Wednesday, 31 July 2019

REVIEW WARUNG MAK MAH NASI AYAM 1 PORT DICKSON


Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua
.

Hari ini Farizza nak beri feedback kedai makan yang paling Farizza suka di Port Dickson dari tahun 2015 sehingga kini. Sebenarnya kedai ini dahulu pernah masuk rancangan “Jalan-jalan Cari Makan” tetapi kedai ini bertukar pekerja pada tahun 2017 tidak silap ke 2018 macam itu. So far sebelum kedai ini popular dengan air ABC dia yang sedap tetapi kini tak berapa sangat but sedap lah. Sebab dulu orang lain sekarang orang lain, mereka ada dua cawangan. It’s okay guys. Walaubagaimana pun kualiti roti canai, nasi ayam, dan lauk pauk dia memang sangat memuaskan hati. Bila Farizza balik Port Dickson, Farizza akan singgah ke Warung Mak Mah Nasi Ayam 1 ini dan biasanya waktu breakfast around 9 pagi hingga 11 pagi. Kadang-kadang singgah pukul 10 pagi sebab lauk pauk pukul 11:30 pagi dah siap dihidang so memang kita bungkus dan bawa balik kampung.
Sekarang Farizza akan cerita menu-menu mengikut masa.

BREAKFAST




Ketika waktu breakfast jam 9 pagi ini Farizza paling suka sebab kedai Mak Mah tak ramai sangat orang, jangan pukul 11 pagi semua dah mula datang kedai Mak Mah ini. Time itu, mood Farizza kelaut sebab nak bungkus lauk ramai orang. Kalau Farizza datang awal jam 9 pagi, Farizza tak akan bungkus lauk so menu utama yang wajib Farizza makan mesti nasi lemak atau char kuew teow goreng. Farizza suka kedua-dua menu ini sebab sedap dan cukup rasa. Ada je menu lain seperti bihun goreng dan nasi goreng. Kalau korang bawa anak-anak berusia kanak-kanak, Farizza suggestkan anak awak makan nasi goreng sebab nasi goreng dia kurang pedas. Baiklah, kalau tak nak makan nasi goreng pun boleh, sebab roti canai ada. Sekarang Farizza tak rajin nak datang pukul 9 pagi.

ROTI CANAI



I’m falling in love dengan roti canai dia tetapi mama dan ayah falling in love dengan lempeng kelapa dia. Memang sedap, lembut dan puas hati. Tak tahu nak kata apa sebab tak terkata Farizza nak bagi Feedback. Farizza kata puas hati sebab roti canai dia tidak berminyak dan tidak terlampau garing. Take line Farizza boleh kata kurang minyak, rasa cukup dan senang nak putus guna grapu dan sudu. Kuah dia ada dua iaitu kuah dal dan kuah kari. Farizza suka kedua-duanya sebab memang sedap. If anak korang tak makan kuah, just makan roti canai begitu sahaja je dah sedap tau. Lempeng kelapa dia sedap sebab lembut sangat dan memang seronok makan waktu panas-panas. Opss Farizza lupa, roti canai dia walaupun di simpan sampai pukul 6 petang, roti canai dia tetap sama dengan kualiti awak makan panas-panas. Back to story, lempeng kelapa rasa kelapa yang sedap. Ayah kalau makan tak cukup satu mesti nak tambah-tambah.

NASI AYAM


Nasi Ayam adalah menu utama kedai Mak Mah ini so memang Farizza suka nasi ayam Mak Mah ini sebab dia always sediakan nasi yang cantik, sos dan sup yang sedap, ayam dalam kuantiti yang sepatutnya serta salad yang segar. Kebelakangan ini Farizza memang order Nasi Ayam sebab boleh tahan lapar sampai 3 petang. Jam 3 petang baru Farizza lunch. Hahaha.. Biasanya kalau kita order nasi ayam mesti kita rasa tak puas hati bab sup dan nasi. Farizza memang BENCI BENCI GILA DENGAN tukang masak yang suka letak pewarna kuning dekat nasi ayam macam warna pulut. Kuning dia itu tak leh bincang dan lagi satu dia letak kayu manis BANYAK. OMG! I CANT EAT. Sup ini masalah dia bila tukang masak itu letak garam banyak. WEY AKU NAK MAKAN MACAM MANA? . so memang I’m falling in love Nasi Ayam Mak Mah sebab tiada perkara yang Farizza mention BENCI itu. Hihihi..

