Monday, 29 April 2019

KECEMERLANGAN



Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua.
.
Pada 25 April 2019, sekolah saya mengadakan majlis anugerah kecemerlangan.
.
Saya turut dijemput dan menghadiri majlis tersebut walaupun ketika hari itu saya dari Melaka ke PD dan sambung perjalanan ke kampung saya. Saya rasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua. Ketika itulah berbual-bual dengan rakan tentang perjalanan kehidupan mereka selepas menamatkan alam persekolahan. Alhamdulliah dengan kehadrat Allah S.W.T kerana saya telah dianugerahkan pelajar cemerlang STPM. Keiinginan diri untuk mendapatkan anugerah itu tinggi sejak dahulu lagi. Kejatuhan saya pada keputusan UPSR, PT3 dan SPM telah digantikan dengan keputusan STPM. Moga dengan keputusan ini saya terus memajukan diri dan tidak mudah putus asa atas kegagalan dan kesilapan yang saya lakukan. Anugerah ini diberi atas tujuan saya lebih bersemangat untuk mencari ilmu pengetahuan di dunia dan di akhirat. Saya bersyukur kerana penat lelah saya telah digantikan dengan berita gembira ini.
.
Kejatuhan saya pada keputusan peperiksaan yang lalu bukan bererti saya tidak bersunguh-sungguh dalam mempelajari sesuatu bidang ilmu tetapi saya tidak diberikan rezeki tersebut. Ketika saya ditawarkan untuk menghadiri ke tingkatan 6 berat sekali saya untuk melangkah ke sekolah kerana kebanyakan orang beranggapan tingkatan 6 sebagai seorang standard low, tahap untuk berjaya tipis dan tidak berfikiran matang. Apabila saya mula mengikuti program orientasi, saya mula sedar tingkatan 6 mampu membantu saya untuk berjaya dan mengharungi segala rintangan.
.
Perkataan standard low, kegagalan dan kebudakan pada tingkatan 6 perlu di buang oleh semua masyarakat di Malaysia. Walaupun saya dihina dengan keputusan SPM yang tidak menyerlah itu, saya turut bangkit untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya tidak mengatakan kolej-kolej atau universiti swasta tidak menerima saya malah mereka mengalu-alukan kehadiran saya. Bajet yang ada tidak memberi impak negatif kepada keluarga saya tetapi keluarga saya masih ingin saya berada di sisi keluarga. Saya sangkakan tindakan ini salah tetapi tindakan keluarga amat membantu saya untuk meneruskan mencari ilmu. Saya ingin tegaskan kepada pelajar lepasan SPM yang tidak berjaya meneruskan ke universiti perlu meneruskan perjuangan dan perlukan support daripada keluarga anda. Sekiranya keluarga anda tidak memberi semangat untuk meneruskan mencari ilmu, saya nasihatkan anda perlu mencari guru untuk membantu mencapai hasrat anda. Saya belajar sehingga peringkat tinggi bukan untuk menunjuk tetapi mencari ilmu keberkatan Allah S.W.T.
.
Sepanjang saya tingkatan 6, saya diberi bimbingan yang sempurna. Guru-guru amat terlatih dalam mengajar dan mendidik saya. Kebaikan yang saya peroleh, saya dapat berkongsi ilmu dengan rakan melalui presentation seorang. Guru-guru kebanyakan memberi tugasan mengikut kumpulan dan saya rasa bersyukur kerana saya dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan dengan baik walaupun saling tidak mengenali antara satu sama lain. Ketika saya arus perdana, sekolah saya hanya ada kaum melayu dan asli tetapi guru-guru berlainan kaum. Saya rasa tidak tercabar dengan diri saya. Apabila saya di tingkatan 6 saya memasuki sekolah yang banyak jenis kaum dan adakala yang bukan rakyat Malaysia, ini menyebabkan saya rasa tercabar kerana rata-rata kaum lain mendahului kaum melayu.
