TRAVEL- MELAKA (VISIT MELAKA 2019)
Assalammualaikum
dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya. Hari ini saya ingin kongsi
kepada awak semua pengalaman saya bercuti di Melaka. Ceh! Sebenarnya sebelum
ini saya dah pergi melancong di Melaka pun. Lagi-lagi saya memang tetap di sini
tetapi saya sibuk, tiada masa nak bercuti-cuti.😁
19/06/2019
Hari Rabu yang lepas, ketika jam
6 petang saya sudah bersiap untuk menuju ke Pasar Merlimau dan sambil itu saya
menunggu mama saya pulang dari tempat kerja. Apabila mama saya pulang, saya
terus keluar dan masuk ke dalam kereta. Memandangkan rumah berada di tepi jalan
besar, mengambil masa lama sedikit untuk melintas ketika waktu puncak ini.
Tiba-tiba kakak sulung, abang ipar, anak buah dan mak cik saya yang tinggal di
Selangor muncul di persimpangan itu. Setelah mereka tiba, kami pun pergi
bersama mereka ke pasar. Mereka seperti rusa masuk kampung kerana melihat
jualan di pasar Merlimau jauh beza di pasar kampung halaman saya. Mereka
membeli makanan seakan esok tiada. Hahaha.. Ketika itu juga kami sempat membawa
mereka ke kedai Ayam Penyet dan kami membawa jalan-jalan kampung disitu.😊
Mereka amat suka akan makanan
yang dijual di pasar Merlimau kerana rasa yang sedap dan bersih. Ketika jam 10
malam, biasanya 2 orang anak buah saya akan ditidurkan dengan cara membawa
mereka jalan-jalan. Saya mengikuti mereka dan menunjukkan jalan lain seperti
jalan ke kedai Mega 24hours, Fresco dan kedai RM2. 2 anak buah saya tidur
dengan nyenyak maka kami pulang ke rumah.
20/06/2019
Mama saya tidak menyangka mereka
ingin datang ke sini jadi mama saya tidak mengambil cuti. Waktu pagi itu saya
sepatutnya ada belajar naik kereta tetapi ditangguhkan maka kami bersiap menuju
ke bandaraya Melaka. Kami ke sana dengan bantuan google maps dan Farizza. Saya
lah tu. Ketika sampai di Taming Sari, kelihatan suasana aman dan tiada ramai
pelancong. Tahun lepas kami pergi ke Taming Sari dan kelihatan ramai sangat pelancong kerana
waktu cuti sekolah. Kami naik Taming
Sari dan melihat permandangan buat kali kedua tetapi bagi anak buah saya yang
muda dan mak cik saya, kali pertama mereka merasai nikmat menaiki Taming Sari.
Kawasan di tepi Taming Sari sepatutnya ada peniaga yang menjual cenderhati
tetapi waktu hari biasa mereka tidak menjalankan perniagaan.
Bayaran naik Taming Sari tahun
2019 bagi dewasa RM17, warga emas RM9, kanak-kanak bawah 2 tahun free,
Kanak-kanak atas 2 tahun Rm11. Bagi pelancong asing, dewasa RM23, kanak-kanak
RM15.
Selepas selesai kami menaiki
Taming Sari, kami menaiki beca. Bayaran menaiki beca tahun 2019 utuk bajet
murah RM25. RM25 boleh naik 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Kami
menempah 2 beca jadi saya bersama mak cik serta anak buah yang tua manakala
kakak saya, abang ipar saya dan anak buah yang muda menaiki lagi satu beca.
Pengalaman naik beca ini pertama kali kerana tahun lepas kami tersuntuk masa.
Sekiranya awak ingin menaiki beca
bagi bajet murah, mereka akn bawa awak di tempat-tempat terdekat sahaja seperti
gambar di bawah. Pendapat saya bayaran amat
berbaloi kerana kawasan yang mereka bawa cantik dan mengenai sejarah Melaka.
Pertama kali saya datang ke Melaka ketika usia 6 tahun, ketika itu rombongan
tadika ke Zoo. Saya masih teringat pengalaman saya menyentuh Buaya. Ketika itu,
keluarga saya turut serta ke Zoo dan mereka sedang berbual-bual. Kawan saya
perempuan, dia menyuruh saya menyentuh
buaya itu, maka saya sentuh lah. Kakak tengah saya perasan kerana kami berdua
duduk diam sahaja, rupanya ada hela yang dibuatnya. Terus mama dan kakak saya
bawa saya ke tempat lain. Nakal gitu. Hihihi.
