Thursday, 8 August 2019

CAMERON HIGLANDS



PART 2- TRAVEL CAMERON HIGHLANDS



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa dah lama tak uptade blog. Kali ini Farizza pergi ke Cameron Highlands kali kedua so Farizza hendak tambah sedikit feedback tempat menarik di Cameron Highlands walaupun pergi tempat yang sama dan ada penambahan tempat sedikit.

Hari Sabtu lalu Farizza pergi ke Cameron Highlands dan menuju ke Aidilbadri Strawberi. Sebelum ini Farizza ada kongsikan Farizza memetik buah strawberikan, kali ini Farizza fokus kepada bahagian luar kerana tempat memetik buah ditutup. Sampai sahaja Cameron dalam jam 1:30 tengah hari, banyak kereta sudah tersusun parking ditepi-tepi kawasan taman Sedia itu.

 Mujur, ada parking jadi kami singgah ke sana balik. Aduh, pekerja sana mesti perasan kami datang sudah dua kali. Kali ini Farizza bawa makcik Farizza, kakak sulung Farizza, abang ipar sulung dan anak buah Farizza jadi kami membawa mereka ke tempat yang kami pergi bulan lepas. Kami fokus membeli aiskrim yougurt strawberi, aiskrim Malaysia strawberi dan aiskrim cup Strawberi.
Di bawah ini Farizza sertakan gambar aiskrim Malaysia strawberi dan aiskrim yougurt strawberi. Tak sempat nak ambil gambar aiskrim cup Strawberi sebab anak buah dah tak sabar nak merasa. Maaf. Boleh cari kat google okay.. Hihi.

AIDILBADRI STRAWBERI 


RM6 



RM15(10 batang)

Feedback Farizza aiskrim yougurt strawberi sedap kerana tidak terlampau manis dan dihiaskan dengan strawberi manakala Aiskrim Malaysia Strawberi memang sangat manis dan terdapat cebisan strawberi. Yummy!. Aiskrim cup Strawberi apa kurangnya memang sedap dan manis menyebabkan anak buah 1 tahun hendak makan lagi.

Area Aidilbadri Strawberi terdapat tempat Abang Strawberi. Abang Strawberi menyediakan nasi Strawberi, waffle strawberi dan tempat memetik buah strawberi. Farizza fokus waffle di tempat Abang Strawberi kerana rasanya enak sekali. Satu waffle jatuh Rm10 sahaja. Bagi Farizza sangat berbaloi kerana rasanya sangat enak yang menyebabkan Farizza repeat dua kali guys.. SEDAP GILA WAFFLE STRAWBERI ABANG STRAWBERI NI!. ORDER GUYS, JANGAN TAK ORDER.

ABANG STRAWBERI




RM10

Okay guys, after that kami terus ke rumah sewa dan rehat sebentar. Waktu senja semakin menjelma jadi kami menuju ke Pasar Golden Hill, kami tak sempat nak ambil gambar sebab terlampau ramai orang dan jalan sesak jadi Farizza sertakan gambar yang ada je ye. Farizza ada beli buah strawberi 2 pack RM15 jadi Farizza beli 4 pack. 3 pack untuk kawan kesayangan dan 1 pack sis Nina nak buat kek. Mama dan mak cik beli jagung, keledek, buah limau dan sayur-sayuran. Kakak tengah dan suami dia lari dulu sebab sesak jadi mereka beli minuman sahaja.

GOLDEN HILLS



Buah limau sangat sedap dan manis, 4 biji RM10. Sayur, 5 biji RM10 juga.

Azan Maghrib menjelma kami pun  masih di jalan kerana jalan sesak untuk menuju ke rumah sewa di Taman Sedia itu, Maghrib hampir menamatkan riwayatnya maka Farizza berlari terus membuang make up lalu sembayang Maghrib. Malam itu cukup penat kerana dari pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari baru sampai Cameron. Kami banyak berhenti di tempat perhentian R&R kerana abang ipar dan ayah asyik ke tandas. Masing-masing mulut tak berhenti makan, mujur saya naik kereta dengan kakak tengah dan suaminya. Kami banyak berborak dan bermain dengan Haffaz, si baby Cleft.  Sempat lagi mereka membeli satay di bawah kerana kami duduk rumah kedai, mujur duduk tingkat 3.

Pada keesokkan harinya, kami gerak seawal 8:30 pagi kerana kami ingin menuju ke KEA FARM. Waktu itu jalan kurang sesak dan kami masuk untuk parking kereta di dalam. Sesetengah orang yang tidak ingin mengeluarkan wang untuk parking mereka parking di tepi-tepi jalan menyebabkan jalan semakin sempit.

Suasana dan cuaca di sana dalam keadaan baik, tidak terlampau panas dan tidak hujan. Sebelum ini saya dapat menikmati musim hujan. Memang rasa seronok ketika hujan kerana angin sejuk menambah rasa diri seolah-olah berada di luar negara. Cek tittle Cameron Higlands untuk lihat suasana hujan. Walaupun sebelum ini saya pergi ketika hujan kami masih boleh bergerak ke mana-mana. Eh, cerita yang bulan lepas buat apa? HAHA..

KEA FARM



Gambar ini saya titipkan untuk semua, cuaca panas plus sejuk ini menyebabkan saya tidak memakai sweater atau hoodie. Menyibuk pulak orang belakang tu nak join ambik gambar sekali. Mula-mula Farizza dah nampak line clear tau, bila masa entah dia wujud! Hahaha!!!!.

Selepas itu kami pergi ke Cameron Valley, tempat hari itu kami pergi sebab nak beli buah tangan untuk kawan-kawan dan diri sendiri. Kami tidak turun ke ladang sebab dah ada pengalaman, memang tak nak turun walaupun view cantik. Penat tak terkata jadi kami hanya pergi ke kedai teh sambil itu ambil gambar sekali sebab hari itu memang tak sempat nak ambik gambar Cuma ambil gambar ladang teh.

CAMERON VALLEY


Okay setakat ini sahaja percutian kami kerana anak buah semua dah meragam nak balik.
Kongsikan gambar di RNR Tapah. Memang sure belanja si Alisha ini Baskin Robbins. Tengok itu sampai cair. Farizza memang dengan Starbuck 24h lah. Sekarang ini ada edisi Starbuck with Neelofa kan, awak kalau nak beli pergi beli. Farizza tak tahu pakai shawl belit-belit ini, tahu minum Starbuck je.




