Hye, Assalammualaikum,
Morning, Evening, Night dan selamat sejahtera. Kenapa Farizza kali ini? Okay
semua, Farizza datang balik ke Cameron Highlands.
.
Selepas sahaja Farizza
pergi merayap di Pulau Pinang, Farizza pergi Cameron Highlands tetapi
perjalanan kali ini amat lama kerana jalan sesak akibat kemalangan. Farizza pun
tak sure sebenarnya kemalangan apa dengan apa sebab dapat tahu kemalangan
minor. Maklum, Farizza tidur sebenarnya! Dah kenyang, tidurlah apa lagi.
Lagi-lagi duk belakang dengan barang yang penuh di tepi. Tak panas ke? Tak,
sebab pasang aircond pada takat 3.
.
Kami sampai di Cameron
Highlands pada pukul 8:30 malam. Sebelum kami pergi apartment, kami pergi ke
kedai makan untuk membeli satay dan nasi ayam. Farizza tersangatlah penat dan
melihat Haffaz sudah pun muntah. Kesian baby cleft pening rupanya, patut
sepanjang perjalanan dia rasa tidak nyaman. Setelah sampai apartment macam
biasalah register semua dekat pak guard tu, kitaorang pun masuk. Mama Haffaz
lupa nak bawa stoking so keluar dari apartment pergi ke pasaraya comel molek
beli stoking.
.
Farizza seronok sangat
sebab view bilik tidur Farizza ialah air terjun dan pusat gym. Ceh! Feeling
macam cerita Korea gitu. Jap Farizza bukan tak berapa minat Korea ke? Haha.
Minat ada tapi Fanatik no..Hihi. Just tengok Korea gitu-gitu je sebab Farizza
more drama Melayu, Tan Sri, Anak Seri semua berseri.Hihi.. Okay sebelum Farizza
kelaut, Farizza tak lupa untuk amalkan moisturizer sebelum tidur. Tak kesahlah
orang kata CH tu panaslah tak sejuk but korang wajib pakai moisturizer sebab
confirm kulit korang kering sangat-sangat. Care your face before break out guys!
Gambar pagi baru nampak, pusat gym!.
.
Rasa berat nak bangun
sebab seronok habiskan masa belek-belek instagram. Farizza ini tak habis-habis
belek Instagram, bukan famous pun semakin hambar adalah. Maklum dah nak 21
tahun, dah tua guys..Sedihnya. 21 tahun tak leh main Instagram ke? Hahaha..
Gurau-gurau. Farizza share sikit gambar
apartment yang Farizza duduk ini sebab time ini hanya tengok telatah baby cleft
yang tak habis-habis meneroka. Hihi. Kami sewa RM200 untuk sehari.
Main Remote, kejap buka kejap tutup!
.
Kami pun bersiap untuk
pergi ke next location after kitaorang breakfast dekat rumah. Hasil dah siap,
boleh tengok gambar sweet menyewit my mom. Jarang my parents nak sweet depan
anak. Bila dah tua baru nampak mereka bahagia sangat. Family matter biasanya
isu kami, that’s why my mom hope sangat I dapat kerjaya yang stabil supaya I tak
sama situation with my parents. Insha Allah. AAMIIN..
.
Kami mulakan pergi ke
tempat Favourite kitaorang, sah-sah Halal lah korang iaitu AIDILBADRI
STRAWBERIES . Farizza hari tu rasa yougurt dengan ais krim satu Malaysia kan,
so sekarang Farizza beli aiskrim strawberry dalam cup with topping sos
strawberry. Farizza suka sebab manis but a little bit sour sos strawberry. Mama
Farizza beli juga aiskrim Malaysia but taste not same macam rasa yang mula-mula
kami beli. So tak de rezekilah sebab rasa kurang sedap aiskrim Malaysia dia.
Okay, next location Farizza pergi ke Abang Strawberry, sebelah dia je. Sis Nina
dan abang Hakim mengada nak rasa Nasi Lemak Strawberry. Tekun tak sis kita
menulis order itu. Mama Farizza hilang bersama Haffaz, yelah mama dia tengah
tulis pasti Haffaz penyibuk nombor satu so mama pergi jalan sana sini jumpa
strawberry pop corn. Mama say lah rasa pop corn macam biasaje Cuma letak
strawberry. Baik-baik mama.HIHI..
Okay apa kitaorang pesan
tadi? Tengok sahaja di bawah dan siap ada resit okay.
Abang Hakim kata tak
sedap pun Nasi Lemak Strawberry itu. Okay tekak abang Hakim. Netizen jangan
salahkan abang ipar kita. Lain orang lain cita rasa. Farizza pun nak komen
waffle dia, sebab sedih, cuti kali ini macam tak berapa jadi waffle die, sebab
bantat tak macam hari tu Farizza beli. Kenapa? Kenapa? Huhu.. Kakak café Satria
UTeM yang jual waffle lagi sedap kalah kau dik. Dik buat biar ikhlas.. Okay
Farizza order Strawberry Chocolate Hot. Rasa2? Rasa macam hot chocolate je awak
tapi bau strawberry. EH! EH! HAHA.. Apa-apalah nak. Kenyang overdose dah
Farizza.
.
Misi mencari keledek mak
cik. Aik? Mak cik kita pesan jangan lupa beli keledek. Aish, macam kat sana tak
ada orang jual keledek. Hahaha. Sempat lagi selfie tahu.
.
Mom : What is this?
This is Apple Cameron. Hihi.
Macam manalah bag boleh terbalik ni. Biarlah.
Tempat ini berhantu sikit sebab tempat yang Farizza pergi ini tempat cari cenderhati bawa pulang ke rumah. Kami memang pilih Cameron Valley bukan Boh sebab banyak-banyak teh kami boleh minum teh dari Cameron Valley bukan teh lain, tak kisah jenama teh apa pun kami tak boleh. So, Farizza pun beli dalm 8 kotak hendak beri pada kawan Uni bila naik sem. Kejap je lagi. Btw Farizza pergi awal bulan 1 tetapi baru sempat cerita semuanya sebab 2 minggu lepas bercuti ayah Farizza sakit. So, maksud dia bukan sakit berjalan tetapi sakit time waktu lain. OK kawan-kawan Teh awak nanti saya send kat depan bilik. Surprise gitu.
Time balik, SOMETHING HAPPENS TO ME!. Saya hampir muntah bukan sebab tak biasa jalan tetapi perut saya penuh sangat dengan makanan. Kakak bagitahu, awak dah breakfast awak makan lagi dekat Cafe Abang Strawberry tu, mana tak muntah. Penuh sangat itu!.
Terima kasih sudi baca. Assalammualaikum.