LUNCH

Farizza nak masuk bab makan tengahari. Makan tengahari kedai Mak Mah ini, Farizza suka beli lauk kicap daging lembu,   masak lemak ikan(whatever type fish), ayam merah, ayam percik, sayur campur, serunding daging(love sesangat), sambal ikan dan sup sayur. Farizza cerita dulu yang Farizza suka sangat iaitu serunding daging sebab rasanya sedap dan terasa sedikit rempah. Serunding daging dapat menaikkan selera makan. Lauk kicap daging lembu adalah favourite saya dengan anak buah 4 tahun. Daging lembu dia memang best sebab Farizza kalau makan daging lembu dia akan potong lagi kecil daripada size segi empat sama. Farizza cuma guna tangan sahaja, daging itu dapat berpisah. Farizza sendiri pernah pergi kedai orang jual lauk daging lembu ini tetapi tidak seperti di kedai Mak Mah , kedai lain jual langsung tak boleh leraikan dan pejal so memang makan tu terselit daging di celah-celah gigi. Gigi I rapat-rapat bila terselit memang terlalu susah nak keluarkan.
Ayam merah dia pula memang Farizza suka sebab size ayam dia memang besar-besar dan terasa sedikit cili. Memang sedaplah. Farizza memang suka rasa kelazatan ayam dia sebab rasa manis. Ingat Farizza tak akan makan kulit, Farizza makan isi sahaja. Bila pergi KFC pun macam itu, tetapi bila dekat kedai memang paksa makan walaupun rasa nak muntah. Entah memang tak love kulit, love isi.. hihihi. Akhir sekali Farizza suka makan sup sayur sebab ada tahu. Tahu yang digunakan sedap dan rasanya tahu telur sebab rasa manis. Terliur pulak. Hihi.

AIR MINUMAN

Farizza akan order air milo ais atau milo panas. Farizza susah nak tukar menu tetapi bila milo habis Farizza order air laici. Farizza memang suka milo dia sebab cukup rasa, jarang sekali jumpa air milo dia tak berapa ngam lah. Maybe 2 atau 3 kali tak ngam kat hati. Biasa tak ngam itu, terlebih susu, terkurang gula, ataupun terkurang serbuk milo. Semua kurang yang tak puas hatinya. Hahaha. Jangan risau mesti sedap bila korang order. Yelah tak akan tak pernah dapat air yang kurang ngam kan. Farizza dah 5 tahun kut ulang alik ke kedai Mak Mah ini. Farizza akan datang hari Sabtu dan Ahad. Hari umum bila ada emergency sahaja. Mama akan order air nescafe ais or panas manakala ayah order kopi O panas cawan besar. So far memang ngam.

KAWASAN TEMPAT MAKAN

Kedai Mak Mah ini memang banyak kerusi tetapi jangan ada hari Tentera dengan hari Polis memang sesak tak terkata. Kedai Mak Mah ada dua keadaan. Keadaan pertama di sekeliling lauk, kaunter dan roti canai. Lebih kurang 50 orang boleh duduk di keadaan luar. Mak Mah ada tempat tertutup iaitu bilik khas yang ada aircond. Dalam around 30 orang boleh serbu masuk ye. Terdapat 2 buah penghawa dingin. Tempat ini lebih rileks sebab tidak bising berbanding di luar memang pelanggan mulut tak reti diam bila makan.