Start balik lebih kurang pukul 11 pagi dan kami lalu Reglet pulak balik itu sebab nak lalu Simpang Pulai mengambil masa yang lama. Jam 12 tengah hari kami berhenti Tapah. Selepas solat Zohor, pukul 2 petang kami bertolak balik. Pukul 4 petang kami sampai di rumah kampung Selangor so saya rehat dan mandi serta solat asar. Tak lama itu, saya keluar dan memberi cenderhati kepada rakan-rakan. Tq for your wish friend!. Tq Allia bagi cenderhati from Langkawi, sorry tak join!.




Tq Allia sayang!,


Wednesday, 31 July 2019

REVIEW WARUNG MAK MAH NASI AYAM 1 PORT DICKSON


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua
.

Hari ini Farizza nak beri feedback kedai makan yang paling Farizza suka di Port Dickson dari tahun 2015 sehingga kini. Sebenarnya kedai ini dahulu pernah masuk rancangan “Jalan-jalan Cari Makan” tetapi kedai ini bertukar pekerja pada tahun 2017 tidak silap ke 2018 macam itu. So far sebelum kedai ini popular dengan air ABC dia yang sedap tetapi kini tak berapa sangat but sedap lah. Sebab dulu orang lain sekarang orang lain, mereka ada dua cawangan. It’s okay guys. Walaubagaimana pun kualiti roti canai, nasi ayam, dan lauk pauk dia memang sangat memuaskan hati. Bila Farizza balik Port Dickson, Farizza akan singgah ke Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 ini dan biasanya waktu breakfast around 9 pagi hingga 11 pagi. Kadang-kadang singgah pukul 10 pagi sebab lauk pauk pukul 11:30 pagi dah siap dihidang so memang kita bungkus dan bawa balik kampung.
Sekarang Farizza akan cerita menu-menu mengikut masa.

BREAKFAST




Ketika waktu breakfast jam 9 pagi ini Farizza paling suka sebab kedai Mak Mah tak ramai sangat orang, jangan pukul 11 pagi semua dah mula datang kedai Mak Mah ini. Time itu, mood Farizza kelaut sebab nak bungkus lauk ramai orang. Kalau Farizza datang awal jam 9 pagi, Farizza tak akan bungkus lauk so menu utama yang wajib Farizza makan mesti nasi lemak atau char kuew teow goreng. Farizza suka kedua-dua menu ini sebab sedap dan cukup rasa. Ada je menu lain seperti bihun goreng dan nasi goreng. Kalau korang bawa anak-anak berusia kanak-kanak, Farizza suggestkan anak awak makan nasi goreng sebab nasi goreng dia kurang pedas. Baiklah, kalau tak nak makan nasi goreng pun boleh, sebab roti canai ada. Sekarang Farizza tak rajin nak datang pukul 9 pagi.

ROTI CANAI



I’m falling in love dengan roti canai dia tetapi mama dan ayah falling in love dengan lempeng kelapa dia. Memang sedap, lembut dan puas hati. Tak tahu nak kata apa sebab tak terkata Farizza nak bagi Feedback. Farizza kata puas hati sebab roti canai dia tidak berminyak dan tidak terlampau garing. Take line Farizza boleh kata kurang minyak, rasa cukup dan senang nak putus guna grapu dan sudu. Kuah dia ada dua iaitu kuah dal dan kuah kari. Farizza suka kedua-duanya sebab memang sedap. If anak korang tak makan kuah, just makan roti canai begitu sahaja je dah sedap tau. Lempeng kelapa dia sedap sebab lembut sangat dan memang seronok makan waktu panas-panas. Opss Farizza lupa, roti canai dia walaupun di simpan sampai pukul 6 petang, roti canai dia tetap sama dengan kualiti awak makan panas-panas. Back to story, lempeng kelapa rasa kelapa yang sedap. Ayah kalau makan tak cukup satu mesti nak tambah-tambah.

NASI AYAM


Nasi Ayam adalah menu utama kedai Mak Mah ini so memang Farizza suka nasi ayam Mak Mah ini sebab dia always sediakan nasi yang cantik, sos dan sup yang sedap, ayam dalam kuantiti yang sepatutnya serta salad yang segar. Kebelakangan ini Farizza memang order Nasi Ayam sebab boleh tahan lapar sampai 3 petang. Jam 3 petang baru Farizza lunch. Hahaha.. Biasanya kalau kita order nasi ayam mesti kita rasa tak puas hati bab sup dan nasi. Farizza memang BENCI BENCI GILA DENGAN tukang masak yang suka letak pewarna kuning dekat nasi ayam macam warna pulut. Kuning dia itu tak leh bincang dan lagi satu dia letak kayu manis BANYAK. OMG! I CANT EAT. Sup ini masalah dia bila tukang masak itu letak garam banyak. WEY AKU NAK MAKAN MACAM MANA? . so memang I’m falling in love Nasi Ayam Mak Mah sebab tiada perkara yang Farizza mention BENCI itu. Hihihi..

LUNCH

Farizza nak masuk bab makan tengahari. Makan tengahari kedai Mak Mah ini, Farizza suka beli lauk kicap daging lembu,   masak lemak ikan(whatever type fish), ayam merah, ayam percik, sayur campur, serunding daging(love sesangat), sambal ikan dan sup sayur. Farizza cerita dulu yang Farizza suka sangat iaitu serunding daging sebab rasanya sedap dan terasa sedikit rempah. Serunding daging dapat menaikkan selera makan. Lauk kicap daging lembu adalah favourite saya dengan anak buah 4 tahun. Daging lembu dia memang best sebab Farizza kalau makan daging lembu dia akan potong lagi kecil daripada size segi empat sama. Farizza cuma guna tangan sahaja, daging itu dapat berpisah. Farizza sendiri pernah pergi kedai orang jual lauk daging lembu ini tetapi tidak seperti di kedai Mak Mah , kedai lain jual langsung tak boleh leraikan dan pejal so memang makan tu terselit daging di celah-celah gigi. Gigi I rapat-rapat bila terselit memang terlalu susah nak keluarkan.
Ayam merah dia pula memang Farizza suka sebab size ayam dia memang besar-besar dan terasa sedikit cili. Memang sedaplah. Farizza memang suka rasa kelazatan ayam dia sebab rasa manis. Ingat Farizza tak akan makan kulit, Farizza makan isi sahaja. Bila pergi KFC pun macam itu, tetapi bila dekat kedai memang paksa makan walaupun rasa nak muntah. Entah memang tak love kulit, love isi.. hihihi. Akhir sekali Farizza suka makan sup sayur sebab ada tahu. Tahu yang digunakan sedap dan rasanya tahu telur sebab rasa manis. Terliur pulak. Hihi.

