Tuesday, 11 August 2020

FLONERCH (REVIEW CASING PHONE)

 

Assalammualaikum dan hai semua. Hari ini Farizza nak cerita apa ya?.

Baiklah, Farizza hari nak share feedback custom name Casing Phone. Sorry juga tak masuk dalam list entry sebelum ini sebab Flonerch mengeluarkan casing phone for final batch. Kebetulan my model ada bila last batch. Harga casing sangat berpatutan iaitu 3 RM100 include pos. Farizza beli 3pcs tetapi Farizza share dengan my oldest sister iaitu sis Farhana a.k.a sis Nana. Farizza beli 2 casing phone dan sis Nana beli satu casing phone. Almost one month one weeks nak tunggu casing phone dapat. Tarikh tutup order hari itu 30/6/2020 dan Farizza dapat 11/08/2020.

Farizza sangat berpuas hati sebab size dia muat dengan phone Farizza iaitu OPPA A9 2020. Kita pakai phone murah-murah je awak. Farizza ada lah teringin nak guna iphone tapi rasa teringin nak guna Huawei. Sebelum Farizza beli OPPO A9 2020, memang nak sangat guna Huawei tapi kakak menghalang, so pasrah guna OPPO. Maybe one day, Farizza guna Huawei bila dah bekerja ke. In Sha Allah.

Tak akan Farizza berpuas hati dengan size casing sepadan dengan model phone je kan? Farizza puas hati dengan material casing iaitu Matte. Material Matte tak kasar dan tak licin. Dia bukan jenis berkilat. So kalau pegang tu tak adalah cepat jatuh dan tak ada kesan shining. Farizza memang tak suka shining sebab sakit mata dan rasa over bila pakai shining shining.

Ini juga salah satu feedback, mungkin customer lain tak heran sangat sebab bukan term bila buat pembelian dapat gift. Baiklah, terima kasih pihak Flonerch kerana memberi sedikit gift iaitu paloraid Thousand Love dan Gift Voucher RM5 OFF.  Farizza not sure, Flonerch akan keluarkan balik tidak casing phone custom name. Tapi Farizza nak bagi feedback dekat blog supaya suatu hari nanti misalnya Flonerch keluarkan casing phone korang boleh lah check out blog Farizza. Boleh bezakan harga, design dan jenis casing.

Farizza kenal Flonerch dah lama. Sejak dia build Instagram first sekali, waktu itu 1 January 2019 kut. Waktu itu Farizza tertarik dengan Planner Flonerch yang boleh custom name dan harganya RM99. Apabila pertengahan bulan harga dah jadi separuh tau. Bukan Farizza berkenan dengan planner sahaja tetapi berkenan juga dengan TRAVELLE MUG. Farizza penggemar minum coffee Starbuck jadi Farizza memang teringin nak beli tapi tak kesampaian sebab nak guna duit untuk study. Kebetulan casing phone ini keluar waktu dah nak final sem 2. Jadi, baki duit Farizza study online Farizza gunakan untuk beli casing. Alhamdulillah baki duit kini tenat! Sebab plan dengan kawan bercuti. So stay tuned nanti Farizza uptade percutian. Uptade pertengahan bulan September tau!. Jadi, jangan lupa tunggu entry yang akan datang.

Mungkin ada yang tanya kenapa Farizza tak cari sendiri dekat kedai telefon? Farizza cari awak, tapi casing phone jenis plain yang ada dan design lelaki sahaja. Tak akan Farizza nak guna design lelaki, kasar nau!. Shopee dengan Lazada design dia tak menarik hati Farizza. Senang cerita tak cair di hati Farizza. Kalau yang faham Farizza jenis macam mana, maybe korang akan faham yang sebenarnya Farizza suka jenis custom name. Tengok entry sebelum ini banyak hint apa yang Farizza suka. Senang cerita, bahagian tepi tekan bulan August ada entry sebelum ini dan click untuk baca.

Flonerch ada keluarkan Hair and Body Fragrance Mist dan juga Flonerch   keluarkan balik Le Gateaway Bag yang mana korang boleh custom nama dekat beg itu. Especially, design beg ini sesuai untuk orang yang kuat pergi shopping, ibu muda, dan mak-mak. Design beg cantik dan nampak class bila pakai ketika pergi beli grocery. Jadi jangan lupa dapatkan Body Mist dan beg Flonerch .