Mesti nak tahu bersih ke tidak? Farizza datang kedai Mak Mah ini memang bersih sebab pekerja dia akan lap meja lepas customer sebelum ini duduk. Farizza nak pesan ini wahai-wahai pelancong sekalian TOLONG BAYAR DEKAT KAUNTER BUKAN PANGGIL PEKERJA SURUH KIRA SEBAB CUSTOMER INI BUTA KUT ADA BOARD “BAYAR DI SINI” PUN BONTOT MASIH PANAS!. Farizza pernah nampak ada customer macam itu, Farizza kerjanya sambil makan memerhati orang. Habis korang!. Ada mata aku pandang lah walaupun aku tunduk korang ingat aku tak nampak korang buat apa. HAHAHA.

Sekian sahaja feedback saya. So carilah kedai Melayu kalau nak beli makanan. Mesti ada yang kata Char kuew teow King kan, Farizza pernah makan tetapi Farizza tidak puas hati kuantiti dia. Tapi entahlah kalau sekarang dah banyak, yelah masuk Book and Record. Sebab apa tak pergi-tak pergi sampai sekarang walaupun rumah dekat dengan kedai itu sebab Mama akan kata, lauk banyak ini siapa nak makan. Last Farizza makan 16 tahun, sekarang 20 tahun. Farizza makan dekat situ time tak popular tau, kini time popular Farizza tak makan. Huish, tak sanggup tunggu.

Assalammualikum dan selamat bercuti!.


Sunday, 14 July 2019

REVIEW & BENEFITS NH COLLA-PLUS 3


MINUMAN BOTANI NH COLLA-PLUS 3



RM37.00 Sekotak di Watson.



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua. Topik hari ini NH Colla-Plus 3.

Farizza nak beri review sedikit tentang produk NH Colla-Plus 3 ini setelah Farizza consume 6 botol selama 6 hari. Btw Farizza dah stop NH Colla- Plus 3 sebab Farizza consume another product yang betul-betul kata kunci untuk muka Farizza. Produk NH Colla-Plus 3 ini bukan tak bagus tau tetapi memang bagus. Farizza dapat melihat perubahan seawal 3 hari tetapi itulah tak tepat dengan kata kunci muka Farizza. Kata kunci muka Farizza yang utama menghilangkan bintik hitam iaitu dark spot.

MESTI NAK TAHU NH COLLA-PLUS 3 INI UNTUK APA? APA KEY POINT? SIAPA BOLEH CONSUME? BACA DI BAWAH YE.

1.       NH Colla-Plus 3 ini sesuai untuk golongan yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2.       NH Colla-Plus 3 diperkayakan dengan yis seramida dan ekstrak zaitun.
3.       Minuman NH Colla-Plus 3 sesuai diminum oleh lelaki dan perempuan serta semua jenis kulit.
4.       Membantu menambah seramida yang hilang akibat faktor persekitaran dan penuaan.
5.       Meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit.
6.       Memulihkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
7.       Membantu menghalang pengeluaran melanin dan mempromosikan kesan percahayaan pigmen.
8.       Menyokong struktur kulit untuk mengelakkan kedutan dan garisan.

MANFAAT YIS SERAMIDA?

1.       Membantu menggantikan semula seramida kulit yang hilang akibat faktor persekitaran.
2.       Meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit.
3.       Membaik pulih dan kulit menjadi lembap.
4.       Membantu mencegah pembentuk melanin dan mencerahkan tona kulit
5.       Menyokong strukutur kulit (tak adalah umur 20 tahun dah kedut muka)

KESIMPULAN

NH Colla-Plus 3 ini menitikberatkan struktur kulit iaitu menghilangkan kedutan dan memberi keanjalan pada muka. Pada masa yang sama, boleh menyebabkan kulit kita cerah. Kelebihan minum collagen ini ialah memberi tenaga kepada badan kita, walaupun sehari dah penat bekerja pasti tenaga dapat kekal sehingga malam. NH Colla-Plus 3 membantu menghalang faktor persekitaran yang kotor melekat pada muka.

KENAPA FARIZZA TERPENGARUH DENGAN NH COLLA-PLUS 3?

