TRAVEL- CAMERON HIGHLANDS, PAHANG
Assalammualaikum dan selamat sejahtera pembaca blog Farizza.
Hari ini saya nak share dekat semua orang pengalaman pertama saya pergi ke
Cameron Higlands. Macam biasa cerita kali ini seakan-akan diary dahulu. Boleh
kan? Saya tahu ramai tak suka baca diary tetapi saya nak juga buat seakan akan
diary gitu!
.
22/06/2019-Sabtu
Hujan turun dengan lebat di halaman rumah Port Dickson. Cuaca sejuk
melandai diriku ketika ku sedang memasukkan barang ke dalam kereta. Tidak lama
kemudian matahari muncul seperti malu-malu. Kami bergerak menuju ke kedai Nasi
Ayam Mak yang terletak berhampiran masjid atas bukit di PD. Tempat breakfast
dan lunch paling kerap datang ke situ. Biasanya hari Sabtu dan Ahad, kalau ada
emergency hari biasa pun datang. Macam
biasa kalau tak kena roti canai mesti nasi ayam. Selepas itu kami menuju
melalui highway Sepang kerana lebih dekat dan jimat tol. Haha. Sepanjang
perjalanan alhamdulliah walaupun jalan agak sesak tetapi masih terkawal lalu
lintas.
Cacing di dalam perut ku mula
mengetuk-mengetuk perut ku, lalu ku menuju ke Pertronas membeli Sneakers dan
air Nestle perisa strawberry. Lapar? Makan sneakers. Kepala ku ketika itu
teringat iklan tersebut lalu ku mecapai sneakers. Itu punca ku ambik sneakers.
Tidak lama kemudian kami masuk ke highway belah kiri apabila sign board Cameron
Highlands terpacak disitu. Sebenarnya ada jalan lain yang lebih mudah tetapi kami ingin pengalaman.
START PENGALAMAN LALU JALAN
BERLIKU-LIKU
Jalan nak menuju ke Cameron
Higlands amat mencabar jadi memakan masa 1 jam lebih. Selain jalan berliku,
masalah jalan berlubang juga ada. Kami perlu membawa dengan perlahan. Mujur
bukan ada pemandangan bukit-bukit dan air mengalir tetapi terdapat perumahan
orang Asli yang duduk dilereng-lereng bukit. Kebanyakkannya mereka menjual
petai. Apabila sampai di Lata Iskandar kami melihat air terjun dan peniaga
menjual bakul menggunakan rotan dan lain-lain. Kami tidak singgah, mahu balik
dan pergi kerana malas. Hahaha. Mula-mula memang nampak bestnya, tapi kejar nak
tengok CH. Bila balik dah penat, malas nak singgah. Itu punca saya tak singgah,
jangan fikir buka-bukan. Sumbat mulut dengan cili padi karang!.
Apabila sampai di kedai Cameron
Jaya, kami parking berhampiran di situ kerana ingin mencari rumah yang kami
sewa serta kunci. Semua orang turun kecuali saya. Saya duduk belakang, aduh
punggung naik kebas kut!. Saya turun lalu keluar ketika itu ayah saya masuk
balik. Saya ingat mama saya suruh rupanya ayah saya kesejukan. Apabila saya
turun dari kereta mereka semua dah ke arah orang yang disuruh oleh tuan owner
rumah sewa kami. Saya terkejut kerana dala kereta panas tetapi di luar sejuk
level AA je lah. Satu family tidak memakai baju panas sebab itu masing-masing
kesejukan. Mula-mula ingat rumah dekat atas kedai rupanya tidak. Rumah sewa
kami berada di Apartment Cameron Jaya yang terdapat pak guard. Safety guys!.
Bayaran untuk sehari RM200 hari sabtu dan ahad. Hari biasa tidak tahu. Kami
berada ditingkat 7, nak pijak lantai tak boleh sebab seperti ais. Review untuk
rumah sewa ini saya suka kerana menyediakan katil yang mencukupi,besar,bersih
dan selesa. Setiap bilik dilengkapi penyangkut baju, cermin, batal, dan
selimut. Saya suka sebab mereka menyediakan hair dryer , air panas, dan toilet
tak sumbat. Mereka menyediakan sofa yang empuk dan televisyen yang elok.
Kawasan beradar membuat saya rasa seronok kerana dapat melihat persekitaran di
kawasan itu. Kelengkapan dapur sangat
cukup.
Baby Haffaz with Mak Su
Hihi.. tak sah tak ambil gambar.