.
Saya ingin menitikberatkan kepada pelajar yang baru memasuki tingkatan 6, perlu belajar bersunguh-sungguh dan diingatkan juga setiap kali mula topik baharu anda perlu mengulang kaji atau membuat latihan sebelum guru dan rakan pembentang menerangkan topik berkenaan. Anda akan mudah faham dan dapat serap ilmu yang anda pelajari. Anda juga sudah mengetahui tatatertib dengan guru, oleh itu sentiasa berakhlak mulia selari dengan usia. Guru-guru saya apabila langkah masuk ke kelas, mereka akan membuat kuiz jadi saya ingatkan kepada anda sentiasa membaca dan mengafal juga memahami apa yang di pelajari. Kuiz tidak melambangkan keputusan STPM tetapi dia mengasah minda anda. Sering kali saya dapat markah corot tetapi alhamdulliah saya berjaya ketika guru melaksanakan pra test sebelum peperiksaan menjelma.
.
Dugaan yang saya masih ingat ketika saya di tingkatan 6, saya duduk bersama dengan mak cik saya, abang ipar pertama dan kakak sulung saya  tanpa ibu bapa di sisi. Mereka adakala menyampah dengan saya kerana saya tidak berenggang dengan telefon tetapi apabila saya terangkan mengapa mereka memahami. Saya bukan sahaja mengharapkan buku rujukan sebagai sumber alternatif untuk berjaya tetapi laman-laman ilmu di media massa amat perlu untuk menajamkan lagi ilmu yang saya ada. Saya juga dapat membezakan laman ilmu yang sahih dan tidak sahih. Ini dugaan yang mencabar untuk memastikan laman tersebut membantu saya bukannya terpesong dari apa saya belajar. Saya tidak mengikuti mana-mana kelas tambahan di luar waktu sekolah. Saya bergantung pada guru di sekolah sahaja.
.
Dugaan duduk tanpa ibu bapa mengudang tekanan kepada saya kerana kakak saya menimang cahaya mata. Anak buah saya tidak boleh berenggang dengan saya. Ketika saya membuat assignment, dialah pengacau paling hebat. Saya kunci pintu bilik, dia tendangnya pintu bilik. Mak cik saya mula berleter dan memarahi saya kerana selepas balik sekolah sahaja saya terus menghadap laptop dan menyiapkan tugasan. Kehidupan saya mencari ilmu tidak pernah henti sehingga mak cik saya marah kerana saya tidak rehat. Saya rasa ini baru permulaan untuk berjaya, di universiti kelak( jika ada rezeki) lagi mencabar dan tercabar. Tidak rehat, tidak bererti tidak makan, tidak mandi, tidak solat dan tidak membantu keluarga tetapi dimaksudkan disini selepas mandi, solat, menyapu, melipat pakaian terus belajar.
.
Akhir kata, buatlah yang terbaik untuk diri anda dan bukannya untuk diri orang lain.  Belajar memang letih tetapi kalau kita minat, kita akan rasa berbaloi dengan ilmu yang kita pelajari. Kita inginkan berjaya, kita perlu usaha bukannya kita mengharapkan orang lain. Masa itu emas jadi hargai setiap detik saat kehidupan kita.
.
Saya kongsikan sedikit gambar saya ketika menghadiri majlis anugerah.
.
 
Auch!Baju merah menyala. baru beli pagi hari tu kat kedai Jasmina Collection di Regina Mall PD, petang terus pakai. Tak basuh lagi.. Aduh, rasa pengotor jap. 



Kawan ku sayang siap pegang beg kita, lain kali letak tepi 😄


Baru STPM dah pakai jubah. HAHA



Cantik molek je Atiqah ni, pakai baju kebaya dari ig @byhisdiasy ! Kita dah beli, cuma tak tahu bila nak pakai. Maybe Raya.. Ahakks...



Ic kena tutup, oups tutup dengan name sapa tu 😄

Sekian sahaja cerita hari ini. Assalammualaikum 😊