AIR MINUMAN

Farizza akan order air milo ais atau milo panas. Farizza susah nak tukar menu tetapi bila milo habis Farizza order air laici. Farizza memang suka milo dia sebab cukup rasa, jarang sekali jumpa air milo dia tak berapa ngam lah. Maybe 2 atau 3 kali tak ngam kat hati. Biasa tak ngam itu, terlebih susu, terkurang gula, ataupun terkurang serbuk milo. Semua kurang yang tak puas hatinya. Hahaha. Jangan risau mesti sedap bila korang order. Yelah tak akan tak pernah dapat air yang kurang ngam kan. Farizza dah 5 tahun kut ulang alik ke kedai Mak Mah ini. Farizza akan datang hari Sabtu dan Ahad. Hari umum bila ada emergency sahaja. Mama akan order air nescafe ais or panas manakala ayah order kopi O panas cawan besar. So far memang ngam.

KAWASAN TEMPAT MAKAN

Kedai Mak Mah ini memang banyak kerusi tetapi jangan ada hari Tentera dengan hari Polis memang sesak tak terkata. Kedai Mak Mah ada dua keadaan. Keadaan pertama di sekeliling lauk, kaunter dan roti canai. Lebih kurang 50 orang boleh duduk di keadaan luar. Mak Mah ada tempat tertutup iaitu bilik khas yang ada aircond. Dalam around 30 orang boleh serbu masuk ye. Terdapat 2 buah penghawa dingin. Tempat ini lebih rileks sebab tidak bising berbanding di luar memang pelanggan mulut tak reti diam bila makan.

Mesti nak tahu bersih ke tidak? Farizza datang kedai Mak Mah ini memang bersih sebab pekerja dia akan lap meja lepas customer sebelum ini duduk. Farizza nak pesan ini wahai-wahai pelancong sekalian TOLONG BAYAR DEKAT KAUNTER BUKAN PANGGIL PEKERJA SURUH KIRA SEBAB CUSTOMER INI BUTA KUT ADA BOARD “BAYAR DI SINI” PUN BONTOT MASIH PANAS!. Farizza pernah nampak ada customer macam itu, Farizza kerjanya sambil makan memerhati orang. Habis korang!. Ada mata aku pandang lah walaupun aku tunduk korang ingat aku tak nampak korang buat apa. HAHAHA.

Sekian sahaja feedback saya. So carilah kedai Melayu kalau nak beli makanan. Mesti ada yang kata Char kuew teow King kan, Farizza pernah makan tetapi Farizza tidak puas hati kuantiti dia. Tapi entahlah kalau sekarang dah banyak, yelah masuk Book and Record. Sebab apa tak pergi-tak pergi sampai sekarang walaupun rumah dekat dengan kedai itu sebab Mama akan kata, lauk banyak ini siapa nak makan. Last Farizza makan 16 tahun, sekarang 20 tahun. Farizza makan dekat situ time tak popular tau, kini time popular Farizza tak makan. Huish, tak sanggup tunggu.

Assalammualikum dan selamat bercuti!.


Sunday, 14 July 2019

REVIEW & BENEFITS NH COLLA-PLUS 3


MINUMAN BOTANI NH COLLA-PLUS 3



RM37.00 Sekotak di Watson.



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Topik hari ini NH Colla-Plus 3.

Farizza nak beri review sedikit tentang produk NH Colla-Plus 3 ini setelah Farizza consume 6 botol selama 6 hari. Btw Farizza dah stop NH Colla- Plus 3 sebab Farizza consume another product yang betul-betul kata kunci untuk muka Farizza. Produk NH Colla-Plus 3 ini bukan tak bagus tau tetapi memang bagus. Farizza dapat melihat perubahan seawal 3 hari tetapi itulah tak tepat dengan kata kunci muka Farizza. Kata kunci muka Farizza yang utama menghilangkan bintik hitam iaitu dark spot.

MESTI NAK TAHU NH COLLA-PLUS 3 INI UNTUK APA? APA KEY POINT? SIAPA BOLEH CONSUME? BACA DI BAWAH YE.

1.       NH Colla-Plus 3 ini sesuai untuk golongan yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2.       NH Colla-Plus 3 diperkayakan dengan yis seramida dan ekstrak zaitun.
3.       Minuman NH Colla-Plus 3 sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan serta semua jenis kulit.
4.       Membantu menambah seramida yang hilang akibat faktor persekitaran dan penuaan.
5.       Meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit.
6.       Memulihkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
7.       Membantu menghalang pengeluaran melanin dan mempromosikan kesan percahayaan pigmen.
8.       Menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedutan dan garisan.

MANFAAT YIS SERAMIDA?

1.       Membantu menggantikan semula seramida kulit yang hilang akibat faktor persekitaran.
2.       Meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
3.       Membaik pulih dan kulit menjadi lembap.
4.       Membantu mencegah pembentuk melanin dan mencerahkan tona kulit
5.       Menyokong strukutur kulit (tak adalah umur 20 tahun dah kedut muka)

KESIMPULAN

NH Colla-Plus 3 ini menitikberatkan struktur kulit iaitu menghilangkan kedutan dan memberi keanjalan pada muka. Pada masa yang sama, boleh menyebabkan kulit kita cerah. Kelebihan minum collagen ini ialah memberi tenaga kepada badan kita, walaupun sehari dah penat bekerja pasti tenaga dapat kekal sehingga malam. NH Colla-Plus 3 membantu menghalang faktor persekitaran yang kotor melekat pada muka.

KENAPA FARIZZA TERPENGARUH DENGAN NH COLLA-PLUS 3?

Kalau you all nak tahu Farizza baru 20 tahun ada kedutan sikit je lah, tetapi risau tu tak boleh kata. Sebab apa tau, asal datang kenduri “Eh, awak yang dah kahwin kan?”. Tepuk dahi guys, muka I lagi tua daripada kakak I. So I decide cari product, mula-mula pergi guardian nampak “KITA Beauties” tetapi tiba-tiba ternampak NH Colla Plus-3 dalam iklan dan dengar review daripada kawan kakak, itu yang cuba. Apabila Farizza consume selama 6 hari, alhamdulliah muka anjal tanpa kedutan. Keluarga I mula nampak perubahan I lalu mereka kata “ Muka kau nampak bersihlah walaupun ada dark spot”. Berbunga hati tau. Alhamdulliah, ini sumua kerja Allah. Kita tak boleh berharap sangat dengan sesuatu produk tanpa usaha dan tawakal dengan Allah. Kalau you all baru start consume NH Colla Plus 3, please  minum banyak air dan jangan makan manis dalam kuantiti banyak sebab NH Colla-Plus 3 ini dah cukup buat you all bertenaga.

