye? Malas pulak nak tulis ayat baku. Okay entry kali ini mengenai open house
anjuran sime darby. Macam biasa ayah dan mama saya bekerja di sime darby. Cuma
tempat berbeza. Mama saya di Melaka dan ayah saya di Negeri Sembilan. Kali ini,
ayah saya tidak dapat hadir jadi saya dan mama saya hadir serta meyiapkan
persiapan open house.
Seawal pukul 11:00 pagi kami
sudah bersiap-siap menuju ke Mitc. Mama saya ambil saya dari rumah lalu ke
Mitc. Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah hari, kami masuk menujuk ke arah dewan
yang diadakan open house. Saya ditugaskan menjaga duit raya daripada pihak Sime
Darby. Mama saya dan team office menyediakan tempat-tempat assistant, manager,
HR, artis dan tempat kami jua mengikut perancangan semua pihak. Pada jam 1:30
petang kami bersiap-siap di bilik persalinan. Keadaan bilik persalinan amat
kondusif dan cantik. Sebelum kami bersiap-siap, kami juga menyediakan goodies
bag yang berisi bahulu bunga pecah 8 dan dodol pelbagai perisa. Keaadaan yang
kondusif, dapat membantu bersiap dengan tenang dan selamat.π
Sementara menunggu team Mama bersiap, kita selfie duluπ
Pada jam 2:00 petang, saya duduk
tempat yang disediakan. Mengikut perancangan yang ditetapkan, team office dan
saya perlu duduk bersama artis yang dijemput. Saya jadi tunggul di tempat duduk
kerana mama dan team office membuat tugasan mereka seperti menjemput tetamu,
mengiringi tetamu, menyusun hadiah cabutan bertuah, memberi arahan kepada PA
system dan memberitahu perancangan majlis kepada pengacara iaitu Along Spring
tak silap. Bila masa aku buat karangan ini! Cish! Haha..π
Ketika menunggu tetamu hadir,
saya sambil itu menyelongkah Instagram supaya keadaan tidak kekok.π
Beg berisi
duit raya bukanlah ringan. Nak juga Farizza ini kehulur kehilir bawak beg tu
buat apa kan. πSo kita duduk je. Jam 4:00 petang tetamu mula hadir, kerusi yang
disediakan sudah penuh diduduki oleh tetamu. Suasana riang kedengaran apabila
kanak-kanak beratur mengambil ice cream. Ketika ini, saya sebenarnya kalau nak
ikutkan saya tak boleh makan apa-apa. Nak tahu sebab apa? Sebab gusi saya
bengkak angkara mata ikan. Paling best mata ikan itu ada betul-betul hujung
gigi belah kanan. Bila makan, gigi atas gigi taring. Auch! Tak terkata.π Makan
belah kiri pun belum tentu boleh.. Habis
tu makan macam mana? Telan.. Haha..
Majlis bermula pada jam 5:30
petang, VVIP mula masuk ke dalam dewan Mitc itu dan diiringi oleh assistant
serta team office mama. Okay, saya tak bosan mama saya ada disebelah.
Hihihiks.. Kami mendengar sepatah dua sebelum menjamu selera. Ketika menjamu
selera kami menyaksikan persembahan tarian. Disini saya kongsikan gambar
makanan yang sedia terletak di meja. Walaupun saya hanya telan sahaja, saya
dapat rasa nasi hujan panas dan ayam rendang sangat enak. Mama saya juga suka
sangat dengan hidangan laksa lemak nyonya yang disediakan oleh pihak Mitc. Mama
saya sampaikan balik dia buat laksa lemak nyonya. Tidak mengapa hari itu saya
tidak dapat makan. Saya dapat makan akhirnya dan mama beritahu saya rasanya
seperti di open house hari itu. Gembira saya. Hahaha..
Dap.. dap.. Sedapπ
Selepas saya makan nasi hujan
panas itu, saya terus fokus kepada artis yang dijemput. Mana tidak sengsara nak
makan terpaksa minum air bandung yang disediakan sahaja. Sedih betul hidup
ketika itu. Jika tidak, pasti Farizza makan macam bela saka. Saya terus fokus kepada
penyanyi dan semestinya saya tidak tahu siapa artis yang dijemput.
Mereka cuma memberitahu sediakan 3 kerusi kosong. Baik, saya mendengar arahan.
Saya kongsikan gambar bersama artis Aqmal, Siti Noriana dan Emma. Apabila
duduk semeja tak akan buat tunggul kut. Tidak kesah artis itu popular atau
tidak tetap Farizza ambil gambar. Mula-mula, ada rasa malu juga. Kita bukan
turun stage malam-malam minggu macam kawan kita itu.. Siap bergambar dengan artis
pujaan. Kita tengok dari jauh je, tengok dari ig. Maklum, Farizza 24h with
family, study n herself!. Friend? Rindu gila dengan diorang, apa boleh buat ws
je lah kan.. Apa pun suara diorang memang merdu, lunak dan tak ada cacat cela pun. So good job!πππ
Jam berdetik dengan laju, jam
menunjukkan pukul 7:30 malam, majlis open house bersurai. Team mama dan bos
mengambil gambar bersama-sama. Farizza? Mengambil barang di bilik persalinan. Bila
muncul di sesi gambar, mereka pula masuk bilik persalinan. Farizza? Jaga beg
kawan-kawan mama. Gelak lah tu. Siapa gelak berdosa. Haha.. Gurau je. Rileks
lah. Okay after that, balik PD berjumpa ayah.Penat..πͺ
.
.
The end!π
No comments:
Post a Comment