Mama dan ayah saya
Jam 5 petang kami pergi ke ladang
strawberi di aidilbadri strawberries . Tempat ini okay tau, Elfira Loy ada
datang baru-baru ini. Kalau awak nak tengok boleh click ig ini ⇢ aidilbadristawberries. Strawberry mereka kebanyakkannya comel-comel tetapi ada
yang besar. Jangan malas cari!. 100g RM6 tak silap. Apa seronoknya pergi ladang
strawberry AidilBadri ini, dia pengusaha Melayu. Jadi, kita orang Melayu kan,
supportlah bisnes tempatan. Kita juga tidak khuatir dengan penjagaan strawberry
kerana mereka tidak akan menggunakan baja daripada khinzir, tiada haiwan
seperti anjing merayap di sekitar kawasan itu. Maaf saya fobia, saya pernah
terperasan ada menggunakan baja khinzir untuk menanam buah-buahan. Saya
mula-mula pelik tak akan guna baja itu, buah je kut!. Rupanya ada. Luluh. Eh,
lagu Khai Bahar pulak. Haha..
Okay, saya nak tadah muka dekat
sini. Tak mahu tengok skip je awak!
Jagung yang kami beli pun daripada
orang Melayu, dia beri tester memang tak perlu masak terus makan. Rasa dia
manis. Jagung biasa je, bukan jagung susu ke jagung separuh susu separuh biasa.
Tapi kami balik kami basuh dulu, rebus dan makan begitu sahaja. Tak perlu letak
garam guys!. Terasa seperti di luar negara makan panas-panas ketika cuaca
sejuk. Bila bercakap keluar asap daripada mulut. Saya sangkakan Cameron
Higlands tidak sejuk kerana kawan saya beritahu Cameron dah tak sejuk macam
dulu, dah panas. Nak je saya ketuk kepala diorang sekarang ini tahu tak? Sabar
sahaja. Ingat ye kawan Cameron sejuk lagi walaupun dah tahun 2019.Ingat dekat
kepala itu.
Dalam perjalanan kelihatan
kawasan mengambil gambar, terus berhenti ambil gambar. Huhuhu.
Kami terus menuju ke Pasar Malam
tetapi sayang, kami hendak jimatkan masa jadi kami datang pukul 7 petang.
Ketika itu hujan lebat. Kami tetap membeli belah ketika waktu hujan tersebut.
Ayah dan mama saya kongsi pakai payung manakala kakak saya, abang ipar dan anak
buah kongsi payung. Saya? Mengalah lah, dah 20 tahun. Saya cuma memakai hoodie
dan air hujan memenuhi ruang cermin mataku. Hahaha. Air hujan Cameron lain ye
anak-anak dengan tempat lain sebab Cameron bila hujan turun, air dia tak rasa
sakit tetapi tempat lain sakit wey!. Lagi satu baju korang basahkan bila kena
air hujan. Cameron bila masuk kereta terus kering, tempat lain awak semua tetap
basah kuyup. Huhuhu. Pengalaman wey. Malas dah nak dengar orang kata, diorang
cakap bukan betul. Itu kita pergi dan rasai pegalamn pergi Cameron.
Kami balik terus, mandi dan
keringkan rambut. Orang dulu-dulu ada pesan bila kena air hujan, balik terus
basuh rambut. Antara sebabnya ialah elakkan demam, pening dan selsema. Mujur rumah sewa ada hair dryer, sekejap je dah
kering terus solat Maghrib. Selesai solat Maghrib, menikmati jagung sambil
menonton berita. Selesai sahaja berita, saya, abang ipar, kakak dan anak buah
keluar untuk basuh baju dan keringkan di Dobi. Ketika basuh baju sambil itu
kami menuju ke kedai makan. Maaf tidak ingat nama kedai. Kami menjamu chicken
chop RM5 dan air panas Milo RM2 kerana nasi sudah habis. Cepatnya diorang makan
malam wey. Maaf tiada gambar, sebab
lapar sangat.
The end! Pukul 11 saya dah tidur.
Yang lain masih menonton televisyen. Penat sungguh Farizza.
23/06/2019- Last day in Cameron
Highlands.