PERINGATAN
Kepada pengguna newbie saya nak ingatkan kalau you all ada alahan zaitun ke yis seramida ataupun alahan seafood, diingatkan jangan mengambil collagen. Saya alahan seafood tetapi cuma alahan ketam dan udang jadi saya try consume, alhamdulliah okay. Sesetengah produk boleh terima di badan dan ada yang tidak boleh. Kalau boleh jika you all mengidam sangat nak minum collagen ini boleh try kawan punya. Bayarlah kawan itu RM8 ke RM10. Sudah memandai. Kalau rasa okay, cepat-cepat beli di Watson okay!.
.
.
Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca dan mengambil tahu tentang minuman botani yang sihat untuk tumbuh badan. Memang betul, kalau makanan kita sudah cukup mengikut piramid makanan, buat apa kita nak ambil makanan tambahan. Farizza as student, kadang kala Farizza sibuk menghadap laptop sehingga makan nasi,ikan atau ayam, dan sayur dalam kuantiti sikit maka zat dalam badan Farizza berkurangan, itu menyebabkan tenaga Farizza berkurang. Di samping itu, tekanan yang dialami ketika study menyebabkan muka kita tidak bermaya walaupun kita sentiasa menjaga kebersihan muka.
.
ASSALAMMUALAIKUM DAN BYE! SELAMAT MENCUBA! KEKALKAN MINUM AIR YANG BANYAK!. BUKAN 3 LITER SEHARI TETAPI MINUM MENGIKUT BERAT BADAN ANDA. KURANG AIR ANDA AKAN HIDRASI TETAPI LEBIH AIR ANDA AKAN KEMBUNG! BUKAN ITU SAHAJA GINJAL ANDA JUGA ROSAK KERANA PENAT MEMPROSES WALAUPUN AIR KOSONG!.
 .

Muka selepas consume 6 hari minum.


Tuesday, 9 July 2019

TIPS LESEN MEMANDU KERETA



LESEN MEMANDU KERETA DA (Auto)

Asalammualaikum semua. ALHAMDULLIAH semalam saya lulus dalam menjalani ujian lesen memandu kereta.

Hari ini saya nak cerita dekat semua orang perjalanan saya menghadapi ujian untuk mendapat lesen L dan lesen P.  Disebabkan saya duduk di Melaka jadi saya ambil di sekitar kawasan Melaka. Dekat mana itu? Biar rahsia. Perasaan ketika mengambil lesen ini saya ada perasaan takut dan risau. Sebenarnya saya tidak pernah mengambil mana-mana lesen. So memandangkan ini lesen pertama saya, saya tidak tahu perjalanan mengambil lesen lebih jelas. 

Kita start berjumpa dengan penjaga kaunter services dan decide harga. Harga lesen kereta auto  RM1323 manakala kereta manual around RM1000 . Saya diberitahu menagambil lesen kereta auto pada bulan ini diberi promosi dalam RM1232. Pada awal pendaftaran kita perlu membuat pembayaran untuk memasuki kelas KKP 01 dan biasanya di tempat yang saya ambil ini hari sabtu atau ahad sahaja mereka melaksanakan ceramah. Ceramah ketika itu bermula pada jam 8 pagi sehingga 2:30 petang. Bayaran pendaftaran RM265.00. Masa mula-mula masuk ke kelas mereka menyediakan ujian warna untuk memastikan pengambil lesen tiada buta warna. Ceramah ada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Kita juga perlu membuat pembayaran buku sebanyak RM13 sahaja. Setiap buku ada nombor siri jadi siri itu pemilik sorang. Tak boleh share tau!

Bahagian A berkaitan tentang lesen L. Penceramah akan menerangkan simbol-simbol papan tanda dan tips untuk menjawap soalan. Selain itu penceramah turut memberitahu kesalahan yang kerap pengambil lesen lakukan ketika menjawap soalan UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER. Bahagian B pula, penceramah akan menerangkan lesen P iaitu KPP 02, KPP 03 dan test JPJ. KPP 02 dan KPP 03 ini berkaitan jalan raya dan litar. Jalan raya disini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A, B dan C. Litar macam biasa dilaksanakn di pusat lesen itu sendiri.

Litar ada enam elemen untuk kereta auto :
1.       Bukit
2.       Parking
3.       3 penjuru (T)
4.       Konah S
5.       Ramp (auto sahaja)
6.       Z

Baiklah, saya akan menerangkan tips untuk mengambil lesen L. Sebenarnya amat pelik jika seseorang gagal menjawap ujian komputer. Hal ini dikatakan demikian kerana, soalan dibentuk oleh JPJ ada di aplikasi google play store. Hampir 99% soalan komputer sama seperti aplikasi tersebut. Saya mengambil masa hampir sebulan untuk study kerana tiada kelapangan masa untuk pergi dan akhirnya pergi bersama pak cik yang bekerja di pusat lesen itu.

Saya seorang yang sukar untuk melintas jadi ada seorang lelaki luar negara bawa saya melintas. Ketika itu, pak cik yang hantar saya ada di pendaftaran nama lesen L. Tak berapa jauh sangat dengan pusat komputer itu tetapi melintas dijalan raya sukar kerana jalan dihadapan berbukit jadi kenderaan susah untuk lihat orang melintas. Al maklum, kenderaan macam kat F1. Susah nak nampak kereta bawa dalam around 60 atau 80 kmj.

Kelakar dekat sini ada seorang lelaki, cerahlah muka dia, nak kata hensem tak juga nak kata tak hensem tak jua. Dia naik motor punyalah dia toleh saya sampai kebelakang. Mungkin dia pelik nampak saya dengan lelaki luar negara itu tetapi saya tidak peduli sebab ini keselamatan saya. Biarlah orang fikir couple ke apa ke janji saya melintas. Btw nak bagitahu saya langsung tiada teman lelaki dan buat masa ini masih fikir kerjaya.

Alhamdulliah saya dapat result 48/50 dalam ujian komputer. Tips disini selain praktis menggunakan aplikasi, anda boleh mengaplikasi di jalan raya. Ketika anda menaiki kereta grab, bas dan teksi mesti anda akan lihat signboard. Dari situ cuba anda teka dan lihat jawapan di buku yang anda beli ketika pendaftaran. Biasanya orang tidak tahu apa kegunaan sign board SERU (!). Sign board (!) bermaksud bahaya- bahaya lain. Itu sahaja tips yang saya boleh kongsi untuk ujian undang-undang komputer. Goodluck!