Farizza beli through HQ terus ke? Tak, Farizza beli through dropship @flonerch_shaf (click),  nama ds iaitu Sharifah. Thank you, Sharifah because awak selalu uptade about my casing phone so guys boleh what’s app Sharifah 0138912126. Jadi, korang boleh je what’s app sis Sharifah.  Sis Sharifah totally friendly, sangat senang jawap soalan Farizza. Yelahkan, barang pre order biasa 14 days tapi bila dah lebih kita rasa tertipu jadi sekarang korang tak perlu takut lagi bila beli dengan sis Sharifah.

Maybe ada yang tak sabar tunggu HQ balas, boleh guna nombor ini untuk korang deal ataupun boleh je click link @ kat atas tu, nampak bio ada link whatsapp tekan dan terus berurusan dengan sis Sharifah. Pada awalnya memang Farizza try awal bulan June tapi tak ada design Farizza, tiba-tiba sis Sharifah ini chat Farizza akhir bulan June yang mengatakan model dah ada, terus Farizza deal dengan dia.

Farizza nak share gambar dekat bawah. Lawa kan?


Ada 4 design tapi Farizza beli 3 je sebab promo tu 3 pcs RM100 include pos.


Suka dengan design yang ini!. Btw Thank you yang pilihkan design dua-dua ini. Masa beli serius confius which one but thank you lah Mr. A sebab tolong pilihkan. 


Casing phone yang kat tengah itu kakak sulung kita punya. Model casing ialah OPPO A3S.


Guna filter Instagram je buat video ni.


Wednesday, 5 August 2020

INSTA SHOP CUSTOMIZE NAME

Assalammualaikum dan hai semua. Farizza hari ni nak share sikit tentang ? Meh baca bawah!

Entry sebelum ini Farizza share hadiah yang Farizza suka tetapi masih ada kawan-kawan fikir apa sebenarnya Farizza nak? Mereka ingin saya ulaskan satu bentuk hadiah yang macam mana saya ingin dapat.

Maka, entry kali ini Farizza akan cerita tentang satu bentuk HADIAH yang menunjukkan “hint” sebenar apa yang Farizza inginkan. Hadiah ini tidak mahal dan tidak terlalu murah.

             Sejujurnya Farizza suka dengan hadiah berbentuk “customize”. Apa yang dimaksudkan “customize” bagi Farizza ialah ‘nama’. Maksudnya di sini barang seperti jam, casing phone, wrap chocolate, box tudung, tudung, gelang, baju, thermos, dan segala barang mesti ada nama “Farizza”.

                Mengapa Farizza suka barang yang ada nama sendiri?  Ini kerana, barang tersebut kelihatan exclusive khas untuk kita. Tambahan, ini menunjukkan keikhlasan hati si pemberi  memberi kepada kita. Kita tahu diluar sana ramai yang ada nama sama dengan kita tetapi barang yang ada nama kita ini, kita akan rasa sedikit kelainan.

Nak tak Farizza share insta shop yang boleh customize barang ? Satu peringatan list bawah ini rujukan untuk awak nak cari barang customize bukan semua list ini Farizza nak. Ada yang kenan ada yang tak. Hahaha.

Meh tengok bawah, ada di antaranya Farizza pernah share dekat entry sebelum ini tapi Farizza masukkan sekali sebab tak nak awak semua tercari2 entry sebelum ini. Jom tengok list yang Farizza pernah jumpa!. Kalau ada yang jual barang customize Farizza tak senarai boleh lah komen.

INSTA SHOP CUSTOMIZE

1.       JAM TANGAN/CINCIN/ GELANG (Material : KOKA)

@mosleem_merchandisemy



Insta shop yang menjual jam tangan koka. Bukan setakat jam tangan sahaja tetapi ada cincin dan gelang serta semestinya you all boleh customize nama korang. Farizza suka kedai ini sebab harga dia lebih murah dan tambahan customize nama dalam tulisan jawi. OMG! I am like it! Kalau cincin dengan gelang dia Farizza tak berapa kenan sebab Farizza suka gelang silver. Oupss..