Kalau you all nak tahu Farizza baru 20 tahun ada kedutan sikit je lah, tetapi risau tu tak boleh kata. Sebab apa tau, asal datang kenduri “Eh, awak yang dah kahwin kan?”. Tepuk dahi guys, muka I lagi tua daripada kakak I. So I decide cari product, mula-mula pergi guardian nampak “KITA Beauties” tetapi tiba-tiba ternampak NH Colla Plus-3 dalam iklan dan dengar review daripada kawan kakak, itu yang cuba. Apabila Farizza consume selama 6 hari, alhamdulliah muka anjal tanpa kedutan. Keluarga I mula nampak perubahan I lalu mereka kata “ Muka kau nampak bersihlah walaupun ada dark spot”. Berbunga hati tau. Alhamdulliah, ini sumua kerja Allah. Kita tak boleh berharap sangat dengan sesuatu produk tanpa usaha dan tawakal dengan Allah. Kalau you all baru start consume NH Colla Plus 3, please  minum banyak air dan jangan makan manis dalam kuantiti banyak sebab NH Colla-Plus 3 ini dah cukup buat you all bertenaga.

PERINGATAN
Kepada pengguna newbie saya nak ingatkan kalau you all ada alahan zaitun ke yis seramida ataupun alahan seafood, diingatkan jangan mengambil collagen. Saya alahan seafood tetapi cuma alahan ketam dan udang jadi saya try consume, alhamdulliah okay. Sesetengah produk boleh terima di badan dan ada yang tidak boleh. Kalau boleh jika you all mengidam sangat nak minum collagen ini boleh try kawan punya. Bayarlah kawan itu RM8 ke RM10. Sudah memandai. Kalau rasa okay, cepat-cepat beli di Watson okay!.
.
.
Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca dan mengambil tahu tentang minuman botani yang sihat untuk tumbuh badan. Memang betul, kalau makanan kita sudah cukup mengikut piramid makanan, buat apa kita nak ambil makanan tambahan. Farizza as student, kadang kala Farizza sibuk menghadap laptop sehingga makan nasi,ikan atau ayam, dan sayur dalam kuantiti sikit maka zat dalam badan Farizza berkurangan, itu menyebabkan tenaga Farizza berkurang. Di samping itu, tekanan yang dialami ketika study menyebabkan muka kita tidak bermaya walaupun kita sentiasa menjaga kebersihan muka.
.
ASSALAMMUALAIKUM DAN BYE! SELAMAT MENCUBA! KEKALKAN MINUM AIR YANG BANYAK!. BUKAN 3 LITER SEHARI TETAPI MINUM MENGIKUT BERAT BADAN ANDA. KURANG AIR ANDA AKAN HIDRASI TETAPI LEBIH AIR ANDA AKAN KEMBUNG! BUKAN ITU SAHAJA GINJAL ANDA JUGA ROSAK KERANA PENAT MEMPROSES WALAUPUN AIR KOSONG!.
 .

Muka selepas consume 6 hari minum.


Tuesday, 9 July 2019

TIPS LESEN MEMANDU KERETA



LESEN MEMANDU KERETA DA (Auto)

Asalammualaikum semua. ALHAMDULLIAH semalam saya lulus dalam menjalani ujian lesen memandu kereta.

Hari ini saya nak cerita dekat semua orang perjalanan saya menghadapi ujian untuk mendapat lesen L dan lesen P.  Disebabkan saya duduk di Melaka jadi saya ambil di sekitar kawasan Melaka. Dekat mana itu? Biar rahsia. Perasaan ketika mengambil lesen ini saya ada perasaan takut dan risau. Sebenarnya saya tidak pernah mengambil mana-mana lesen. So memandangkan ini lesen pertama saya, saya tidak tahu perjalanan mengambil lesen lebih jelas. 

Kita start berjumpa dengan penjaga kaunter services dan decide harga. Harga lesen kereta auto  RM1323 manakala kereta manual around RM1000 . Saya diberitahu menagambil lesen kereta auto pada bulan ini diberi promosi dalam RM1232. Pada awal pendaftaran kita perlu membuat pembayaran untuk memasuki kelas KKP 01 dan biasanya di tempat yang saya ambil ini hari sabtu atau ahad sahaja mereka melaksanakan ceramah. Ceramah ketika itu bermula pada jam 8 pagi sehingga 2:30 petang. Bayaran pendaftaran RM265.00. Masa mula-mula masuk ke kelas mereka menyediakan ujian warna untuk memastikan pengambil lesen tiada buta warna. Ceramah ada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Kita juga perlu membuat pembayaran buku sebanyak RM13 sahaja. Setiap buku ada nombor siri jadi siri itu pemilik sorang. Tak boleh share tau!