Bahagian B

Mesti tertanya-tanya mana satu part susah untuk kereta auto dalam melaksanakan ujian litar. Kesusahan disini sebenarnya bergantung kepada individu. Ketika saya menjalani latihan bukit, bukit  adalah makanan saya TETAPI ketika test JPJ ia menjadi musuh saya. Ini berlaku kerana suasana ketika test JPJ lain dengan suasana ketika latihan. Saya sedikit gabrah. Bukit ini istimewa dia, boleh cuba 2 kali sahaja. Alhamdulliah, apabila saya repeat saya lepas. Sekali je repeat bahagian litar ini. Okay price repeat bahagian litar iaitu bahagian 2 RM85.00 dengan sekali test card RM11.00. Saya cuma repeat bahagian litar sahaja kerana bahagian 3 iaitu jalan raya saya lulus ketika percubaan pertama. Markah time itu 68/80. Markah  biasa-biasa sahaja. Katakan lah kalau korang dua-dua test gagal korang perlu bayar RM160.00 dengan test card RM11.00. If bahagian 3 je fail, harga sama macam repeat bahagian 2. Ini untuk kereta auto sahaja. Manual I don’t know!.

Bahagian 3 saya dapat jalan A. Sesetengah orang tidak suka jalan A sebab dia kawasan sekolah, bukan jalan lurus, banyak bukit, ada jalan Y, lepas traffic light ada bukit. Okay but for me saya suka sebab saya bukan selalu memandu tanpa lesen jadi saya dah biasa time latihan bawa kereta setakat 60kmj di jalan raya, lepas tu kat sekolah around 30kmj-40kmj.  Jalan B dan C jalan highway dan saya tak kenan bab pusing (U turn). Kau tahu jelah orang letak 80kmj, diorang bawak 110 kmj. Bercinta nak pusing tau sebab kena tekan minyak. Hm.. Tapi kebanyakan mereka suka jalan highway sebab kekalkan 80kmj dan tak banyak signal nak guna berbanding jalan A. So its up to you likes which one.  Goodluck!

Okay guys, mesti nak tahu juga bab litar mana orang jadi bualan. Okay, part 3 penjuru (T). KENAPA? Hanya tiga kali sahaja tekan brek. Sekiranya anda lebih menggunakan brek anda gagal. Bende ni jadi sebab  bila kita tidak tukar gear. Okay, auto, korang masuk D4 lepas tu brek. Bila korang pusing stereng habis ke kanan korang lupa pula ye tukar gear R. Habislah korang ke depan lepas tu brek. GAGAL!. Ini time latihan je saya kena. Test JPJ tak ada. Lagi satu bila korang tak lupa lah gear R tu. Dah elok masuk secara tegak dan brek. Ini pun sama jangan lupa tukar balik gear D4. Jangan biarkan gear itu R. Gagal nanti. Manual juga ada masalah 3 penjuru. Bila saya tanya kereta manual, kenapa repeat banyak kali? . 3 penjuru. Kereta auto jarang sekali orang ambil. Saya seorang jelah ambil. Memang struggle and lonely bila buat ramp. Ramp juga famous orang gagal sebab lupa brek, lepaskan brek tangan, tekan gear N, lupa reverse, langgar tiang dan seupama. Masa latihan saya lupa lepaskan brek tangan dan reverse. Alhamdulliah time test JPJ sempurna.

Kalau anda ingat semalam, semalam kan hujan. Berhujan saya ketika melakukan test JPJ sebab saya buka tingkap nak tengok dot-dot parking, tayar lurus ke tak, tayar masuk line kuning tak. Biasalah hujan mesti tingkap penuh dengan air, macam mana saya nak nampak roda kalau tak buka tingkap. Nikmat hujan memberi rahmat dan rezeki saya lulus ujian bahagian 2. Terima kasih kepada cikgu yang sanggup mengajar saya walaupun asalnya berputus asa. Maklum saya tak pernah pegang stereng. Pertama kali saya pegang stereng ketika mula-mula belajar dengan cikgu memandu. Bayangkan. How struggle I do the best walaupun auto. Peringatan tulus daripada saya, kalau korang rasa nak cepat masuk test JPJ, always study memandu kereta. Nak memandu boleh janji jangan jalan yang bahaya. Saya tak berlatih pun kat rumah.. Latih dekat pusat lesen je.

Okaylah goodluck u alls.. Murah je kat Melaka RM1323 kalau kat Selangor RM1700++ area kampung saya. Repeat RM155. Wah! Mahalnya.  So saya sangat beruntung tinggal di Melaka and dapat price super jimat dan murah. Kalau tempat korang lagi murah sila pergi dan war-warkan dekat semua orang.

Asalammualaikum.

Wednesday, 26 June 2019

REVIEW TEMPAT CAMERON HIGHLANDS TERBAIK


TRAVEL- CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog Farizza. Hari ini saya nak share dekat semua orang pengalaman pertama saya pergi ke Cameron Higlands. Macam biasa cerita kali ini seakan-akan diary dahulu. Boleh kan? Saya tahu ramai tak suka baca diary tetapi saya nak juga buat seakan akan diary gitu!
.
22/06/2019-Sabtu

Hujan turun dengan lebat di  halaman rumah Port Dickson. Cuaca sejuk melandai diriku ketika ku sedang memasukkan barang ke dalam kereta. Tidak lama kemudian matahari muncul seperti malu-malu. Kami bergerak menuju ke kedai Nasi Ayam Mak yang terletak berhampiran masjid atas bukit di PD. Tempat breakfast dan lunch paling kerap datang ke situ. Biasanya hari Sabtu dan Ahad, kalau ada emergency hari biasa pun datang.  Macam biasa kalau tak kena roti canai mesti nasi ayam. Selepas itu kami menuju melalui highway Sepang kerana lebih dekat dan jimat tol. Haha. Sepanjang perjalanan alhamdulliah walaupun jalan agak sesak tetapi masih terkawal lalu lintas.

Cacing di dalam perut ku mula mengetuk-mengetuk perut ku, lalu ku menuju ke Pertronas membeli Sneakers dan air Nestle perisa strawberry. Lapar? Makan sneakers. Kepala ku ketika itu teringat iklan tersebut lalu ku mecapai sneakers. Itu punca ku ambik sneakers. Tidak lama kemudian kami masuk ke highway belah kiri apabila sign board Cameron Highlands terpacak disitu. Sebenarnya ada jalan lain yang lebih mudah tetapi kami ingin pengalaman.

START PENGALAMAN LALU JALAN BERLIKU-LIKU

Jalan nak menuju ke Cameron Higlands amat mencabar jadi memakan masa 1 jam lebih. Selain jalan berliku, masalah jalan berlubang juga ada. Kami perlu membawa dengan perlahan. Mujur bukan ada pemandangan bukit-bukit dan air mengalir tetapi terdapat perumahan orang Asli yang duduk dilereng-lereng bukit. Kebanyakkannya mereka menjual petai. Apabila sampai di Lata Iskandar kami melihat air terjun dan peniaga menjual bakul menggunakan rotan dan lain-lain. Kami tidak singgah, mahu balik dan pergi kerana malas. Hahaha. Mula-mula memang nampak bestnya, tapi kejar nak tengok CH. Bila balik dah penat, malas nak singgah. Itu punca saya tak singgah, jangan fikir buka-bukan. Sumbat mulut dengan cili padi karang!.

