Tuesday, 7 January 2020

AIS KISAR? REVIEW BIG BOWL ICE MITC MELAKA


Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog saya.

Topik kita hari ini Big Bowl Ice yang berada di MITC Melaka. Selepas sahaja tamat peperiksaan akhir sem 1, saya pulang ke kediaman lantas kami mengatur strategi untuk berjalan-jalan di Melaka sebelum pulang ke tanah negeri masing-masing. Farizza semestinya balik ke Melaka jua tetapi balik di kawasan perkampungan dan untuk menuju ke bandar agak jauh melainkan dari UTeM ke MITC, DP, MP, dan Pantai Klebang.

SEBELUM PERGI BIG BOWL ICE

Asalnya kami hanya ingin menuju ke Big Bowl Ice tetapi sedara mara kawan saya yang bernama Aisyah mengajak kami datang ke rumah mereka untuk menjamu selera. Farizza menyiapkan diri selepas solat zohor, lebih kurang pukul 2 petang kami bertolak menaiki grab dari UTeM ke rumah pak cik Aisyah lebih kurang 10 minit. Kami pun menjamu selera sambil berbual-bual dengan pak cik Aisyah yang berkongsikan tentang kehidupan Universiti dan percintaan.

Cerita yang diluahkan oleh pak cik Aisyah telah memberi inspirasi kepada Farizza agar tidak mudah jatuh cinta dengan senangnya. Selepas pak cik Aisyah bercerita Farizza tiba-tiba tawar hati dengan seorang lelaki yang Farizza sukakan. Tidak bermaksud tawar hati itu menyebabkan Farizza menjauhkan hubungan, Farizza masih berkawan dengan dia tetapi dengan cara tersendiri. Biar orang ingat Farizza sudah ada hubungan dengan seseorang agar Farizza dapat elak kenal “lelaki” lain. Hihihi.

Jam menujukkan pukul 3 petang, pak cik Aisyah membawa kami ke Big Bowl Ice. Ramai orang sangkakan Big Bowl Ice ini tempat main bowling tetapi bukan ye awak-awak semua. Ini tempat menyegarkan tekak anda. Farizza mengenal Big Bowl Ice ini selepas tamat pengajian tingkatan 6 tetapi saya tidak sempat untuk menuju ke sana kerana saya fokus bercuti di negeri belah utara dan area-area kampung di Melaka.

KETIKA PERGI KE BIG BOWL ICE

Ketika melangkah masuk ke Big Bowl Ice, kelihatan 2 atau 3 pairs sedang menjamu selera. Kami membelek buku menu agak lama kerana kami pertama kali dan kelihatan gambarnya mengeliurkan tekak kami yang menyebabkan kami sukar untuk membuat keputusan. Kami memesan perisa mango dan macha. Kami hanya mengambil mangkuk bersaiz kecil sekali dan berkongsi dua orang dan nak ambil besar takut tak kena, lain hari boleh repeat kalau kena ditekak.

Kelihatan pelayan sedang membawa milk snow ice with mangoes + ice cream di letakkan di depan saya. Selepas itu, datangnya macha snow ice with oreo. Perkara wajib sebelum Farizza menjamu selera, Farizza sempat lagi mengambil gambar kedua-dua snow ice ini. Farizza dapat rasakan snow ice dikisar dengan lembut sekali. Memang rasa manga yang sedap. Di atas snow ice mangoes ada ice cream corn yang membuat kombinasi dengan mango menyegarkan serta menyedapkan lagi rasanya. Saya bersama Aisyah, Rafi, dan Aina memberi “feedback” untuk snow ice ini biasa sahaja. Farizza memberi 7/10 untuk kedua-dua perisa ice cream ini.





Milk Snow Ice With Mangoes + Ice Cream = RM13.20



Macha Snow Ice With Oreo = RM10.00








Terima kasih sudi membaca, lepas ini Farizza nak terjah tempat lain. BYE!!!

