Nikmatnya Ramdhan Kali Ini!
Assalammuaalaikum dan selamat berpuasa bagi umat Islam di
seluruh negara.
Hari
ini cukup Ramadhan yang ke 26, tinggal 4 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan
kita. Saya ingin kongsikan pengalaman berpuasa pada tahun ini. Berpuasa bersama
dengan mama saya memberi kelainan pada tahun ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sudah 6 tahun tidak menyambut bulan mulia (Ramadhan) bersama mama saya.
Perpisahan bersama keluarga amat perit tetapi perlu diteruskan demi mama dan
ayah mencari rezeki di tempat orang. 6 tahun dahulu, saya berpuasa di kampung
halaman bersama mak cik saya, kakak sulung dan abang ipar saya. Adik beradik
mama saya tidak ramai, hanya 2 adik beradik iaitu mak cik saya dan mama saya.
Tambahan pula, mak cik saya tidak mendirikan rumah tangga maka dia menjaga saya
dan kakak saya sehingga dewasa.
Kelainan
yang ingin saya kongsikan di sini, saya amat gembira kerana diberi peluang
berpuasa bersama mama saya sekali lagi. Duduk bersama dengan mama saya dapat
memberi impak yang positif kerana setiap jadual pemakanan, aktiviti harian dan
tatasusila terjaga. Perkara seperti jadual pemakanan, mama saya selalu
menitikberatkan dengan memastikan saya makan nasi. Naluri seorang mama memang
tajam kerana mengetahui kelemahan anaknya maka dia selalu menasihati anaknya
jika berbuka dan bersahur perlulah makan sedikit nasi. Kelemahan saya yang
tidak dapat dielakkan ialah saya perlu makan nasi setiap hari. Sekiranya saya
lupa untuk makan nasi, perut saya akan masuk angin dan saya rasa perut saya
tidak selesa dan menyebabkan saya sakit perut.
Sesetengah
masyarakat akan pandang hina kepada saya kerana saya sudah berusia 20 tahun
tetapi masih berada di sisi ibu bapa. Rakan-rakan yang lain sibuk mencari
sumber kewangan manakala saya masih berada di rumah menjadi penganggur. Saya
bukan tidak mahu bekerja tetapi dengan permintaan mama saya, saya terpaksa
angkuh. Saya mula faham kenapa mama saya melarang saya untuk bekerja. Kualiti
masa amat bermakna jika kita hargai sebab itu, masa itu emas. Tidak semua orang
dapat merasakan detik manis bersahur dan berbuka bersama ibu bapa.
Ketika
waktu bersahur saya amat menyukai detik ini. Apabila jam berdering pada 4 pagi,
lantas saya bangun dan mengejutkan mama saya untuk bersama-sama memasak lauk
untuk sahur. Kami tidak masak lauk yang terlalu berat hanya setakat ayam goreng
ataupun ayam kicap. Itu sudah memandai. Paling penting ketika memasak kita
beriteraksi dan saling berkongsi cerita.
Waktu bersahur dan berbuka mesti kami akan mengambil sebiji kurma. Menu
yang saya selalu makan ketika bersahur ialah milo panas, nasi berlaukkan ayam,
kokocrunch, dan sebiji kurma. Makanan tersebut memberi kecergasan dan tenaga kepada saya sehingga azan maghrib berkumadang.
Pengalaman
saya setiap kali pergi ke bazaar Ramadhan yang saya tidak pernah lupa, mama
saya memimpin saya di jalan raya. Saya seorang yang ragu-ragu apabila melintas
kerana pengalaman mengajar kita. Jalan yang mempunyai jalan khas untuk penjalan
kaki belum tentu selamat untuk kita melintas kerana keadaan jalan yang sesak
dan sikap pemandu tersebut. Soalan paling famous setiap kali ke bazaar, mama
saya ajukan kepada saya ialah “Nak makan apa?”. Saya akan menjawap dengan
ringkas iaitu “ikut mama”. Hahaha. Ramadhan sudah masuk ke penghujung tetapi
soalan sama masih terukir di bibir. Saya juga akan memesan kepada mama saya
supaya membeli satu makanan yang berat dan 3 biji kuih sahaja. Maklumlah bulan
puasa ini, makanan di depan mata semua hendak dibeli.