Apabila sampai di kedai Cameron Jaya, kami parking berhampiran di situ kerana ingin mencari rumah yang kami sewa serta kunci. Semua orang turun kecuali saya. Saya duduk belakang, aduh punggung naik kebas kut!. Saya turun lalu keluar ketika itu ayah saya masuk balik. Saya ingat mama saya suruh rupanya ayah saya kesejukan. Apabila saya turun dari kereta mereka semua dah ke arah orang yang disuruh oleh tuan owner rumah sewa kami. Saya terkejut kerana dala kereta panas tetapi di luar sejuk level AA je lah. Satu family tidak memakai baju panas sebab itu masing-masing kesejukan. Mula-mula ingat rumah dekat atas kedai rupanya tidak. Rumah sewa kami berada di Apartment Cameron Jaya yang terdapat pak guard. Safety guys!. Bayaran untuk sehari RM200 hari sabtu dan ahad. Hari biasa tidak tahu. Kami berada ditingkat 7, nak pijak lantai tak boleh sebab seperti ais. Review untuk rumah sewa ini saya suka kerana menyediakan katil yang mencukupi,besar,bersih dan selesa. Setiap bilik dilengkapi penyangkut baju, cermin, batal, dan selimut. Saya suka sebab mereka menyediakan hair dryer , air panas, dan toilet tak sumbat. Mereka menyediakan sofa yang empuk dan televisyen yang elok. Kawasan beradar membuat saya rasa seronok kerana dapat melihat persekitaran di kawasan itu.  Kelengkapan dapur sangat cukup.


Baby Haffaz with Mak Su



Hihi.. tak sah tak ambil gambar.


Mama dan ayah saya

Jam 5 petang kami pergi ke ladang strawberi di aidilbadri strawberries . Tempat ini okay tau, Elfira Loy ada datang baru-baru ini. Kalau awak nak tengok boleh click ig ini ⇢ aidilbadristawberries. Strawberry mereka kebanyakkannya comel-comel tetapi ada yang besar. Jangan malas cari!. 100g RM6 tak silap. Apa seronoknya pergi ladang strawberry AidilBadri ini, dia pengusaha Melayu. Jadi, kita orang Melayu kan, supportlah bisnes tempatan. Kita juga tidak khuatir dengan penjagaan strawberry kerana mereka tidak akan menggunakan baja daripada khinzir, tiada haiwan seperti anjing merayap di sekitar kawasan itu. Maaf saya fobia, saya pernah terperasan ada menggunakan baja khinzir untuk menanam buah-buahan. Saya mula-mula pelik tak akan guna baja itu, buah je kut!. Rupanya ada. Luluh. Eh, lagu Khai Bahar pulak. Haha..

Okay, saya nak tadah muka dekat sini. Tak mahu tengok skip je awak!







Jagung yang kami beli pun daripada orang Melayu, dia beri tester memang tak perlu masak terus makan. Rasa dia manis. Jagung biasa je, bukan jagung susu ke jagung separuh susu separuh biasa. Tapi kami balik kami basuh dulu, rebus dan makan begitu sahaja. Tak perlu letak garam guys!. Terasa seperti di luar negara makan panas-panas ketika cuaca sejuk. Bila bercakap keluar asap daripada mulut. Saya sangkakan Cameron Higlands tidak sejuk kerana kawan saya beritahu Cameron dah tak sejuk macam dulu, dah panas. Nak je saya ketuk kepala diorang sekarang ini tahu tak? Sabar sahaja. Ingat ye kawan Cameron sejuk lagi walaupun dah tahun 2019.Ingat dekat kepala itu.



Dalam perjalanan kelihatan kawasan mengambil gambar, terus berhenti ambil gambar. Huhuhu.
Kami terus menuju ke Pasar Malam tetapi sayang, kami hendak jimatkan masa jadi kami datang pukul 7 petang. Ketika itu hujan lebat. Kami tetap membeli belah ketika waktu hujan tersebut. Ayah dan mama saya kongsi pakai payung manakala kakak saya, abang ipar dan anak buah kongsi payung. Saya? Mengalah lah, dah 20 tahun. Saya cuma memakai hoodie dan air hujan memenuhi ruang cermin mataku. Hahaha. Air hujan Cameron lain ye anak-anak dengan tempat lain sebab Cameron bila hujan turun, air dia tak rasa sakit tetapi tempat lain sakit wey!. Lagi satu baju korang basahkan bila kena air hujan. Cameron bila masuk kereta terus kering, tempat lain awak semua tetap basah kuyup. Huhuhu. Pengalaman wey. Malas dah nak dengar orang kata, diorang cakap bukan betul. Itu kita pergi dan rasai pegalamn pergi Cameron.


Kami balik terus, mandi dan keringkan rambut. Orang dulu-dulu ada pesan bila kena air hujan, balik terus basuh rambut. Antara sebabnya ialah elakkan demam, pening dan selsema.  Mujur rumah sewa ada hair dryer, sekejap je dah kering terus solat Maghrib. Selesai solat Maghrib, menikmati jagung sambil menonton berita. Selesai sahaja berita, saya, abang ipar, kakak dan anak buah keluar untuk basuh baju dan keringkan di Dobi. Ketika basuh baju sambil itu kami menuju ke kedai makan. Maaf tidak ingat nama kedai. Kami menjamu chicken chop RM5 dan air panas Milo RM2 kerana nasi sudah habis. Cepatnya diorang makan malam wey.  Maaf tiada gambar, sebab lapar sangat.

The end! Pukul 11 saya dah tidur. Yang lain masih menonton televisyen. Penat sungguh Farizza.

23/06/2019- Last day in Cameron Highlands.

Jam 9 pagi kami menuju ke pasar KEA FARM! The famous place yang awak semua perlu pergi kerana sangat seronok dan memang puas hati. KEA FARM adalah pasar. Okay disini, saya ingin beritahu merek menjual bunga, sayur, buah-buahan, dan cenderahati. Buah-buahan bukan setakat strawberi, ada buah lain sayang ku. Ketika waktu saya pergi KEA FARM ini, waktu hujan, hujan tak lebat cuma gerimis halus dan lebat sikit. Kami parking yang bayar RM3 itu, sebelah kiri Kea Farm. Kea Farm belah kanan tau awak. Kalau dari arah Selatan. Arah Utara fikir sendirilah. Kawasan kiri itu seronok juga sebab boleh sahaja beli cenderahati. Saya ada membeli 5 magnet peti sejuk dan 4 keychain semuanya RM20 sahaja. Murah kan. Selalu kita dengar magnet peti sejuk RM5 satu, tak awak. 5 RM10 bagi keychain 4 RM10.  Saya beli keychain besar. Keychain comel-comel seperti buah strawberi 6 RM10. Lagi murahkan. So awak semua singgah dua-dua belah ye. Ada yang tanya baju Cameron ke? Baju Cameron around RM29, baju lengan panjang. RM15 untuk baju lengan pendek. Baju size besar around RM40 ke atas.



