Tuesday, 12 March 2019

STPM

Assalammualaikum dan selamat sejahtera..


   Pertama sekali saya nak beritahu saya sangat bersyukur kerana result STPM saya baik-baik sahaja..
Hari ini baru sempat tulis blog. Sebenarnya malas nak menaip ini tapi gagahkan diri tulis juga. Result STPM tak adalah lepas pagar dan baik sangat. Terima kasih kepada guru kerana menolong saya dan kawan-kawan sehingga mencapai hasrat yang diimpikan. 

  Alhamdullilah saya dapat pointer 3.08 sahaja.. haha😄 Bukanlah top student pun. Saya cuma rasa gembira sahaja sebab selama ini saya bukanlah pelajar cemerlang. Keputusan UPSR, PT3 dan SPM saya semua kick out (lulus tetapi tiada yang sudi nak masukkan sekolah asrama). Keputusan yang saya terima ini saya sudah mula risau sama ada pihak universiti terima saya ke tidak?  Memandangkan ramai pula yang cemerlang daripada saya. Keyakinan saya berkurang pula. Saya kurangkan kerisauan ini dengan mengadu kepada pencipta saya.

  Saya imbas kembali waktu saya tingkatan 6. Saya ulang semula saya bukan pelajar hebat-hebat. Ketika result sem 1 semua orang rata-rata dalam kelas dapat 3.0 ke atas. Saya? 2.58 sahaja? Malu rasanya ketika itu. Saya mengulang juga tetapi tiada rezeki sebab keputusan tak berubah. Ketika sem 2 , alhamdulliah hampir 3 pointer iaitu 2.92. Saya mengulang juga dan keputusan berubah. Alhamdulliah. Sem 3 saya menurun sedikit kepada 2.75. Sem 3 tiada mengulang ye! Ingat itu!

   Ujian mengulang yang diadakan bulan 12 tahun lepas saya ditimpa ujian. Apa itu? Macam pelik sahaja saya tulis. Saya menghidap penyakit chicken pox ketika mengambil ulangan sem 1 dan sem 2. Sejarah keluarga saya tiada seorang pun terkena chicken pox. Saya juga pertama kali menghidap penyakit ini. Saya hanya bertahan dengan ubat tahan sakit dan gatal. Doktor beritahu kepada saya sekiranya saya enject, keesokan pagi mesti bintik merah keluar dan saya tidak dapat fokus dengan ujian saya. Oleh itu, saya ambil ubat tahan sakit sahaja.
.
.
Baiklah saya kongsikan gambar ketika mengambil keputusan .
     



Team study selalu gila-gila. Bersyukur sangat dijumpakan dengan mereka kerana mereka mesra


Guru kelas dan guru subjek ekonomi kami. Kerap kali cikgu ekonomi saya beri kuiz setiap kali mula presentation dan lepas presentation.  Kuiz yang diberi membantu kami untuk menajamkan lagi ilmu yang kami ada. Jarang sekali marah kepada kami tetapi pernah sedih sebab keputusan sem 2 subjek ekonomi menurun. Alhamdullilah masing-masing mengulang dan keputusan meningkat.


Guru pengajian perniagaan saya. Cikgu sangat ceria dan kerap belanja kami makan. Terima kasih kepada cikgu. Cikgu pengajian perniagaan saya juga kerap beri tips untuk kami menghafal dan memahami sesuatu konsep. Subjek pengajian perniagaan rata-ratanya mengatakan susah tetapi saya tidak rasa susah. Perasaan ini wujud setelah minat dengan subjek pengajian perniagaan.


Cantik tak saya? Eh! perasan sahaja.



Ketika ini sudah lama rasanya tidak mengambil sijil di hadapan. Perasan ada rasa malu tetapi setelah jurukamera ingin mengambil gambar ( 4 orang tidak silap) terus confident. Ceh berlagak! Tak sedar ke diri sendiri itu top 16 bukan top 3 pun. Haha. 


3 orang pelajar cemerlang tidak hadir sebab mereka sibuk dengan kerja. Sedih sekali tidak dapat berjumpa dengan mereka kerana saya bukan menetap di sini. Saya menetap di Melaka, Apabila jumpa rakan-rakan begitu terharu. Saya orang Selangor tetapi saya merantau ke Melaka atas sebab-sebab tertentu.

.
Coretan saya sudah berakhir sampai disini sahaja.
.
Moga berjaya sehingga menara ganding. Ilmu kami mentah . Ilmu kalau disimpan tetapi tidak diguna, tidak bermakna untuk kehidupan kita. Assalammualaikum dan selamat malam semua


No comments:

Post a Comment