Perbezaan apabila berbuka bersama dengan mama saya
ialah mama saya akan ikut konsep saya iaitu membeli makanan secara berhemah
berbanding mak cik saya dia akan berbelanja mengikut kehendaknya. Susah kalau
kita kata dia tidak hendak mendengarnya. Kita juga akan dimarah kerana makanan
terbiar begitu sahaja. Saya perlu angkuh kerana mereka berusia, mereka lebih
berpengalaman. Mama saya juga memahami konsep membeli makanan iaitu membeli
makanan yang mempunyai rasa yang sedap, kualiti yang sempurna dan harga yang
berbaloi. Pengalaman di kampung pula, kebanyakkan peniaga ingin mengambil
keuntungan sahaja. Itu menyebabkan terjejasnya kesihatan. Saya akan dimarah
kerana tidak menjaga kesihatan. Pening kepala dibuatnya. Saya tidak bergantung
kepada makanan di luar tetapi di rumah, hendak buat bagaimana kalau nasi sudah
jadi bubur. Saya tidak mengatakan makanan di kampung tidak berkahsiat, makanan
yang disediakan berkhasiat tetapi perlu memilih peniaga yang betul memahami
konsep berniaga dan kebersihan.
Pada
bulan Ramadhan ini, saya diberi peluang menghadap Sang Pencipta saya dengan
lebi dekat iaitu Allah S.W.T. Saya menghabiskan masa saya dengan menunaikan
solat 5 waktu dan membaca Al-Quran. Pengalaman bersama-sama membaca surah
Yasiin dan bersolat memberi ikatan kuat antara ibu dan anak. Saya duduk bersama
mama saya tetapi hari sabtu dan ahad saya akan duduk bersama mama dan ayah
saya. Setiap hari Jumaat kami akan pulang berjumpa dengan ayah saya, waktu itu
detik manis terukir semula dengan menikmati juadah berbuka bersama mama, ayah
dan juga kakak tengah saya serta abang ipar saya. Apabila waktu berbuka
masing-masing menjamu selera dan
selitkan waktu berbual sebelum mendirikan solat. Saya juga selitkan masa
bersama anak buah dengan menyuapkan makanan. Senyuman terukir bibir sudah
membuat saya sungguh terharu. Sesi hari sabtu pada jam 10 pagi, kami akan gerak
ke kampung halaman untuk berjumpa mak cik dan kakak sulung serta anak buah saya
yang sedikit nakal itu. Masa dihabiskan dengan berbual-bual dan melayan anak
buah tercinta. Ketika waktu berbuka adakala kakak sulung bersama dan adakala
tidak kerana dia berbuka di rumah ibu mentuanya. Sekampung suami isteri!
Hihiks.. Apa kurangnya kakak tengah saya pun sekampung dengan suami dan berbuka
di rumah mentuanya. Jangan tanya saya, saya masih kecil lagi . Haha.. Betulkan
saya cakap?
Akhirnya
saya dapat menikmati tinggal bersama mama dan ayah saya. Rezeki tahun hadapan
pula, kita tidak tahu sama ada masih berbuka bersama lagi ataupun tidak kerana
takut berjauhan melanjutkan pelajaran. Detik ini saya tidak akan sia-sia kan. Peluang
ini mengajar saya belajar menghargai orang yang kita sayang dan cintai. Tiada
mereka siapalah kita. Mereka sudah berjasa dengan kita, mereka membesarkan kita
sehingga dewasa. Penat lelah mereka telan, sedih dan kecewa mereka hadam tetapi
mereka masih megukir senyuman kepada kita walaupun hati sepahit hempedu. Mereka
juga kerap menegur kita supaya kelak nanti kita dapat mengingati kembali
saat-saat memori indah yang pernah mereka titipkan kepada kita. Jangan pernah
mengeluh saat dia meminta bantuan kerana dia tidak pernah mengeluh membesarkan
kita. Besar pengorbanan mereka yang kita tidak dapat membalas sampai bila-bila.
Sampai sini coretan saya,
Assalammualaikum .