Bahagian A berkaitan tentang lesen L. Penceramah akan menerangkan simbol-simbol papan tanda dan tips untuk menjawap soalan. Selain itu penceramah turut memberitahu kesalahan yang kerap pengambil lesen lakukan ketika menjawap soalan UJIAN UNDANG-UNDANG BERKOMPUTER. Bahagian B pula, penceramah akan menerangkan lesen P iaitu KPP 02, KPP 03 dan test JPJ. KPP 02 dan KPP 03 ini berkaitan jalan raya dan litar. Jalan raya disini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A, B dan C. Litar macam biasa dilaksanakn di pusat lesen itu sendiri.

Litar ada enam elemen untuk kereta auto :
1.       Bukit
2.       Parking
3.       3 penjuru (T)
4.       Konah S
5.       Ramp (auto sahaja)
6.       Z

Baiklah, saya akan menerangkan tips untuk mengambil lesen L. Sebenarnya amat pelik jika seseorang gagal menjawap ujian komputer. Hal ini dikatakan demikian kerana, soalan dibentuk oleh JPJ ada di aplikasi google play store. Hampir 99% soalan komputer sama seperti aplikasi tersebut. Saya mengambil masa hampir sebulan untuk study kerana tiada kelapangan masa untuk pergi dan akhirnya pergi bersama pak cik yang bekerja di pusat lesen itu.

Saya seorang yang sukar untuk melintas jadi ada seorang lelaki luar negara bawa saya melintas. Ketika itu, pak cik yang hantar saya ada di pendaftaran nama lesen L. Tak berapa jauh sangat dengan pusat komputer itu tetapi melintas dijalan raya sukar kerana jalan dihadapan berbukit jadi kenderaan susah untuk lihat orang melintas. Al maklum, kenderaan macam kat F1. Susah nak nampak kereta bawa dalam around 60 atau 80 kmj.

Kelakar dekat sini ada seorang lelaki, cerahlah muka dia, nak kata hensem tak juga nak kata tak hensem tak jua. Dia naik motor punyalah dia toleh saya sampai kebelakang. Mungkin dia pelik nampak saya dengan lelaki luar negara itu tetapi saya tidak peduli sebab ini keselamatan saya. Biarlah orang fikir couple ke apa ke janji saya melintas. Btw nak bagitahu saya langsung tiada teman lelaki dan buat masa ini masih fikir kerjaya.

Alhamdulliah saya dapat result 48/50 dalam ujian komputer. Tips disini selain praktis menggunakan aplikasi, anda boleh mengaplikasi di jalan raya. Ketika anda menaiki kereta grab, bas dan teksi mesti anda akan lihat signboard. Dari situ cuba anda teka dan lihat jawapan di buku yang anda beli ketika pendaftaran. Biasanya orang tidak tahu apa kegunaan sign board SERU (!). Sign board (!) bermaksud bahaya- bahaya lain. Itu sahaja tips yang saya boleh kongsi untuk ujian undang-undang komputer. Goodluck!

Bahagian B

Mesti tertanya-tanya mana satu part susah untuk kereta auto dalam melaksanakan ujian litar. Kesusahan disini sebenarnya bergantung kepada individu. Ketika saya menjalani latihan bukit, bukit  adalah makanan saya TETAPI ketika test JPJ ia menjadi musuh saya. Ini berlaku kerana suasana ketika test JPJ lain dengan suasana ketika latihan. Saya sedikit gabrah. Bukit ini istimewa dia, boleh cuba 2 kali sahaja. Alhamdulliah, apabila saya repeat saya lepas. Sekali je repeat bahagian litar ini. Okay price repeat bahagian litar iaitu bahagian 2 RM85.00 dengan sekali test card RM11.00. Saya cuma repeat bahagian litar sahaja kerana bahagian 3 iaitu jalan raya saya lulus ketika percubaan pertama. Markah time itu 68/80. Markah  biasa-biasa sahaja. Katakan lah kalau korang dua-dua test gagal korang perlu bayar RM160.00 dengan test card RM11.00. If bahagian 3 je fail, harga sama macam repeat bahagian 2. Ini untuk kereta auto sahaja. Manual I don’t know!.