  Mama saya sedang membeli keledek.


Selepas kami pergi Kea Farm, kami pergi ke Mardi Cameron Highlands. Hujan lagi guys, gerimis besar-besar pulak itu. Saya ambil gambar ketika waktu hujan. Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands ini tempatnya cantik. Bayaran? Bagus tanya. RM6 seorang. Seronok disini kerana awak semua boleh ambil gambar on point gitu. Mesti tanya apa ada dekat Mardi CH?. Maaf saya singkatkan ye, panjang pula nak tulis.  Semestinya taman bunga. Ada strawberi tetapi kami tidak masuk. Ayah saya memang suka anggur, ada dia buat eksperimen menanam anggur di belakang rumah PD. Buah anggur tubuh dengan cantik, sekali makan masam. Ayah saya membeli pokok anggur disitu. Kawasan itu memang ada jual tumbuh-tumbuhan dan bunga. Kalau rasa nak halau nyamuk boleh beli pokok halau nyamuk dan untuk kesihatan pun ada pokok sembuhkan kencing manis dan darah tinggi. Baja pun ada jual. Lupa nak beritahu.












Memadangkan kakak sulung ada memesan suruh membeli tea daripada Cameron Valley jadi kami berhenti disitu dan membeli tea. Harga sekotak tea around RM11-RM11.50 sekotak. Awak nak beli 4 packs lain-lain perisa RM45.60. Beli sekotak tea dan sekali mug Cameron Valley RM50 lebih. Pandai-pandai awak bajet holiday ye. Oleh kerana, saya, kakak saya dana bang ipar ingin ambil gambar jadi kami turun ke ladang teh. Diingatkan berhati-hati ketika menuruni anak tangga kerana anak tangga ada yang lebar dan kecil serta panjang tangga ada yang tinggi dan rendah. Masuk RM3 sorang pakai gelang hijau, ditanda dengan pen marker sama ada warna biru atau merah. Detail ye saya terangkan. Mula-mula seram nak turun tetapi alhamdulliah selamat. Jangan pandang orang bila turun atau jangan pandang kanak-kanak yang turun secara berlari-lari. Biar lambat asal selamat. Sedihnya dekat sini bila awak naik tangga. Selesai sahaja sesi bergambar kami naik terus tercungap-cungap kerana penat. Pengalaman guys.
Okay balik.. Ta Da…


Tembam  sangat!.😄



Saya ingin ulaskan, timbulnya berminat untuk ke Cameron Highlands sejak tingkatan 2 tetapi waktu dengan keluarga amat terhad sampai umur saya 17 tahun, bila cikgu tanya awak pernah pergi CH? Saya akan geleng. Sudah tentu dahi cikgu saya berkerut. Alhamdulliah umur 20 tahun jejak jua. Saya mula timbul tanda tanya salah ke tak pergi Cameron Higlands? Okay saya faham kenapa kita perlu ke Cameron. Sebab pertama boleh menyedarkan diri awak semua patut bersyukur rumah kita berbatu dan papan. Orang asli menggunakan atap kelapa saja. Kedua, jangan pernah mengalah ketika ingin sampai Cameron Highlands. Ketiga, air hujan memang rahmat Allah S.W.T. dan bersyukur di Malaysia ada kawasan sejuk. Keempat, ketika mendaki perlu tabah dan kerjasama dalam pasukan. Terakhir, bersyukur setiap kali minum tak perlu ke tandas berbanding di Cameron kejap-kejap ke tandas. Hihihi..

Tq for reading!




Tuesday, 25 June 2019

REVIEW MELAKA


TRAVEL- MELAKA (VISIT MELAKA 2019)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca blog saya. Hari ini saya ingin kongsi kepada awak semua pengalaman saya bercuti di Melaka. Ceh! Sebenarnya sebelum ini saya dah pergi melancong di Melaka pun. Lagi-lagi saya memang tetap di sini tetapi saya sibuk, tiada masa nak bercuti-cuti.😁

19/06/2019

Hari Rabu yang lepas, ketika jam 6 petang saya sudah bersiap untuk menuju ke Pasar Merlimau dan sambil itu saya menunggu mama saya pulang dari tempat kerja. Apabila mama saya pulang, saya terus keluar dan masuk ke dalam kereta. Memandangkan rumah berada di tepi jalan besar, mengambil masa lama sedikit untuk melintas ketika waktu puncak ini. Tiba-tiba kakak sulung, abang ipar, anak buah dan mak cik saya yang tinggal di Selangor muncul di persimpangan itu. Setelah mereka tiba, kami pun pergi bersama mereka ke pasar. Mereka seperti rusa masuk kampung kerana melihat jualan di pasar Merlimau jauh beza di pasar kampung halaman saya. Mereka membeli makanan seakan esok tiada. Hahaha.. Ketika itu juga kami sempat membawa mereka ke kedai Ayam Penyet dan kami membawa jalan-jalan kampung disitu.😊

Mereka amat suka akan makanan yang dijual di pasar Merlimau kerana rasa yang sedap dan bersih. Ketika jam 10 malam, biasanya 2 orang anak buah saya akan ditidurkan dengan cara membawa mereka jalan-jalan. Saya mengikuti mereka dan menunjukkan jalan lain seperti jalan ke kedai Mega 24hours, Fresco dan kedai RM2. 2 anak buah saya tidur dengan nyenyak maka kami pulang ke rumah.

20/06/2019

Mama saya tidak menyangka mereka ingin datang ke sini jadi mama saya tidak mengambil cuti. Waktu pagi itu saya sepatutnya ada belajar naik kereta tetapi ditangguhkan maka kami bersiap menuju ke bandaraya Melaka. Kami ke sana dengan bantuan google maps dan Farizza. Saya lah tu. Ketika sampai di Taming Sari, kelihatan suasana aman dan tiada ramai pelancong. Tahun lepas kami pergi ke Taming Sari  dan kelihatan ramai sangat pelancong kerana waktu cuti sekolah.  Kami naik Taming Sari dan melihat permandangan buat kali kedua tetapi bagi anak buah saya yang muda dan mak cik saya, kali pertama mereka merasai nikmat menaiki Taming Sari. Kawasan di tepi Taming Sari sepatutnya ada peniaga yang menjual cenderhati tetapi waktu hari biasa mereka tidak menjalankan perniagaan.