Please kalau nak bagi hadiah dekat kawan kita ataupun partner make sure, order 20 hari sebelum sebab jam tangan koka ini mengambil masa 14 hari. Mesti korang syak kan ini mesti barang PRE-ORDER!. Yup barang PRE ORDER!.

Harga untuk set couple RM75 tapi kalau untuk single RM40. Set couple tambah kotak RM5 tetapi single tambah RM2 sahaja. Bagi Farizza pakai jam tangan Koka ini time bawak jalan-jalan je lah. Maklum Farizza inikan dia suka kumpul jam. Tak sabar nak masuk Uni balik sebab nak pergi kedai beli jam tangan lain.

Farizza lepas beli itu kan, Farizza baru terdetik nak google terkejut pulak dulu orang kata koka ini bagi kesihatan. Mujur Farizza faham, ramai yang buat tangkal ye? Lagipun Farizza beli bukan atas niat tangkal azimat ke tapi Farizza beli atas customize.


2.       JAM TANGAN TALI (Warna berubah2)

@aynen.hq




Kali ini jam tangan tulisan jawi + melayu yang ada dekat tali bukan dalam jam. Jam tangan Aynen ini, seronok sikit dan harga pun boleh tahan. Menariknya jam Aynen ini bukan sahaja boleh customize nama  tulisan jawi ataupun melayu malah boleh customize date. Ini memang menarik tapi belum ada budget nak beli.

Harga seutas jam tangan dalam RM79 hingga RM239. Kenapa mahal? Bukan sahaja boleh customize tetapi warna tali boleh berubah warna mengikut suhu. Tak ke menarik tu guys. Masuk office warna biru keluar office warna hitam. Ataupun yang gegirl masuk office warna putih keluar office warna biru + pink. Bukan itu sahaja, jam tangan lelaki iaitu Duwwar Watch paling nampak cool dan segak bila bergaya sebab bila kita gerak tangan kita , pusing-pusing jam tangan itu. Senang kata jam tangan anti stress. HELOK sangat bagi lelaki yang asyik stress manjang bile kat office. Oupss.

3.       JAM TANGAN KIBLAT

@burujexclusive


 

Jam ini berbeza dengan jam yang Farizza list deka tatas sebab nama customize memang tak akan hilang lah melainkan korang habis bateri. Hahaha. Memang sangat sweet kalau korang buat hantaran. Ini memang wajib buat hantaran guys. Price dia lebih mahal dari @aynen.hq iaitu harga jam RM250 tapi kalau ada promosi boleh sampai RM170 seutas. Maka, pilihlah waktu sesuai beli ye.Ada juga RM289 tapi ada sale sekarang RM220.  

Apa content jam tangan buruj ini ialah boleh set nama, arah kiblat, dan waktu solat. Nak tahu kelebihan dia lebih detail? Farizza senaraikan 5 kelebihan jam buruj (Note: Farizza ambil content dekat Insta buruj tau)

a)       Boleh cari arah kiblat sepantas 1.5 saat sahaja

b)      Boleh tahu waktu solat untuk seluruh dunia

c)       Bunyi alarm setiap kali masuk waktu solat

d)      Boleh set dan tukar nama dalam skrin

e)       Boleh dijadikan penanda al-Quran

Kualiti penghantaran dia bagus sebab Farizza tengok feedback dia, customer kata jam dibalut dengan kemas. Kepada bakal pengantin baguslah awak semua beli. Berkat, In Sha Allah sebab ada waktu solat guys. Terus tak lupa. Lagi2 yang business man dengan business woman wajib ada.

4.       TUDUNG (customize nama di kotak)

@dianashawl


Kak Dee selama ini tak adalah buat customize nama tapi baru-baru ini kak Dee buat customize nama dekat box. So sweet guys. Kak Dee ada bagitahu kalau permintaan banyak dia akan open untuk batch ke dua. Colour-colour dia sangat menarik. Lagi2 colour favorite kak Dee warna orange. Pergh memang kelas. Jahitan dia yang kemas dan paling penting “on point” guys. Harga hanya RM70 lebih sahaja dan ada 2 tudung bawal.