Bahagian 3 saya dapat jalan A. Sesetengah orang tidak suka jalan A sebab dia kawasan sekolah, bukan jalan lurus, banyak bukit, ada jalan Y, lepas traffic light ada bukit. Okay but for me saya suka sebab saya bukan selalu memandu tanpa lesen jadi saya dah biasa time latihan bawa kereta setakat 60kmj di jalan raya, lepas tu kat sekolah around 30kmj-40kmj.  Jalan B dan C jalan highway dan saya tak kenan bab pusing (U turn). Kau tahu jelah orang letak 80kmj, diorang bawak 110 kmj. Bercinta nak pusing tau sebab kena tekan minyak. Hm.. Tapi kebanyakan mereka suka jalan highway sebab kekalkan 80kmj dan tak banyak signal nak guna berbanding jalan A. So its up to you likes which one.  Goodluck!

Okay guys, mesti nak tahu juga bab litar mana orang jadi bualan. Okay, part 3 penjuru (T). KENAPA? Hanya tiga kali sahaja tekan brek. Sekiranya anda lebih menggunakan brek anda gagal. Bende ni jadi sebab  bila kita tidak tukar gear. Okay, auto, korang masuk D4 lepas tu brek. Bila korang pusing stereng habis ke kanan korang lupa pula ye tukar gear R. Habislah korang ke depan lepas tu brek. GAGAL!. Ini time latihan je saya kena. Test JPJ tak ada. Lagi satu bila korang tak lupa lah gear R tu. Dah elok masuk secara tegak dan brek. Ini pun sama jangan lupa tukar balik gear D4. Jangan biarkan gear itu R. Gagal nanti. Manual juga ada masalah 3 penjuru. Bila saya tanya kereta manual, kenapa repeat banyak kali? . 3 penjuru. Kereta auto jarang sekali orang ambil. Saya seorang jelah ambil. Memang struggle and lonely bila buat ramp. Ramp juga famous orang gagal sebab lupa brek, lepaskan brek tangan, tekan gear N, lupa reverse, langgar tiang dan seupama. Masa latihan saya lupa lepaskan brek tangan dan reverse. Alhamdulliah time test JPJ sempurna.

Kalau anda ingat semalam, semalam kan hujan. Berhujan saya ketika melakukan test JPJ sebab saya buka tingkap nak tengok dot-dot parking, tayar lurus ke tak, tayar masuk line kuning tak. Biasalah hujan mesti tingkap penuh dengan air, macam mana saya nak nampak roda kalau tak buka tingkap. Nikmat hujan memberi rahmat dan rezeki saya lulus ujian bahagian 2. Terima kasih kepada cikgu yang sanggup mengajar saya walaupun asalnya berputus asa. Maklum saya tak pernah pegang stereng. Pertama kali saya pegang stereng ketika mula-mula belajar dengan cikgu memandu. Bayangkan. How struggle I do the best walaupun auto. Peringatan tulus daripada saya, kalau korang rasa nak cepat masuk test JPJ, always study memandu kereta. Nak memandu boleh janji jangan jalan yang bahaya. Saya tak berlatih pun kat rumah.. Latih dekat pusat lesen je.

Okaylah goodluck u alls.. Murah je kat Melaka RM1323 kalau kat Selangor RM1700++ area kampung saya. Repeat RM155. Wah! Mahalnya.  So saya sangat beruntung tinggal di Melaka and dapat price super jimat dan murah. Kalau tempat korang lagi murah sila pergi dan war-warkan dekat semua orang.

Asalammualaikum.