Bayaran naik Taming Sari tahun 2019 bagi dewasa RM17, warga emas RM9, kanak-kanak bawah 2 tahun free, Kanak-kanak atas 2 tahun Rm11. Bagi pelancong asing, dewasa RM23, kanak-kanak RM15.


Selepas selesai kami menaiki Taming Sari, kami menaiki beca. Bayaran menaiki beca tahun 2019 utuk bajet murah RM25. RM25 boleh naik 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Kami menempah 2 beca jadi saya bersama mak cik serta anak buah yang tua manakala kakak saya, abang ipar saya dan anak buah yang muda menaiki lagi satu beca. Pengalaman naik beca ini pertama kali kerana tahun lepas kami tersuntuk masa.

Sekiranya awak ingin menaiki beca bagi bajet murah, mereka akn bawa awak di tempat-tempat terdekat sahaja seperti gambar di bawah. Pendapat saya  bayaran amat berbaloi kerana kawasan yang mereka bawa cantik dan mengenai sejarah Melaka. Pertama kali saya datang ke Melaka ketika usia 6 tahun, ketika itu rombongan tadika ke Zoo. Saya masih teringat pengalaman saya menyentuh Buaya. Ketika itu, keluarga saya turut serta ke Zoo dan mereka sedang berbual-bual. Kawan saya perempuan, dia  menyuruh saya menyentuh buaya itu, maka saya sentuh lah. Kakak tengah saya perasan kerana kami berdua duduk diam sahaja, rupanya ada hela yang dibuatnya. Terus mama dan kakak saya bawa saya ke tempat lain. Nakal gitu. Hihihi.










Jam menunjukkan pukul 12 tengahari maka kami menuju ke Batu Berendam untuk membeli kuih keria, coconut shake dan air kelapa lemon. Kami tidak makan disitu, tetapi kami makan di Yok Mamper Café kerana mereka menyediakan makanan mengikut adat kami iaitu Nasi Ambeng. Tidak terkira rasanya saya menikmati nasi ambeng kerana sebelum ini saya kerap ke kedai ini. Pekerja disitu salah satunya sudah menjadi kawan karib mama saya. Saya berpendapat sekiranya ada yang teringin makan nasi ambeng boleh datang ke Yok Mamper Café kerana rasa sedap, lauk pauk yang ada di nasi ambeng itu cukup tidak seperti di kawasan halaman saya.




Mungkin ada yang tertanya-tanya sekiranya ingin makan di Batu Berendam. Awak semua boleh makan di sana, terdapat nasi ayam, nasi lemak, kuih keria, donut, mee dan sebagainya. Jika anda kuatir anak anda tidak gemar makan nasi anda boleh membeli makanan ringan di situ. Saya sebenarnya tidak ingat nama umum makan ringan itu, Bahasa mudah, makanan dicucuk-cucuk yang terdapat ketam, fishball dan hotdog. Harap awak semua dapat imagine macam mana makanan ringan itu.

Kami pulang ke rumah terus mendirikan solat dan berehat sekejap. Jam 5 petang, kami keluar ke pekan Merlimau. Katanya ada teringin Pizza jadi saya bawa mereka kesana dan sambil itu saya dah tunjuk jalankan apa lagi saya minta mereka pergi ke Cool blog untuk menikmati edisi terbaru iaitu edisi Unicorn. Saya memilih Unicool Twinkle. Mengikut gambar yang saya letak ini tiada bubble kerana dari dulu saya memang tidak suka bubble. Entah mengapa, bila artikel bubble tu haram lah, menggemukkan lah, membunuhkan lah langsung saya tidak peduli. Hahaha.. Saya tak makan, buat apa saya peduli !.




Kakak saya amat menyukai Pizza Hut Merlimau kerana rasanya sangat sedap tidak seperti Pizza Hut PD dan Enstek. Ibaratnya 5 star untuk Pizza Hut Melimau, yang lain 3 atau 4 star lah.  Saya suka order Pizza kerana saya boleh tukar nama. Nama saya Farizza, tak kan nak bagi nama penuh. Sekali jelah pernah sebab waktu itu famous pulak cerita ada nama kita itu.. hihi.. Kadang-kadang letak nama Ija, Iza, dan Fiza. Lepas ini tiada idea nak letak nama apa. Regular customer memang suka create macam-macam nama. Nasib nama tak panjang, kalau tak macam-macam lagi  nama yang dibina.
Selepas mama saya pulang pada jam 6:30 petang, kami menunggu mama saya bersiap. Pukul 6:50 petang kami bertolak ke Serkam Seafood. Kami makan  malam di sana dan first time dapat nikmat kena belanja oleh abang ipar dan mak cik saya. Makanan yang saya kongsikan ini berharga RM119 semuanya.  Mana tak selama ini mama saya yang tanggung makanan mereka. Orang kampung kata habis duit (nama abang ipar) saya . Saya memang tutup nama, malas nak kecoh. Kalau holiday mama saya benci perkara inilah. Please lah orang kampung nak judge family I, ask I everything. I’am know well!!!!!!!!!!! Mengamuk dah Farizza.




The end untuk hari Khamis.

21/06/2019

Hari last holiday, pagi itu memang saya sibuk dengan urusan belajar kereta jadi mereka pergi ke kedai yang menjual nasi lemak, mee kari dan rojak yang sedap. Kedai tersebut berada di tepi jalan yang bersebelahan kedai Sejati, Maybank dan 7 Eleven. Saya belum pernah rasa lagi, jadi next holiday, Insya Allah saya akan kongsi gambar makanan, harga dan kawasan kedai itu. Kedai itu terletak di Merlimau dan kedai itu kecil sahaja. Sementara saya tunggu mama saya balik tengahari kerana mama saya kerja setengah hari sahaja saya bersiap-siap packing baju dan barang yang saya perlu bawa kerana saya akan pergi holiday dengan parents,kakak kedua dan abang ipar. Holiday ke mana? Tengok next post saya akan datang okay. Kakak sulung dan abng ipar first tak join kerana mereka tiada pengangkutan yang kukuh ke sana.  Mak cik saya pula ngada-ngada orang ajak, dia tidak mahu . Sabar sahaja!

Sebelum saya menamatkan coretan saya ini, saya nak share ketika kami dalam perjalanan pulang ke PD, kami singgah kedai yang jual durian IOI berada di Bemban. Terliur tidak?




Baiklah, disini sahaja coretan saya! Tunggu share next travel di ??? Jawap sendiri. Jawapan ada dekat Instagram dengan facebook. Saya akan kongsikan pengalaman saya di sana selama 2 hari sahaja.

Bye..