Jam menunjukkan pukul 12
tengahari maka kami menuju ke Batu Berendam untuk membeli kuih keria, coconut
shake dan air kelapa lemon. Kami tidak makan disitu, tetapi kami makan di Yok
Mamper Café kerana mereka menyediakan makanan mengikut adat kami iaitu Nasi
Ambeng. Tidak terkira rasanya saya menikmati nasi ambeng kerana sebelum ini
saya kerap ke kedai ini. Pekerja disitu salah satunya sudah menjadi kawan karib
mama saya. Saya berpendapat sekiranya ada yang teringin makan nasi ambeng boleh
datang ke Yok Mamper Café kerana rasa sedap, lauk pauk yang ada di nasi ambeng
itu cukup tidak seperti di kawasan halaman saya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya
sekiranya ingin makan di Batu Berendam. Awak semua boleh makan di sana,
terdapat nasi ayam, nasi lemak, kuih keria, donut, mee dan sebagainya. Jika
anda kuatir anak anda tidak gemar makan nasi anda boleh membeli makanan ringan
di situ. Saya sebenarnya tidak ingat nama umum makan ringan itu, Bahasa mudah,
makanan dicucuk-cucuk yang terdapat ketam, fishball dan hotdog. Harap awak
semua dapat imagine macam mana
makanan ringan itu.
Kami pulang ke rumah terus
mendirikan solat dan berehat sekejap. Jam 5 petang, kami keluar ke pekan
Merlimau. Katanya ada teringin Pizza jadi saya bawa mereka kesana dan sambil
itu saya dah tunjuk jalankan apa lagi saya minta mereka pergi ke Cool blog
untuk menikmati edisi terbaru iaitu edisi Unicorn. Saya memilih Unicool
Twinkle. Mengikut gambar yang saya letak ini tiada bubble kerana dari dulu saya
memang tidak suka bubble. Entah mengapa, bila artikel bubble tu haram lah, menggemukkan
lah, membunuhkan lah langsung saya tidak peduli. Hahaha.. Saya tak makan, buat
apa saya peduli !.
Selepas mama saya pulang pada jam
6:30 petang, kami menunggu mama saya bersiap. Pukul 6:50 petang kami bertolak
ke Serkam Seafood. Kami makan malam di
sana dan first time dapat nikmat kena belanja oleh abang ipar dan mak cik saya.
Makanan yang saya kongsikan ini berharga RM119 semuanya. Mana tak selama ini mama saya yang tanggung
makanan mereka. Orang kampung kata habis duit (nama abang ipar) saya . Saya
memang tutup nama, malas nak kecoh. Kalau holiday mama saya benci perkara
inilah. Please lah orang kampung nak judge family I, ask I everything. I’am know
well!!!!!!!!!!! Mengamuk dah Farizza.
The end untuk hari Khamis.
21/06/2019
Hari last holiday, pagi itu
memang saya sibuk dengan urusan belajar kereta jadi mereka pergi ke kedai yang
menjual nasi lemak, mee kari dan rojak yang sedap. Kedai tersebut berada di
tepi jalan yang bersebelahan kedai Sejati, Maybank dan 7 Eleven. Saya belum
pernah rasa lagi, jadi next holiday, Insya Allah saya akan kongsi gambar
makanan, harga dan kawasan kedai itu. Kedai itu terletak di Merlimau dan kedai
itu kecil sahaja. Sementara saya tunggu mama saya balik tengahari kerana mama
saya kerja setengah hari sahaja saya bersiap-siap packing baju dan barang yang
saya perlu bawa kerana saya akan pergi holiday dengan parents,kakak kedua dan abang
ipar. Holiday ke mana? Tengok next post saya akan datang okay. Kakak sulung dan
abng ipar first tak join kerana mereka tiada pengangkutan yang kukuh ke
sana. Mak cik saya pula ngada-ngada
orang ajak, dia tidak mahu . Sabar sahaja!
Sebelum saya menamatkan coretan saya
ini, saya nak share ketika kami
dalam perjalanan pulang ke PD, kami singgah kedai yang jual durian IOI berada
di Bemban. Terliur tidak?
Baiklah, disini sahaja coretan
saya! Tunggu share next travel di ???
Jawap sendiri. Jawapan ada dekat Instagram dengan facebook. Saya akan kongsikan
pengalaman saya di sana selama 2 hari sahaja.
Bye..
No comments:
Post a Comment