Jam 9 pagi kami menuju ke pasar
KEA FARM! The famous place yang awak semua perlu pergi kerana sangat seronok
dan memang puas hati. KEA FARM adalah pasar. Okay disini, saya ingin beritahu
merek menjual bunga, sayur, buah-buahan, dan cenderahati. Buah-buahan bukan
setakat strawberi, ada buah lain sayang ku. Ketika waktu saya pergi KEA FARM
ini, waktu hujan, hujan tak lebat cuma gerimis halus dan lebat sikit. Kami
parking yang bayar RM3 itu, sebelah kiri Kea Farm. Kea Farm belah kanan tau
awak. Kalau dari arah Selatan. Arah Utara fikir sendirilah. Kawasan kiri itu
seronok juga sebab boleh sahaja beli cenderahati. Saya ada membeli 5 magnet
peti sejuk dan 4 keychain semuanya RM20 sahaja. Murah kan. Selalu kita dengar
magnet peti sejuk RM5 satu, tak awak. 5 RM10 bagi keychain 4 RM10. Saya beli keychain besar. Keychain
comel-comel seperti buah strawberi 6 RM10. Lagi murahkan. So awak semua singgah
dua-dua belah ye. Ada yang tanya baju Cameron ke? Baju Cameron around RM29,
baju lengan panjang. RM15 untuk baju lengan pendek. Baju size besar around RM40
ke atas.
Mama saya sedang membeli keledek.
Selepas kami pergi Kea Farm, kami
pergi ke Mardi Cameron Highlands. Hujan lagi guys, gerimis besar-besar pulak
itu. Saya ambil gambar ketika waktu hujan. Taman Agroteknologi Mardi Cameron
Highlands ini tempatnya cantik. Bayaran? Bagus tanya. RM6 seorang. Seronok
disini kerana awak semua boleh ambil gambar on point gitu. Mesti tanya apa ada
dekat Mardi CH?. Maaf saya singkatkan ye, panjang pula nak tulis. Semestinya taman bunga. Ada strawberi tetapi
kami tidak masuk. Ayah saya memang suka anggur, ada dia buat eksperimen menanam
anggur di belakang rumah PD. Buah anggur tubuh dengan cantik, sekali makan
masam. Ayah saya membeli pokok anggur disitu. Kawasan itu memang ada jual
tumbuh-tumbuhan dan bunga. Kalau rasa nak halau nyamuk boleh beli pokok halau
nyamuk dan untuk kesihatan pun ada pokok sembuhkan kencing manis dan darah
tinggi. Baja pun ada jual. Lupa nak beritahu.
Memadangkan kakak sulung ada
memesan suruh membeli tea daripada Cameron Valley jadi kami berhenti disitu dan
membeli tea. Harga sekotak tea around RM11-RM11.50 sekotak. Awak nak beli 4
packs lain-lain perisa RM45.60. Beli sekotak tea dan sekali mug Cameron Valley
RM50 lebih. Pandai-pandai awak bajet holiday ye. Oleh kerana, saya, kakak saya
dana bang ipar ingin ambil gambar jadi kami turun ke ladang teh. Diingatkan
berhati-hati ketika menuruni anak tangga kerana anak tangga ada yang lebar dan
kecil serta panjang tangga ada yang tinggi dan rendah. Masuk RM3 sorang pakai
gelang hijau, ditanda dengan pen marker sama ada warna biru atau merah. Detail
ye saya terangkan. Mula-mula seram nak turun tetapi alhamdulliah selamat.
Jangan pandang orang bila turun atau jangan pandang kanak-kanak yang turun
secara berlari-lari. Biar lambat asal selamat. Sedihnya dekat sini bila awak
naik tangga. Selesai sahaja sesi bergambar kami naik terus tercungap-cungap
kerana penat. Pengalaman guys.
Okay balik.. Ta Da…
Tembam sangat!.😄
Saya ingin ulaskan, timbulnya
berminat untuk ke Cameron Highlands sejak tingkatan 2 tetapi waktu dengan
keluarga amat terhad sampai umur saya 17 tahun, bila cikgu tanya awak pernah
pergi CH? Saya akan geleng. Sudah tentu dahi cikgu saya berkerut. Alhamdulliah
umur 20 tahun jejak jua. Saya mula timbul tanda tanya salah ke tak pergi
Cameron Higlands? Okay saya faham kenapa kita perlu ke Cameron. Sebab pertama
boleh menyedarkan diri awak semua patut bersyukur rumah kita berbatu dan papan.
Orang asli menggunakan atap kelapa saja. Kedua, jangan pernah mengalah ketika
ingin sampai Cameron Highlands. Ketiga, air hujan memang rahmat Allah S.W.T.
dan bersyukur di Malaysia ada kawasan sejuk. Keempat, ketika mendaki perlu
tabah dan kerjasama dalam pasukan. Terakhir, bersyukur setiap kali minum tak
perlu ke tandas berbanding di Cameron kejap-kejap ke tandas. Hihihi..
Tq for reading!