 

5.       TUDUNG (customize nama di tudung)

@thecalice


 

Peminat tudung yang suka bercorak-corak boleh pilih @thecalice sebab cantik dan exclusive coraknya Bukan Farizza ye. Farizza bukan type suka tudung bunga. Farizza suka tudung plain all out. Kalau boleh dari atas sampai bawah plain. Kalau nak corak tu kat baju itu pun sikit. Tengok gambar profile Farizza, itulah Farizza yang suka warna dari atas sampai bawah sama ataupun warna tona berbeza-beza tetapi masih dalam kumpulan warna tersebut. Contohnya Farizza pakai baju biru cair, so skirt warna biru kain sekolah, tudung warna biru polis. Kan sama kelompok warna tetapi lain tona. Hihi. Okay back to basic.

Farizza tak kata @thecalice tak jual plain, @thecalice jual plain guys! Customize nama tambah RM10. Boleh juga tambah Swarovski symbol. Merecik hawau!. Eh ke Melaka pulak. Maklum duk Melaka die dah auto jadi Melaka. Hahaha. Price sebenar dia RM79-RM100 untuk sehelai tudung tetapi boleh dapat murah bila sale.

Disini Farizza sertakan link website. Guys boleh lah godek2 website. Bukan sahaja bawal malah shawl juga ada. Link website @thecalice -> https://calice.com.my/tudung/signature-series-printemps-2-0 . Check tau!. Lagi-lagi kalau partner yang kuat merajuk ataupun wife merajuk boleh lah pujuk. Jangan lah wife merajuk awak ke arah lain pula. Tak ingat ke dulu2 macam mana nak dapatkan wife itu. Huhu. Ingat setia pada satu walaupun boleh pasang 4. Bermadu bukan senang. tambah hati perempuan sangat lembut. Dia kata boleh tapi dalam hati hancur!. Harap patner Farizza setia kat Farizza je. Aamiin.

6.       CHOCOLATE BOX (customize name in wrap chocolate and box).

@thosebox.co


Farizza pernah bagitahu dekat entry sebelum ini, part last sekali.Farizza tertarik dengan wallpaper / wrap chocolate yang ditawarkan. Kita boleh pilih theme untuk wrap chocolate, box chocolate boleh letak nama, ada juga jar of heart yang dipenuhi dengan 100 quotes. Awak semua boleh create quotes ataupun deal dengan seller.

Packages yang ditawarkan seperti basic, girl essential, basic survival, medium survival, caffeine box, badass boy box, premium 1.0 dan premium 2.0. Nak tahu price? Farizza akan sertakan di bawah. Korang nak tengok dekat ig @thosebox.co pun boleh di bahagian highlight Price. Tekan jangan tak tekan! Cewaahh.  Nak bagitahu kalau korang ini rasa nak exclusive, boleh customize barang sendiri tapi budget mesti RM80 dan ke atas tau!.

Gambar dibawah ini rujukan korang sebelum nak beli and deal seller @thosebox.co Tujuan ambil gambar dari @thosebox.co untuk mempromosikan kepada korang semua supaya senang jumpa. Tak ada lah yang tak kenal @thosebox.co ini.Farizza rasa sangat berbaloi harga dia.No COD! Dulu Farizza masa awal-awal follow @thosebox,co buat COD area Kedah tapi sekarang tak dak dah.



7.      Al Quran Tagging + Customize Nama

@alqurantagging.my




Kelebihan Al Quran Tagging senang di bawa kemana-mana dan biasanya pilihan utama untuk yang kaki travel. Kertas yang digunakan jenis majalah dan semestinya tidak renyuk. Of course mereka juga sediakan kotak. Memang sesuai digunakan untuk hantaran dan hadiah.

Harga bagi yang ada 198 tags ialah RM115- RM249 dan 383 tags berharga RM220-RM289. Setiap jenis dan size Al Quran lain-lain harga. Pos untuk Semenanjung Malaysia ialah RM9 manakala pos untuk Sabah & Sarawak RM14.