REVIEW CENDOL KAMPUNG HULU DAN ROYALE NASI LEMAK KEDAH (MELAKA)


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.

Farizza nak kongsikan detik-detik manis bersama keluarga tercinta ketika meneroka Kampung Hulu Melaka. Kampung Hulu Melaka sangat terkenal dengan cendol yang pasti membuat semua orang terliur. Ais cendol yang dikisar dapat membangkitkan aura dan cita rasa rakyat Malaysia. Kisaran ais ini luar biasa, tidak seperti di mana-mana gerai yang menjual cendol. Pelbagai menu yang terdapat di kampung Hulu Melaka. Rakyat kita amat terkenal dengan rasa durian. Keluarga Farizza menolak durian seketika kerana selepas kami menjamu cendol kami pergi ke kedai makan. So stay tuned. Farizza cerite serba sikit cendol Kampung Hulu.

Cendol Kampung Hulu meletakkan menu pelbagai citarasa dan harga yang berpatutan. Terdapat 9 citarasa yang pasti memuaskan hati anda.

Menu Dan Senarai Harga
REGULAR(RM5.00) – Cendol, Red Bean, Coconut Ice Cream, and Gula Melaka.
MANGO (RM6.00)*****      
COCKTAIL (RM6.00)
DRAGON FRUIT (RM6.00)
CORN (RM6.00)*****
LONGAN (RM7.00)
BUAH KABONG (RM7.00)
KELAPA MADU LAUT (RM7.00)
DURIAN D24,IOI (RM15.00)*****

***** - HOT SALES! POPULAR FLAVOUR OKAY!.

Ketika Farizza mengunjungi Cendol Kampung Hulu, tidak ramai sangat yang berbaris jadi memang cepat dapat dan cepat dapat menikmati. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari sememangnya lapar dan haus. Kami menikmati cendol sambil melihat sampan yang pusing di sekitar Melaka.

NAH! FARIZZA KONGSIKAN GAMBAR CENDOL!. TERLIUR TAK? MESTI TAK KAN? BELUM RASA MESTI TAK, DAH RASA MESTI NAK LAGI!.





Akhir kata, Farizza beri 10/10 untuk cendol Kampung Hulu.

Selepas itu kami pergi ke ROYALE NASI LEMAK KEDAH CAWANGAN MELAKA  area Kampung Hulu, tak jauh dengan Cendol pun!.
Kebiasaanya nasi lemak seperti warna ke arah santan tetapi lain pula nasi lemak Kedah yang berwarna seperti nasi minyak. Rasanya amat sedap dan harga berpatutan sehingga Farizza tidak larat untuk menghabiskannya. Menangis tepi bucu.

Serba sedikit Farizza ingatkan kan kan.. kan.. (Eh!Nak makan penampar). Harga nasi lemak sepinggan RM2. Seketul ayam, daging lembu, atau kambing RM3-RM4. Lebih kurang sepinggan RM7.00 campur sayur sekali. Harga sangat berpatutan sebab makan macam makan dua orang, terlalu kenyang. Nyah! Saya kongsikan gambar yang sempat snap. Yang lain dah kebulur jadi nasi mama dengan saya je tak terusik lagi. Haha! Sorry tak dapat nak share gambar kambing dia. Abang Hakim dah melahap dulu. Baby Haffaz dah menangis guling-guling nak minum milo ais. Hahaha.



RATE ROYALE NASI LEMAK KEDAH (9/10)

Menamatkan sesi perjalanan di area Melaka, kami pergi Coconut Shake Klebang. Alhamdulillah time datang tak baris panjang, lepas baris baru perasan macam train dah belakang. Okay, nak bungkus order di depan, nak minum, makan dan santai-santai di belakang. Sayang sekali coconutnya tua.. Tak berapa nak sedap coconut kali ini, rasa  air sedap so 8/10