PART 2- TRAVEL CAMERON HIGHLANDS
Assalammualaikum dan selamat
sejahtera semua. Rasa dah lama tak uptade blog. Kali ini Farizza pergi ke
Cameron Highlands kali kedua so Farizza hendak tambah sedikit feedback tempat
menarik di Cameron Highlands walaupun pergi tempat yang sama dan ada penambahan
tempat sedikit.
Hari Sabtu lalu Farizza pergi ke
Cameron Highlands dan menuju ke Aidilbadri Strawberi. Sebelum ini Farizza ada
kongsikan Farizza memetik buah strawberikan, kali ini Farizza fokus kepada
bahagian luar kerana tempat memetik buah ditutup. Sampai sahaja Cameron dalam
jam 1:30 tengah hari, banyak kereta sudah tersusun parking ditepi-tepi kawasan
taman Sedia itu.
Mujur, ada parking jadi kami singgah ke sana
balik. Aduh, pekerja sana mesti perasan kami datang sudah dua kali. Kali ini
Farizza bawa makcik Farizza, kakak sulung Farizza, abang ipar sulung dan anak
buah Farizza jadi kami membawa mereka ke tempat yang kami pergi bulan lepas.
Kami fokus membeli aiskrim yougurt strawberi, aiskrim Malaysia strawberi dan
aiskrim cup Strawberi.
Di bawah ini Farizza sertakan
gambar aiskrim Malaysia strawberi dan aiskrim yougurt strawberi. Tak sempat nak
ambil gambar aiskrim cup Strawberi sebab anak buah dah tak sabar nak merasa.
Maaf. Boleh cari kat google okay.. Hihi.
AIDILBADRI STRAWBERI
RM6
RM15(10 batang)
Feedback Farizza aiskrim yougurt
strawberi sedap kerana tidak terlampau manis dan dihiaskan dengan strawberi
manakala Aiskrim Malaysia Strawberi memang sangat manis dan terdapat cebisan
strawberi. Yummy!. Aiskrim cup Strawberi apa kurangnya memang sedap dan manis
menyebabkan anak buah 1 tahun hendak makan lagi.
Area Aidilbadri Strawberi
terdapat tempat Abang Strawberi. Abang Strawberi menyediakan nasi Strawberi,
waffle strawberi dan tempat memetik buah strawberi. Farizza fokus waffle di
tempat Abang Strawberi kerana rasanya enak sekali. Satu waffle jatuh Rm10
sahaja. Bagi Farizza sangat berbaloi kerana rasanya sangat enak yang
menyebabkan Farizza repeat dua kali guys.. SEDAP GILA WAFFLE STRAWBERI ABANG
STRAWBERI NI!. ORDER GUYS, JANGAN TAK ORDER.
ABANG STRAWBERI
RM10
Okay guys, after that kami terus
ke rumah sewa dan rehat sebentar. Waktu senja semakin menjelma jadi kami menuju
ke Pasar Golden Hill, kami tak sempat nak ambil gambar sebab terlampau ramai
orang dan jalan sesak jadi Farizza sertakan gambar yang ada je ye. Farizza ada
beli buah strawberi 2 pack RM15 jadi Farizza beli 4 pack. 3 pack untuk kawan
kesayangan dan 1 pack sis Nina nak buat kek. Mama dan mak cik beli jagung,
keledek, buah limau dan sayur-sayuran. Kakak tengah dan suami dia lari dulu
sebab sesak jadi mereka beli minuman sahaja.
GOLDEN HILLS
Buah limau sangat sedap dan
manis, 4 biji RM10. Sayur, 5 biji RM10 juga.
Azan Maghrib menjelma kami
pun masih di jalan kerana jalan sesak
untuk menuju ke rumah sewa di Taman Sedia itu, Maghrib hampir menamatkan
riwayatnya maka Farizza berlari terus membuang make up lalu sembayang Maghrib.
Malam itu cukup penat kerana dari pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari baru
sampai Cameron. Kami banyak berhenti di tempat perhentian R&R kerana abang
ipar dan ayah asyik ke tandas. Masing-masing mulut tak berhenti makan, mujur
saya naik kereta dengan kakak tengah dan suaminya. Kami banyak berborak dan
bermain dengan Haffaz, si baby Cleft. Sempat
lagi mereka membeli satay di bawah kerana kami duduk rumah kedai, mujur duduk
tingkat 3.
Pada keesokkan harinya, kami
gerak seawal 8:30 pagi kerana kami ingin menuju ke KEA FARM. Waktu itu jalan
kurang sesak dan kami masuk untuk parking kereta di dalam. Sesetengah orang
yang tidak ingin mengeluarkan wang untuk parking mereka parking di tepi-tepi
jalan menyebabkan jalan semakin sempit.
Suasana dan cuaca di sana dalam
keadaan baik, tidak terlampau panas dan tidak hujan. Sebelum ini saya dapat
menikmati musim hujan. Memang rasa seronok ketika hujan kerana angin sejuk
menambah rasa diri seolah-olah berada di luar negara. Cek tittle Cameron
Higlands untuk lihat suasana hujan. Walaupun sebelum ini saya pergi ketika
hujan kami masih boleh bergerak ke mana-mana. Eh, cerita yang bulan lepas buat
apa? HAHA..
KEA FARM
Gambar ini saya titipkan untuk
semua, cuaca panas plus sejuk ini menyebabkan saya tidak memakai sweater atau
hoodie. Menyibuk pulak orang belakang tu nak join ambik gambar sekali.
Mula-mula Farizza dah nampak line clear tau, bila masa entah dia wujud!
Hahaha!!!!.
Selepas itu kami pergi ke Cameron
Valley, tempat hari itu kami pergi sebab nak beli buah tangan untuk kawan-kawan
dan diri sendiri. Kami tidak turun ke ladang sebab dah ada pengalaman, memang
tak nak turun walaupun view cantik. Penat tak terkata jadi kami hanya pergi ke
kedai teh sambil itu ambil gambar sekali sebab hari itu memang tak sempat nak
ambik gambar Cuma ambil gambar ladang teh.
CAMERON VALLEY
Okay setakat ini sahaja percutian
kami kerana anak buah semua dah meragam nak balik.
Kongsikan gambar di RNR Tapah.
Memang sure belanja si Alisha ini Baskin Robbins. Tengok itu sampai cair.
Farizza memang dengan Starbuck 24h lah. Sekarang ini ada edisi Starbuck with
Neelofa kan, awak kalau nak beli pergi beli. Farizza tak tahu pakai shawl
belit-belit ini, tahu minum Starbuck je.
Start balik lebih kurang pukul 11
pagi dan kami lalu Reglet pulak balik itu sebab nak lalu Simpang Pulai
mengambil masa yang lama. Jam 12 tengah hari kami berhenti Tapah. Selepas solat
Zohor, pukul 2 petang kami bertolak balik. Pukul 4 petang kami sampai di rumah
kampung Selangor so saya rehat dan mandi serta solat asar. Tak lama itu, saya
keluar dan memberi cenderhati kepada rakan-rakan. Tq for your wish friend!. Tq Allia bagi cenderhati from Langkawi, sorry tak join!.
Tq Allia sayang!,