Nak cerita sikit boleh? Farizza ada gaya Farizza tersendiri. Semenjak Farizza habis STPM, Farizza terus duduk dengan mama berdua. Apabila mama bekerja dan Farizza bersendirian Farizza kadang-kadang tak tahu nak buat apa. Belek-belek Facebook ternampak artikel kebaikan membaca Al-Quran.

Apabila setiap kali solat Farizza akan baca 2-4 helai muka surat. Bukan nak riak. Nak cerita yang hebatnya Al-Quran ini apabila Farizza masuk Universiti. Farizza mula kenal surah-surah pilihan bila terjebak dengan twitter. Oupss. Twitter tak famous, cuma nak tahu apa yang viral je. Boleh je follow Farizza janji share kebaikan. @farizzamaarof_.

Balik pada baca surah pilihan. Macam biasalah kalau tak baca surah Al-Mulk setiap kali nak tidur, macam-macam gaya tidur. Maksudnya di sini, kadang-kadang pukul 4 pagi terbangun, lagi-lagi duduk rumah Ayah aduhai macam-macam bunyi kedengaran. Maklum Farizza kalau balik dari Melaka ke PD hari jumaat itu, yang rajin hanya solat. Al Quran dalam telefon tak usik. Yelah kan bila dah jumpa anak buah rasa macam bahagianya. Tahunya solat wajib sudah. Hahaha.

Farizza nak bagitahu kehebatannya apabila kita baca Al Quran hidup kita akan lebih tenang dan semua perkara akan lancar. Apa yang peliknya, Farizza masih belum jumpa yang sama macam Farizza. Orang tersebut wajib baca Al Quran supaya hidup aman dan selesa, kalau tak baca ada je yang tak kena. Surah pilihan yang Farizza amalkan ialah surah Al Waqiah selepas solat Subuh, Ar Rahman selepas solat Maghrib, Al Mulk selepas solat Isyak.Ada surah yang awak boleh amalkan surah Al Kahfi ketika hari Jumaat dan surah Yassin bila hari Khamis. Surah Sajadah, surah Ad Dukhan juga boleh diamalkan.  

 

8.       Thermos Customize Name

@the.botella


Thermos @the.botella adakan promosi iaitu free custom name and free postage. Seronoknya thermos yang ditawarkan di sediakan hadiah dan tahan lama aoabila kita menggunakannya. Apa serono sangat Thermos ini? Cek kat bawah!

LUXE THERMOS BY THE BOTELLA

·         Free custom nama anda

·         Free mug custom nama

·         Luxe Thermos dengan suhu LED (pilihan terkini)

·         500ml

·         Air panas dan sejuk tahan sehingga 6-8 jam

·         Stainless steel

·         4 warna menarik (White, Red, Black, Gold)

·         Simple dan eksklusif

 

Harga dia tengok dekat bawah, detail yang Farizza dapat semua daripada pihak @thebotella dan Farizza hanya share dekat korang.



9.       Thermos with set Note Book and pen. (Thermos only can custom name)

@kedai_hadiah_viral




Farizza ternampak kedai online ini apabila dia buat advertising. Aduhai, lemah betul hati Farizza. Tak nak cerita panjang. Gambar di atas memang buat Farizza cair. Hahaha. Harga dia RM135 incl pos tau. Murah sangat so berbaloi untuk beli.

 

Okay last sekali.

 

10.   RANTAI NAMA

@lagenstore.my



Memang sangat cantik sebab boleh custom nama sendiri. Farizza suka rantai dia sebab material silver. Tapi ada je material gold, dengan material rosegold. Price rantai around RM35-RM55. Semestinya barang Pre Order 3-4 weeks.

Jika patner korang ada ataupun mama kakak, anak buah ada sensitive skin pun boleh pakai sebab tak rosak kan kuli korang. Haha, Farizza lah itu. Mandi pun guna sabun Seba Med. Tak boleh guna brand lain, habis kulit. Macam-macam lah kau Farizza.

Tak include pos melainkan beli 3 dapat free pos. Ajak kawan rama-ramai buat, bila selfie atau ootd cantik je. So apa lagi pilihlah mana-mana hadiah. Actually ada lagi 5 tapi Farizza tak larat nak pos. So Farizza post mana yang sempat.

TQ for reading. Love you so much !💓💖💘